in ,

HyppTV Lancar Drama Bersiri Puteri Gunung Ledang & Jodoh Sebelah Pintu

Telekom Malaysia Berhad (TM) menerusi perkhidmatan IPTVnya yang pernah memenangi anugerah, HyppTV, hari ini secara rasmi melancarkan dua (2) drama bersiri tempatan terbaharu, “Puteri Gunung Ledang” dan “Jodoh Sebelah Pintu”, disiarkan buat pertama kali dan secara eksklusifnya di HyppSensasi, saluran hiburannya berbahasa Malaysia (HyppTV Saluran 116). Kedua-dua drama bersiri tersebut bakal menampilkan pelakon-pelakon terkenal. “Puteri Gunung Ledang”, diarahkan oleh Suhaimi Lua dari A. Aida Productions akan menampilkan Atikah Suhaime dan Ammar Alfian manakala “Jodoh Sebelah Pintu”, arahan Michael Ang dari Darkwave Pictures menampilkan Emma Maembong dan Kamal Adli.

group Photo

HyppSensasi, saluran gaya hidup dan hiburan tempatan PERTAMA milik HyppTV, menayangkan program-program unik dan terbitan eksklusif berbahasa Malaysia dalam Definisi Tinggi (HD) di platformnya dan boleh didapati di Saluran 116 dan menerusi aplikasi mudah alih HyppTVEverywhere.

HYPPTV MEMPERKENALKAN 2 DRAMA BERSIRI TEMPATAN TERBAHARU, PERTAMA DAN EKSKLUSIF DI HYPPSENSASI
TM Berkolaborasi bersama Syarikat Produksi TV Tempatan untuk Memeriahkan Saluran Hiburan Melayu Pertama milik HyppTV

Drama-drama bersiri terbaharu tersebut telah diumumkan secara rasminya oleh Jeremy Kung, Naib Presiden Eksekutif, New Media, TM pada satu sidang akhbar yang diadakan di Menara Kuala Lumpur (MKL). Majlis pelancaran tersebut turut dihadiri oleh A. Aida, Pengarah Urusan, A. Aida Productions Sdn Bhd dan Datuk Rafiena Ezanee Ramli, Pengarah Urusan, Darkwave Pictures Sdn. Bhd. serta barisan pelakon dan peminat-peminat bertuah.

Jodoh Sebelah Pintu - Erwin dawson, Kamal Adli, Emma Maembong, Lia  Natalia

Mengulas mengenai pelancaran drama bersiri tersebut, Jeremy berkata,

“Kami amat teruja untuk terus bekerjasama dengan syarikat produksi tempatan untuk membawa lebih banyak hiburan tempatan, sejajar dengan aspirasi kami untuk menjadi operator TV terkemuka di Malaysia yang menawarkan drama-drama bersiri tempatan yang unik dan eksklusif serta program televisyen khusus untuk penonton di Malaysia. Selain itu, hasil produksi yang diterbitkan oleh bakat-bakat tempatan ini boleh didapati di HyppSensasi, saluran hiburan tempatan di HyppTV dan ini menggambarkan komitmen berterusan kami ke arah menggalakkan perkembangan industri hiburan tanah air. Kami akan terus mewujudkan lebih banyak kerjasama bagi menawarkan siri-siri drama dan program-program terbaik eksklusif untuk penonton HyppTV dan dua drama bersiri yang kami lancarkan pada hari ini adalah antara hasil kerjasama yang telah kami adakan pada tahun ini.”

“Semestinya banyak lagi akan menanti anda. Jadi tunggu apa lagi? Langgani saluran HyppSensasi secara ala carte atau menerusi HyppTV Aneka Pack pada harga RM30 sebulan tanpa bayaran tambahan bagi Definisi Tinggi (HD). Bagi penonton yang sentiasa berada di luar rumah, anda boleh menontonnya di peranti pelbagai skrin menerusi aplikasi mudah alih kami iaitu HyppTV Eveywhere yang boleh dimuat turun di PlayStore dan Appstore.” tambah Jeremy.

Antara pelakon-pelakon yang hadir pada majlis pelancaran tersebut adalah Atikah Suhaime, Ammar Alfian, Sabhi Saddi, Keena Mentor, Mazlan Mokhtar, Mimi Ernida, Idris Khan, Dottie dan Afzan dari drama “Puteri Gunung Ledang” dan Emma Maembong, Kamal Adli, Dato’ Eizlan Yusof, Lia Natalia, Erwin Dawson, Azhan Rani dari ‘Jodoh Sebelah Pintu’. Acara itu turut dihangatkan dengan persembahan khas daripada Keena Mentor yang menyanyikan lagu tema bagi drama bersiri “Puteri Gunung Ledang”. Para penonton juga disajikan dengan tayangan pendek untuk kedua-dua drama tersebut dan satu sesi bertemu peminat turut diadakan untuk pemenang bertuah bagi peraduan yang telah diadakan oleh HyppTV terlebih dahulu.

VIP_1

“Puteri Gunung Ledang” menampilkan Natasya, seorang gadis tomboi yang cantik dan berasal dari kampung lakonan Atikah Suhaime, dan mempunyai impian untuk menjadi seorang model terkenal di bandar. Nasibnya berubah apabila dia secara tidak sengaja menjadi jurucakap untuk satu produk dan telah berjaya menarik perhatian bosnya, seorang kasanova kacak bernama Rayyan, dilakonkan oleh Ammar Alfian. Tidak pasti akan niat sebenar beliau, Natasya meminta Rayyan untuk membuktikan ketulusan cintanya dengan menuruti tujuh syarat yang telah beliau tetapkan. Diarahkan oleh Suhaimi Lua, “Puteri Gunung Ledang” merupakan drama bersiri pertama terbitan A. Aida Production yang dihasilkan secara eksklusif untuk HyppTV. Drama bersiri ini turut dibarisi oleh gabungan pelakon muda dan senior seperti Sabhi Saddi, Amyza Aznan, Aida Khalida, Mimi Ernida, Idris Khan, Keena Mentor dan ramai lagi.

“Jodoh Sebelah Pintu” menampilkan untuk pertama kalinya gandingan Emma Maembong dan Kamal Adli. Diterbitkan oleh Darkwave Pictures, “Jodoh Sebelah Pintu” diarahkan oleh Micheal Ang secara eksklusif untuk HyppTV. Selepas kematian mengejut tunangnya sehari sebelum hari perkahwinan mereka, Mona Airawani (dilakonkan oleh Emma Maembong) telah berputus harap dalam percintaan dan menyerahkan kepada ibu bapanya untuk memilih dan memutuskan siapa yang bakal menjadi suaminya. Dia kemudiannya berpindah ke bandar untuk tinggal bersama rakan baiknya, Julia untuk memulakan kehidupan baharu. Kedua-dua gadis tersebut tinggal bersebelahan dua orang jiran lelaki mereka yang nakal, Badrul dan Irfan yang sentiasa mengusik mereka. Julia akhirnya telah jatuh cinta dengan seorang daripada mereka tetapi Mona masih berasa amat marah terhadap mereka berdua. Namun kehidupannya berubah apabila kedua ibu bapanya telah mencarikan jodoh untuknya yang bernama Alang, lelaki yang hanya dikenali menerusi SMS dan panggilan telefon, tanpa mengetahui bahawa Alang sebenarnya tinggal di sebelah rumahnya. Selain Emma dan Kamal, ‘Jodoh Sebelah Pintu’ menampilkan pelakon-pelakon popular lain seperti Dato’ Eizlan Yusof, Lia Natalia, Erwin Dawson, Azhan Rani dan ramai lagi.

Tahun lalu, HyppTV telah memulakan langkah dalam membawakan produksi drama-drama bersiri tempatan dengan pengenalan lima (5) drama bersiri yang telah ditayangkan buat pertama kali dan secara eksklusif di HyppSensasi iaitu ‘Cahaya Di Hujung Nyawa’, ‘Permainan Cinta’, Selipar Jepun Stiletto Merah’, ‘Cinta Si Egois’ dan ‘BIB’. Peminat drama bersiri tempatan boleh menikmati drama-drama ini di HyppSensasi melalui HyppTV atau menerusi aplikasi mudah alih HyppTV Everywhere yang boleh dimuat turun daripada Google Play Store dan Apple App Store. Untuk menikmati program-program tempatan yang eksklusif di HyppSensasi serta saluran tempatan dan saluran Asia yang lain, langgani HyppTV Aneka Pack pada harga RM 30 sebulan tanpa bayaran tambahan untuk HD.

Untuk maklumat lanjut mengenai HyppTV, layari www.tm.com.my/hypptv dan lawati laman media sosial HyppTV di www.facebook.com/hyppworld (Facebook), www.twitter.com/hyppworld (Twitter), www.instagram.com/hyppworld (Instagram) dan www.youtube.com/tmofficialtube (Youtube).

Persembahan Lagu Tema Puteri Gunung Ledang 'Aku Telah Jatuh Cinta' Oleh Keena Mentor

Majlis Pelancaran

VIP

Sketsa Pendek - Jodoh Sebelah Pintu

Persembahan Lagu Tema Jodoh Sebelah Pintu 'Bangkit' dari Aril

Jodoh Sebelah Pintu - erwin Dawson

Puteri Gunung Ledang - Sabhi Sadhi

Jodoh Sebelah Pintu - Emma Maembong

Puteri Gunung Ledang - atikah suhaimi

Puteri Gunung Ledang - atikah suhaimi 2

Puteri Gunung Ledang - Ammar Alfian

Puteri Gunung Ledang - Idris Khan 1

Puteri Gunung Ledang - Idris Khan 2

Jodoh Sebelah Pintu - Kamal Adli

Jodoh Sebelah Pintu -  Lia Natalia

Mengenai TM

Telekom Malaysia Berhad (TM), syarikat peneraju jalur lebar serta maklumat dan komunikasi bersepadu di Malaysia, menawarkan perkhidmatan dan penyelesaian komunikasi yang menyeluruh menerusi jalur lebar, data dan talian tetap. Sebagai peneraju pasaran, TM dipacu oleh penciptaan nilai pihak berkepentingan dalam persekitaran yang amat kompetitif. Kumpulan juga sentiasa memberi tumpuan kepada pengalaman pelanggan yang dipertingkatkan melalui usaha-usaha peningkatan kualiti dan inovasi khidmat pelanggan yang berterusan, sambil memfokus kepada peningkatan kecekapan operasi dan produktiviti.

Memanfaatkan sambungan global yang meluas, infrastruktur rangkaian dan himpunan kepakaran kami, TM berkedudukan baik untuk melonjakkan Malaysia sebagai hab Internet serantau dan gerbang digital bagi Asia Tenggara. TM kekal komited dalam transformasinya menjadi pembekal komunikasi generasi baru bagi membawakan gaya hidup yang dipertingkatkan dan bersepadu kepada semua rakyat Malaysia, serta merintis kemungkinan menerusi hubungan, komunikasi dan kolaborasi, ke arah wawasan bersama iaitu membawa negara menjadi sebuah ekonomi berpendapatan tinggi.

Sebagai warga korporat contoh yang komited terhadap tadbir urus dan ketelusan yang baik, TM meneruskan janjinya untuk memastikan tahap integriti proses, anggota dan reputasi kami serta pengekalan operasi kami. Falsafah Tanggungjawab Korporat (CR) kami berpegang teguh pada amalan bertanggungjawab dalam empat domain utama iaitu pasaran, tempat kerja, masyarakat dan alam sekitar. Dengan memfokus pada ICT, Kumpulan menyokong 3 platform utama iaitu pendidikan, pembinaan masyarakat/negara dan alam sekitar, menerusi program-program Reaching Out kami.

TM merupakan pemenang bagi pelbagai anugerah, dan diiktiraf secara konsisten atas standard Urus Tadbir Korporat dan Tanggungjawab Korporat kami yang tinggi. TM baru-baru ini telah dianugerahkan dengan Anugerah Platinum bagi Anugerah Kecemerlangan Keseluruhan untuk Laporan Tahunan Terbaik di National Annual Corporate Report Awards (NACRA) 2014, serta pada tahun 2013, 2011 dan 2006, selain Anugerah Kecemerlangan Industri bagi Syarikat di Papan Utama di bawah Kategori Dagangan & Perkhidmatan untuk 18 tahun berturut-turut. TM juga telah menerima Anugerah Platinum di NACRA 2014 bagi Laporan Tanggungjawab Sosial Korporat Terbaik, serta Anugerah CSR Perdana Menteri bagi Amalan Tempat Kerja Terbaik untuk tahun 2009 dan 2010. TM turut memenangi Anugerah Best Sustainability Report (SRA) di Malaysia untuk tahun kedua berturut-turut di Sustainability Reporting Awards 2013 yang dianjurkan oleh The National Centre for Sustainability Reporting (NCSR) yang berpangkalan di Indonesia. TM telah diiktiraf sebagai Telecom Service Provider of the Year buat kali keempat di Frost & Sullivan Malaysia Excellence Awards 2015 serta turut menerima anugerah Fixed Broadband Service Provider of the Year yang diperkenalkan buat kali pertama dan Data Communications Service Provider of the Year untuk tahun ke-11 berturut-turut.

Di peringkat serantau, TM juga telah menerima anugerah Fixed Broadband Provider of the Year di Frost & Sullivan Asia Pacific ICT Awards 2013 untuk tahun kedua. TM turut menerima anugerah Asia Pacific’s Best Wholesale Ethernet Service Provider untuk dua tahun berturut-turut pada 2011 dan 2012 daripada Metro Ethernet Forum atas komitmen Syarikat dalam memenuhi standard Ethernet global. Selain itu, TM turut menerima anugerah Best Broadband Carrier di Telecom Asia Awards 2012.

Untuk maklumat lanjut mengenai TM, layari www.tm.com.my.

Mengenai HyppTV

HyppTV, perkhidmatan IPTV yang paling pesat berkembang di Malaysia, ditawarkan kepada pelanggan melalui pakej Streamyx dan UniFi kediaman. Perkhidmatan UniFi ini ditawarkan melalui tiga (3) pakej kediaman. Pakej “triple-play” kediaman tersebut iaitu VIP5 pada RM149 sebulan, VIP10 pada RM199 sebulan dan VIP20 pada RM249 sebulan. Bagi Streamyx, HyppTV boleh didapati dengan pakej 8Mbps sebagai sebahagian daripada penawaran perkhidmatan tiga serangkainya pada harga RM160 sebulan termasuk 23 saluran percuma manakala bagi pelanggan-pelanggan 4Mbps, HyppTV ditawarkan pelbagai kandungan berkualiti tinggi dan mampu milik, pengalaman tanpa gangguan cuaca ditawarkan sebagai perkhidmatan tambahan bagi Pek HyppTV pada harga minimum RM30 sebulan yang memerlukan mereka melanggan salah satu daripada pakej saluran HyppTV dan turut didatangkan dengan 23 saluran percuma. Penawaran pelbagai skrin HyppTV boleh dinikmati dengan memuat turun aplikasi HyppTV Everywhere menerusi Play Store Android atau App Store Apple. Jadi, anda boleh menonton program-program HyppTV kegemaran anda menerusi telefon pintar, tablet mahupun komputer peribadi. HyppTV turut boleh didapati oleh pelanggan UniFi dan jalur lebar perniagaan.

HyppTV baru-baru ini telah diiktiraf sebagai Best Component or Enabler di majlis anugerah TV Connect Industry Awards 2014 (sebelum ini dikenali sebagai IP&TV Industry Awards) di London, pada tahun ini. Ini merupakan tahun kedua berturut-turut perkhidmatan ini diiktiraf di peringkat antarabangsa di mana sebelum ini HyppTV telah dianugerahkan sebagai Best Online TV Service or Solution pada majlis anugerah yang sama pada tahun 2013. Dengan penganugerahan ini, HyppTV mencipta sejarah menjadi perkhidmatan IPTV pertama di Malaysia yang memenangi anugerah pada acara berprestij tersebut yang mengiktiraf, menganugerah dan meraikan inovasi, kecemerlangan dan pencapaian dalam industri Connected Entertainment.

HyppTV kini menawarkan kepada para pelanggannya sebanyak 122 saluran dengan 45 saluran dalam Definisi Tinggi (HD) – yang terdiri daripada 56 saluran premium, 23 saluran percuma, 5 saluran Radio, 16 saluran Video-On-Demand dan 22 saluran interaktif dalam pelbagai pakej nilai dan pilihan secara ala-carte. HyppTV dikuasakan oleh perkhidmatan jalur lebar berkelajuan tinggi TM, UniFi dan Streamyx 4Mbps dan 8Mbps yang tersedia untuk penonton tanpa mengira cuaca melalui pakej kediaman dan perniagaan bagi UniFi dan Streamyx. Pelanggan HyppTV juga boleh menikmati dunia hiburan yang telah dihimpunkan melalui HyppTV Everywhere. Setakat ini, HyppTV mempunyai lebih 800,000 pelanggan.

Untuk maklumat lanjut mengenai HyppTV, layari www.tm.com.my/hypptv dan layari laman media sosial kami di www.facebook.com/hyppworld (Facebook), www.twitter.com/hypptv (Twitter), www.instagram.com/hyppworld (Instagram) dan www.youtube.com/tmofficialtube (Youtube).

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Menangi Pakej Melancong Seumur Hidup Dalam Peraduan AIRASIA ASEAN TRAVELLER

Selebriti Popular Bakal Meriahkan Majlis Kemuncak PELAMIN FANTASIA