in

HyppTV Lancar Now TV Hypp Sports & FOX Sports di Malaysia

HYPPTV BEKERJASAMA DENGAN now TV DARI HONG KONG BAGI MELANCARKAN 3 SALURAN EKSKLUSIF TERBARU
HyppTV, perkhidmatan TV berbayar yang kian berkembang di Malaysia melangkaui 100 saluran dengan pelancaran now International, now Hairun dan now Mango

Perkhidmatan IPTV Telekom Malaysia Berhad (TM) – HyppTV – yang dikuasakan oleh perkhidmatan jalur lebar berkelajuan tingginya; UniFi, hari ini melancarkan tiga (3) lagi saluran eksklusif terbaru untuk para penonton di Malaysia dalam satu majlis yang turut dihadiri bintang-bintang ternama bertempat di The Royale Bintang, Damansara.

Saluran-saluran terbaru itu, now International HD (Saluran 155), now Mango (Saluran 156) dan now Hairun (Saluran 157), kini boleh ditonton di Malaysia menerusi kerjasama yang terjalin antara TM dan PCCW Media Ltd dari Hong Kong dan menawarkan kepada para pelanggan UniFi progam-program berbahasa Kantonis, dari Asia dan antarabangsa yang terbaik. Pelancaran saluran baru ini dilakukan tidak lama selepas pelancaran dua (2) saluran sukan terbaru, HyppSports HD dan FOX Football Channel yang telah ditambah dalam himpunan penawaran kandungan HyppTV pada awal bulan ini.

HyppTV and 5 new Channel launching event 18oct Pic 2

now TV merupakan salah satu pelaksanaan IPTV komersial terbesar di dunia dan penyedia perkhidmatan TV berbayar terbesar di Hong Kong. Ia disalurkan melalui PCCW Media, anak syarikat multimedia dan hiburan PCCW Limited.

Saluran-saluran tersebut telah dilancarkan oleh Jeremy Kung, Naib Presiden Eksekutif, New Media, TM dan Ho Lai Chuen, Naib Presiden Eksekutif dan Pengurus Besar Penerbitan, TV & New Media, PCCW Media Ltd. Majlis tersebut turut dihangatkan lagi dengan penampilan istimewa tiga orang artis jemputan dari Hong Kong iaitu Mandy Lieu, Anna Yau dan Icy Wong.

3 saluran baru ini menjadi yang “Pertama dan Eksklusif” di HyppTV dengan kandungan program yang terkini dan tidak pernah ditayangkan:

• now International (saluran 155) merupakan saluran berbahasa Kantonis yang menawarkan rancangan-rancangan masakan, gaya hidup dan pelancongan bermutu tinggi, serta pelbagai pilihan rancangan dan program berita hiburan popular daripada produksi terbaik di Hong Kong, now TV. Dihasilkan dengan kualiti HD, program-program ini khusus untuk penonton yang menghargai elemen-elemen yang baik dalam kehidupan. Antara penerbitan popularnya termasuk One Life One Earth, 18/22, Chef Corner, Station 102 dan You are the Queen

• now Mango (Saluran 156), disiarkan dalam Bahasa Mandarin, saluran ini tidak harus dilepaskan oleh golongan yang meminati selebriti-selebriti ternama dari Tanah Besar China, Hong Kong dan Taiwan – Zhang Ziyi, Aaron Kwok, Faye Wong dan Shu Qi antara bintang-bintang yang akan muncul dalam rancangan bual bicara Happy Camp dan World of Women. Saluran ini merupakan satu usahasama antara now TV dan Hunan Broadcast System, antara syarikat penerbitan terkenal di Tanah Besar China.

• now HaiRun (Saluran 157) merupakan sebuah saluran yang menyiarkan pelbagai drama bersiri berbahasa Mandarin dan berkualiti tinggi yang diterbitkan oleh Hairun Media dari Tanah Besar China yang menampilkan artis-artis terkenal dari China dan Hong Kong. Antara drama siri menarik yang menanti adalah The Golden Age of the Leftover Ladies, Special Citizen dan banyak lagi.

Lebih menarik, pelanggan-pelanggan HyppTV boleh menikmati kesemua tiga saluran baru ini secara PERCUMA bermula dari 15 Oktober hingga 14 November!

Mengulas mengenai kerjasama yang terjalin ini, Jeremy Kung berkata: “Kami amat berbesar hati untuk bekerjasama dengan pengendali TV berbayar terbesar di Hong Kong, PCCW Ltd bagi membawakan tiga (3) saluran eksklusif yang menarik untuk para pelanggan HyppTV buat pertama kalinya. Kini, HyppTV menawarkan kepada para pelanggannya sebanyak 105 saluran dengan 28 daripadanya adalah dalam bentuk Definisi Tinggi (HD) – dan terdiri daripada 64 saluran linear premium, 22 genre Video Atas Permintaan (VOD) dan 19 saluran interaktif. Ini merupakan satu pencapaian penting buat kami – membawa masuk saluran sukan ke Malaysia buat kali pertama dan mencatatkan kemajuan ketara memandangkan kami hanya bermula dengan 22 saluran pada dua tahun lepas.

“Dengan adanya tiga saluran ini, kami bukan sahaja mempunyai kandungan hiburan dan gaya hidup terbaik Asia di platform kami malah menjadikannya antara himpunan drama berbahasa Cina yang terbesar di HyppTV. Dengan usaha yang dilakukan ini, kami berharap dapat memenuhi pemintaan pelanggan HyppTV yang semakin bertambah dengan memberi lebih pilihan kepada mereka untuk memilih,” tambah Jeremy.

Janice Lee, Pengarah Urusan TV & New Media, PCCW, berkata, “Perluasan antarabangsa adalah salah satu strategi utama kami untuk terus mengembangkan perniagaan. Malaysia merupakan salah satu daripada negara yang mempunyai populasi masyarakat berbangsa Cina terbesar di Asia Tenggara dan kami gembira kerana TM telah menjadi rakan usahasama pengedaran kandungan antarabangsa pertama kami. TM merupakan pengendali tiga serangkai (triple-play) terkemuka di Malaysia dengan kandungan yang menarik serta unik untuk pelanggan IPTVnya. Kerjasama ini menunjukkan kekuatan kami dalam menghasil dan menguruskan kandungan premium merentasi pelbagai platform. Kami akan terus berkerjasama untuk menyediakan program-program berbahasa Cina yang terbaik untuk tontonan di Malaysia. Projek ini menandakan satu langkah penting untuk pelan perluasan antarabangsa kami dan kami tidak sabar untuk mengumumkan pencapaian terbaru yang lain tidak lama lagi.”

Pada awal bulan ini, HyppTV telah turut melancarkan dua saluran sukan baru , HyppSports HD (Saluran 174) dan FOX Football Channel (Saluran 173) untuk para peminat tegar program sukan yang inginkan lebih kepelbagaian dalam saluran sukan. HyppSports HD Channel membawakan aksi sukan terbaik Amerika seperti National Football League (NFL) dan National Hockey League (NHL) serta perlawanan UEFA Champions League dan UEFA Europa League secara langsung di mana buat pertama kalinya di Malaysia sehingga empat (4) perlawanan ditayangkan serentak secara langsung dalam bentuk HD pada satu-satu hari perlawanan. Fox Football Channel pula merupakan saluran bola sepak 24 jam tanpa henti, yang menayangkan beberapa liga bola sepak terbaik dunia, seperti Liga Sepanyol – La Liga BBVA, Liga Belanda – Eredevisie, Liga Perdana Rusia serta saluran ChelseaTV dan CityTV.

HyppTV and now TV Press Confrence event 18oct

Untuk pengalaman tontonan yang menarik bersama keluarga, para pelanggan UniFi boleh mendaftar untuk HyppTV Platinum Pack, pakej promosi terbaru dari HyppTV, di mana kini anda boleh menikmati 30 saluran bertaraf antarabangsa di HyppTV pada harga serendah RM30 sebulan. Ini termasuk juga saluran yang tidak pernah ditonton sebelum ini seperti Warner TV (Saluran 162), BBC Knowledge (Saluran 141), BBC Lifestyle (Saluran 140) CBeebies (Saluran 130) yang menampilkan program-program bertaraf dunia seperti siri Frozen planet yang pernah memenangi anugerah, rancangan ulasan yang popular Top Gear UK, The Mister Maker Make It Show, Dallas olahan semula rancangan popular sekitar tahun 80-an Person of Interest, Nikita musim ke- 3 dan The Big Bang Theory serta siri terbaru yang pertama kali ditayangkan, Arrow, menampilkan watak yang diadptasi dari DC Comics yang akan muncul pada tahun 2013 di WarnerTV.

Antara saluran lain yang termasuk dalam pakej ini adalah Star Chinese Channel, FOX Crime HD, iConcerts, TVN HD, Fashion TV, MUTV dan banyak lagi .

Untuk maklumat lanjut, layari www.tm.com.my/hypptv dan layari laman Facebook kami di www.facebook.com/hyppworld.

HyppTV Left to Righ Icy Wong, Mandy Lieu, AnnaYau

Mengenai TM

Telekom Malaysia Berhad (TM), syarikat peneraju jalur lebar serta maklumat dan komunikasi bersepadu di Malaysia, menawarkan perkhidmatan dan penyelesaian komunikasi yang menyeluruh menerusi jalur lebar, data dan talian tetap. Sebagai peneraju pasaran, TM dipacu oleh penciptaan nilai pihak berkepentingan dalam persekitaran yang amat kompetitif.Kumpulan juga sentiasa memberi tumpuan kepada pengalaman pelanggan yang dipertingkatkan melalui usaha-usaha peningkatan kualiti dan inovasi khidmat pelanggan yang berterusan, sambil memfokus kepada peningkatan kecekapan operasi dan produktiviti.

Memanfaatkan sambungan global yang meluas, infrastruktur rangkaian dan himpunan kepakaran kami, TM berkedudukan baik untuk melonjakkan Malaysia sebagai hab Internet serantau dan gerbang digital bagi Asia Tenggara. TM kekal komited dalam transformasinya menjadi pembekal komunikasi generasi baru bagi membawakan gaya hidup yang dipertingkatkan dan bersepadu kepada semua rakyat Malaysia, serta merintis kemungkinan menerusi hubungan, komunikasi dan kolaborasi, ke arah wawasan bersama iaitu membawa negara menjadi sebuah ekonomi berpendapatan tinggi.

Sebagai warga korporat contoh yang komited terhadap tadbir urus dan ketelusan yang baik, TM meneruskan janjinya untuk memastikan tahap integriti proses, anggota dan reputasi kami serta pengekalan operasi kami. Falsafah Tanggungjawab Korporat (CR) kami berpegang teguh pada amalan bertanggungjawab dalam empat domain utama iaitu pasaran, tempat kerja, masyarakat dan alam sekitar.Dengan memfokus pada ICT, Kumpulan menyokong 3 platform utama iaitu pendidikan, pembinaan masyarakat/negara dan alam sekitar, menerusi program-program Reaching Out kami.

TM merupakan pemenang bagi pelbagai anugerah, dan diiktiraf secara konsisten atas standard Urus Tadbir Korporat kami yang tinggi serta Anugerah CSR Perdana Menteri bagi Amalan Tempat Kerja Terbaik untuk dua tahun berturut-turut iaitu pada tahun 2009 dan 2010. Baru-baru ini, TM telah dianugerahkan dengan 5 anugerah di National Annual Corporate Report Awards (NACRA) 2011 terutamanya Piala Pusingan Anugerah Kecemerlangan Keseluruhan bagi Laporan Tahunan Terbaik – Anugerah Platinum; dan 4 anugerah di Frost and Sullivan Malaysia Excellence Awards 2012, termasuk Service Provider of the Year dan Best Broadband Service Provider of the Year. TM turut diiktiraf sebagai Fixed Broadband Provider of the Year di 2012 Frost & Sullivan Asia Pacific ICT Awards.

Untuk maklumat lanjut mengenai TM, layari www.tm.com.my.

Mengenai HyppTV

HyppTV, perkhidmatan TV berbayar TM yang semakin pesat berkembang, dikuasakan oleh UniFi dan ditawarkan kepada penonton tanpa mengira panas atau hujan melalui pakej UniFi kediaman, yang dikenali sebagai pakej VIP, pakej tiga serangkai (triple-play) yang menggabungkan suara, video dan data. TM UniFi kini ditawarkan melalui tiga (3) pakej kediaman. Pakej “triple-play” kediaman tersebut adalah VIP5 pada RM149 sebulan, VIP10 pada RM199 sebulan, dan VIP20 pada RM249 sebulan.

HyppTV kini menawarkan pakej promosi yang dikenali sebagai ‘HyppTV Platinum Pack’ di mana penonton HyppTV dapat menikmati 30 saluran yang menakjubkan pada harga rendah iaitu hanya RM30 sebulan. Saluran-saluran yang ditawarkan dalam pek promosi tersebut termasuklah saluran eksklusif yang hanya boleh ditonton di HyppTV seperti rancangan rancangan berkualiti yang diperolehi secara tempatan dan antarabangsa dari Amerika Syarikat, UK, Asia dan banyak lagi. Bukan itu sahaja, 10 saluran daripada 30 saluran yang ditawarkan merupakan saluran Definisi Tinggi (HD) dengan visual yang jelas dan menakjubkan, menjadikan pengalaman menonton lebih hebat.

Untuk maklumat lanjut, layari www.tm.com.my/hypptv dan layari laman Facebook kami di www.facebook.com/hyppworld.

Mengenai PCCW Limited

PCCW Limited (SEHK: 0008) sebuah syarikat berpangkalan di Hong Kong yang memiliki kepentingan dalam bidang telekomunikasi, media, penyelesaian IT, pembangunan dan pelaburan hartanah, dan perniagaan-perniagaan lain.

Syarikat memegang kepentingan majoriti dalam HKT, pembekal perkhidmatan telekomunikasi utama di Hong Kong. HKT memenuhi keperluan orang awam serta perniagaan tempatan dan antarabangsa dengan menyediakan pelbagai perkhidmatan termasuk telefoni tempatan, data tempatan dan jalur lebar, telekomunikasi antarabangsa, mudah alih, dan perniagaan telekomunikasi lain seperti penjualan peralatan premis pelanggan, penyumberluaran, perundingan, dan pusat khidmat pelanggan.

PCCW juga memiliki kumpulan hiburan dan multimedia bersepadu sepenuhnya di Hong Kong, termasuklah operasi IPTV yang amat berjaya, now TV. Sebagai pembekal pertama pengalaman empat serangkai (quadruple play) di Hong Kong, PCCW menawarkan pelbagai kandungan dan perkhidmatan media yang inovatif merentasi empat platform penyampaian – talian tetap, akses Internet jalur lebar, TV dan telefon bimbit.

Kumpulan turut memiliki sepenuhnya PCCW Solutions – syarikat penyumberluaran teknologi maklumat dan pembekal penyumberluaran proses perniagaan terkemuka di Hong Kong dan Tanah Besar China.

Di samping itu, PCCW memegang kepentingan majoriti dalam Pacific Century Premium Developments Limited, dan pelaburan luar negara termasuk memiliki sepenuhnya UK Broadband Limited. Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai PCCW, layari www.pccw.com.

Mengenai now TV

now TV merupakan salah satu pelaksanaan IPTV komersial terbesar di dunia dan penyedia perkhidmatan TV berbayar terbesar di Hong Kong. Ia disalurkan melalui PCCW Media, anak syarikat multimedia dan hiburan PCCW Limited. PCCW juga memegang kepentingan dalam telekomunikasi, penyelesaian IT, pembangunan hartanah dan pelaburan, dan perniagaan-perniagaan lain.

now TV menyajikan lebih daripada 180 saluran di Hong Kong, termasuklah rancangan-rancangan tempatan, Asia dan antarabangsa, termasuk kandungan premium seperti Spanish La Liga , English FA Cup, NBA, French Open, US Open, ATP World Tour, BWF Super Series, World Snooker Tour, F1 dan PGA Tour. Di samping itu, now TV merupakan pengeluar utama program berita, sukan dan infotainment serta merupakan pembekal pelbagai perkhidmatan interaktif. now TV boleh ditonton menerusi peranti tontonan yang disediakan oleh HKT, perniagaan telekomunikasi PCCW. Pilihlah kandungan now TV dan aplikasi-aplikasi interaktif boleh diakses melalui rangkaian mudah alih 3G dan perkhidmatan jalur lebar HKT. Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai now TV, layari www.now.com.

 

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Photo GALAXY Note II Arrives in Malaysia

Senarai Penuh Pencalonan Kategori Shout! Awards 2012