Telekom Malaysia Berhad (TM) menerusi perkhidmatan IPTVnya yang pernah memenangi anugerah, HyppTV dan KRU Studios Sdn Bhd hari ini secara rasminya mengumumkan hos dan para juri bagi pertandingan nyanyian bertemakan rock pertamanya yang dikenali sebagai ‘Rockers’, terbitan KRU Studios, dan akan ditayangkan secara eksklusif di HyppSensasi, HyppTV Saluran 116.
Pengumuman rasmi itu dibuat oleh Emily Wee, Naib Presiden, Perniagaan dan Operasi Media, New Media, TM, bersama Norman Abdul Halim, Ketua Pegawai Eksekutif, KRU Studios Sdn Bhd dan Kudsia Kahar, Ketua Pegawai Operasi, Kumpulan Star Media Radio dalam satu sidang media yang diadakan di Hot Jam Cafe, Cyberjaya.
Lagenda Rock tanah air, Datuk Ramli Sarip, yang turut dikenali sebagai ‘Papa Rock’ telah diberi penghormatan untuk menjadi penasihat utama ‘Rockers’ atau dikenali sebagai ‘Otai’ dalam rancangan ini. Para juri terdiri daripada Kudsia Kahar dan Tam Spider, vokalis band tempatan iaitu ‘Spider’.
Diari mingguan ‘Rockers’ akan ditayangkan bermula 16 November, setiap Isnin sehingga Jumaat, jam 8.30 malam. Konsert mingguan pertama akan ditayangkan pada 22 November, setiap Ahad, jam 8.30 malam.
Mengulas mengenai pengumuman tersebut, Emily yang teruja berkata:
“Kami amat berbesar hati untuk mengumumkan Datuk Ramli Sarip atau lebih dikenali sebagai‘Papa Rock’ untuk menjadi ‘Otai’ bagi ‘Rockers’.
Pengalaman luas dan pengaruh besar beliau dalam industri muzik tanah air bukan sahaja mampu membantu dan memberi motivasi kepada para peserta untuk mempertingkatkan bakat mereka malah sebagai salah seorang ikon muzik yang paling berjaya di Malaysia, ia merupakan satu penghargaan buat kami kerana beliau dapat bersama-sama menjayakan program ini dan mempertingkatkan lagi rasa cinta terhadap muzik tempatan.”
“Kami turut berbangga bekerjasama dengan Suria FM sebagai rakan media rasmi bagi rancangan ‘Rockers’. Antara sokongan yang diberikan oleh pihak Suria FM adalah dengan penglibatan personaliti radio yang amat berpengalaman dan berpengaruh, Kudsia Kahar, sebagai salah seorang juri bagi ‘Rockers’. Turut terlibat secara langsung dalam rancangan ini adalah pengacara radio yang berbakat besar, iaitu Bob Ringgo dan Baki Zainal dalam journal harian dan mereka juga akan turut menemubual para peserta untuk di ke udarakan di stesen radio. Kombinasi di antara bakat-bakat baru dan yang berpengalaman seperti Hunny Madu, Sofi Jikan, Myo dari kumpulan ‘Oh Chentaku’, vokalis kumpulan ‘Spider’ – Tam dan Kudsia Kahar dari Kumpulan Star Media Radio dalam program ini sememangnya dapat mendekatkan serta menarik minat penonton HyppTV tanpa mengira peringkat umur,” jelas Emily.
Untuk menonton rancangan ini walaupun ketika berada di luar rumah, anda boleh menontonnya menerusi aplikasi mudah alih HyppTV Everywhere dan seterusnya ke HyppSensasi Saluran 116. Bukan itu sahaja, dengan melanggan pek HyppTV kami, kandungan Video On Demand dan/atau saluran ala-carte pada bulan ini, anda turut berpeluang memenangi trip percutian menerusi peraduan HyppRush Flyaway yang dibawakan secara eksklusif untuk pelanggan-pelanggan HyppTV, pengalaman yang amat bernilai dan sekali seumur hidup,” tambah beliau.
Norman Abd Halim yang ditemui pada majlis tersebut berkata:
“Kami amat teruja kerana dapat bersama –sama Datuk Ramli Sarip, ikon lagenda rock yang sememangnya lengkap dan penuh dengan ciri-ciri yang perlu ada untuk menjadi seorang penyanyi rock. Sebagai ‘Otai’, beliau merupakan pilihan yang tepat dan bukan sahaja untuk melahirkan bintang rock terkemuka di Malaysia, malah juga dengan kejayaan dan pengalaman luas beliau yang tidak boleh dinafikan, para peserta ‘Rockers’ akan mendapat ilmu pengetahuan dan tunjuk ajar berkaitan rock and roll secara terus daripada beliau. Kami tidak mahu hanya sekadar melahirkan penyanyi rock sensasi namun kami mahu melahirkan penyanyi rock yang mempunyai kesungguhan serta penuh dengan jiwa, dan seterusnya berjaya dalam industi muzik tanah air.”
Norman yang turut berperanan sebagai Penerbit Eksekutif untuk rancangan ini menekankan:
“Kini tiba masanya untuk kita menghidupkan kembali legasi rock dan membuat kemunculan semula. Dan ‘Otai’ juga turut menaruh harapan yang sama. Beliau telah terlibat secara langsung dalam proses pra-penerbitan terutamanya dalam pemilihan lagu-lagu para peserta untuk dinyanyikan dalam konsert mingguan. Dengan sentuhan peribadi beliau ini, konsert mingguan ‘Rockers’ pastinya akan bergegar!”
Kudsia Kahar berkata:
“Suria FM dan Kumpulan Star Media Radio amat teruja untuk turut serta dalam kerjasama di antara HyppTV dan KRU Studios bagi rancangan realiti TV sensasi, ‘Rockers’. Konsepnya amat unik dan muzik Rock itu sendiri telahpun dan akan kekal menjadi tunjang dalam industri muzik tanah air.”
Rancangan realiti ‘Rockers’ disokong oleh Suria FM sebagai rakan radio rasmi. Suria FM merupakan salah sebuah stesen radio berBahasa Malaysia yang terkenal dan telah mencatatkan peningkatan tertinggi dalam satu kaji selidik yang dilakukan pada tahun ini dengan peningkatan sebanyak 40% jumlah pendengar, menjadikan penambahan capaian meningkat kepada 2.8 juta jumlah pendengar setiap minggu.
Episod pertama diari mingguan ‘Rockers’ akan disiarkan pada 16 November 2015, setiap hari Isnin sehingga Jumaat pada jam 8.30 malam, dan konsert mingguan akan disiarkan pada 22 November 2015, setiap hari Ahad pada jam 8.30 malam di HyppSensasi, saluran 116 HyppTV serta di aplikasi mudah alih HyppTV Everywhere. Konsert mingguan ‘Rockers’ akan dihoskan oleh Hunny Madu manakala journal harian akan dihoskan oleh Myo.
Pemenang program pencarian bakat ini akan memenangi wang tunai bernilai RM50,000 dan kontrak rakaman bersama KRU Music serta berpeluang untuk merakamkan single di Los Angeles dan gitar Music Man tajaan Ernie Ball Music Man. Untuk maklumat lanjut mengenai ‘Rockers’, layari laman web rasmi www.rockers.com.my dan layari laman media sosial ‘RockersSensasi’-di Facebook, Twitter dan Instagram.
Untuk memuat turun HyppTV Everywhere anda boleh ke Android Play Store atau Apple App Store dan menonton ‘Rockers’ menerusi telefon pintar, peranti atau PC (WebTV). Pelanggan sedia ada HyppTV boleh melanggan HyppTV Aneka Pack yang turut mengandungi HyppSensasi, HyppInspirasi dan banyak lagi kandungan saluran tempatan pada harga yang amat berpatutan iaitu RM30 sebulan tanpa yuran tambahan bagi HD.
Menariknya, bermula Oktober ini, penonton turut berpeluang menyertai peraduan HyppRush Flyaway di mana pelanggan berpeluang untuk menikmati percutian ke lokasi-lokasi percutian di luar negara jika mereka melanggan mana-mana pakej HyppTV Value Pack, pembelian kandungan Video On Demand dan / atau saluran ala-carte bermula 1 Oktober 2015 sehingga 31 Januari 2016. Untuk maklumat lanjut mengenai peraduan HyppRush dan cara untuk menyertainya, lawati laman web rasmi di https://www.tm.com.my/hypprush/.
Untuk maklumat lanjut mengenai HyppTV, layari www.tm.com.my/hypptv dan lawati laman media sosial HyppTV di www.facebook.com/hyppworld (Facebook), www.twitter.com/hyppworld (Twitter), www.instagram.com/hyppworld (Instagram) dan www.youtube.com/tmofficialtube (Youtube).