in

HyppTV Umum Pemenang Peraduan Hypptv The Best Ever Football Flyaway

Perkhidmatan IPTV Telekom Malaysia Berhad (TM) yang pernah memenangi anugerah, HyppTV, baru-baru ini telah mengumumkan tiga (3) orang pemenang Hadiah Utama bagi peraduan “HyppTV Football Flyaway Contest”, di mana setiap pemenang boleh menikmati percutian sekali seumur hidup yang ditanggung sepenuhnya untuk dua (2) orang ke salah satu daripada destinasi berikut – Amerika Syarikat, England atau Sepanyol.

Bagi menentukan ke manakah destinasi mereka, para pemenang bertuah tersebut telah dijemput ke majlis penyampaian hadiah di ibu pejabat TM, Menara TM, Kuala Lumpur untuk sesi cabutan undi. Semasa sesi cabutan, mereka perlu memilih salah satu daripada tiga (3) bola sepak yang mempunyai abjad bagi menentukan salah satu dari tiga negara destinasi yang akan mereka jelajahi. Di majlis tersebut, setiap seorang daripada mereka juga menerima dua (2) keping pas percuma untuk menonton acara-acara sukan SECRA LANGSUNG semasa percutian yang ditanggung sepenuhnya, sumbangan ASN HyppSports HD, FOX Football Channel HD dan TRACE Sports Stars HD.

HyppTV Flyaway Contest Group Photo

HYPPTV UMUM PEMENANG HADIAH UTAMA BAGI PERADUAN “HYPPTV THE BEST EVER FOOTBALL FLYAWAY”. 3 pemenang bertuah terpilih untuk menikmati percutian sekali seumur hidup ke acara sukan antarabangsa SECARA LANGSUNG

Sesi cabutan berkenaan telah disaksikan oleh Jeremy Kung, Naib Presiden Eksekutif, New Media, TM yang telah turut menyampaikan pas-pas percuma tersebut kepada para pemenang.

Mengulas mengenai inisiatif terbaru ini, Jeremy menyatakan, “Kami di HyppTV terus memberi ganjaran kepada para pelanggan kami dengan pengalaman yang tidak ternilai menerusi pelbagai peraduan, seperti peraduan “HyppTV Football Flyaway Contest” ini sebagai tanda penghargaan atas kesetiaan mereka terhadap perkhidmatan kami. Peraduan ini juga dianjurkan bersempena kempen TM, Best Ever, iaitu kempen bola sepak hebat seluruh negara yang meraikan kandungan sukan HyppTV untuk para pelanggan kami serta penawaran pek Sukan kami. Menyedari pentingnya kandungan sukan yang bagus dan berkualiti bagi menarik minat pelanggan, peraduan unik ini bukan sahaja memberi peluang kepada pelanggan kami untuk menerokai negara-negara yang penuh dengan pemandangan menakjubkan, tetapi juga pengalaman untuk berada di lokasi di mana berlangsungnya acara-acara sukan terkenal di dunia.”

“Kami sentiasa bekerjasama dengan rakan kandungan kami bagi memastikan kami menawarkan pelanggan kami penawaran kandungan sukan terkini dan terbaik. Menerusi HyppTV Sports Pack yang setakat ini merupakan pakej saluran kami paling popular, kami bukan sahaja dapat menayangkan acara-acara sukan menarik SECARA LANGSUNG pada harga mampu milik serta siaran yang tidak terpengaruh oleh cuaca, menjadikannya sesuatu yang berbaloi untuk para pelanggan kami,” beliau menambah.

HyppTV Flyaway Contest England winner

Ketiga-tiga pemenang bertuah tersebut, destinasi mereka dan acara sukan yang akan mereka tonton adalah seperti berikut:

PEMENANG HADIAH LOKASI RAKAN KONGSI
1 Mohd Alrizal Ab Rahman Liga Perdana Barclays (BPL): Arsenal vs Man Utd
(Untuk 2 orang) Stadium Emirates, London (England) TRACE Sports Stars HD

2 Ang Chee Wei Liga BBVA – FC Barcelona vs Valencia CF
(Untuk 2 orang) Camp Nou, Barcelona (Sepanyol) FOX Football Channel HD

3 Lee Eu Gene Acara sukan SECARA LANGSUNG (Untuk 2 orang) Amerika Syarikat ASN HyppSports HD

Mereka akan pergi ke destinasi masing-masing pada bulan Februari 2014.

Alrizal, Ang dan Lee telah dipilih sebagai pemenang-pemenang hadiah utama dari kalangan pelanggan HyppTV Sports Pack yang menyertai peraduan ini. Untuk mengambil bahagian, pelanggan hanya perlu menonton saluran sukan HyppTV – ASN HyppSports HD (saluran 701), FOX Football Channel HD (Saluran 707) dan TRACE Sports Stars HD (saluran 710 ) – dan nantikan ‘blurb’ peraduan ini muncul di kaca TV sebelum menekan butang i pada alat kawalan jauh yang akan membawa mereka ke laman interaktif HyppTV, HyppBuzz. Kemudian mereka perlu menjawab 25 soalan berkaitan dengan sukan. Tiga (3) orang peserta dengan jumlah jawapan betul terbanyak berserta dengan slogan yang paling kreatif di akhir tempoh peraduan telah dinobatkan sebagai pemenang.

Mohd Alrizal Ab Rahman, dari Subang Jaya, yang akan terbang ke London bersama kakaknya untuk menonton perlawanan Liga Perdana Barclays antara Arsenal dan Manchester United, berkata, “Saya sememangnya peminat tegar Arsenal dan dalam keluarga kami, kami sering bersaing antara adik-beradik kerana abang saya pula penyokong Manchester United. Jadi, memenangi percutian ini untuk menyaksikan Arsenal menentang salah satu musuh tradisi mereka, Manchester United di London, ibarat satu mimpi menjadi kenyataan kepada saya!”

Berasal dari Johor Bahru, Ang Chee Wei, seorang yang ceria dan memenangi dua (2) pas perlawanan antara pasukan gergasi Barcelona menentang Valencia dalam Liga BBVA Sepanyol, sumbangan FOX Football Channel HD, berkata, “Ini sememangnya satu peraduan yang hebat dan sebagai seorang peminat bola sepak, saya bagaikan tak percaya telah memenangi hadiah utama; saya harap saya dapat menyaksikan Messi beraksi di hadapan mata buat kali pertama. Terima kasih kepada FOX Football Channel HD dan HyppTV atas hadiah hebat ini, malah, boleh dikatakan ini percutian bulan madu kedua yang sempurna untuk saya dan isteri!”

Sementara itu, Lee Eu Gene dari Petaling Jaya yang akan terbang ke luar negara buat kali pertama ke Amerika Syarikat bersama ibunya, berkata, “Saya amat gembira kerana ketekunan saya menghantar jawapan untuk peraduan “HyppTV Football Flyaway” ini telah membuahkan hasil dengan hadiah hebat daripada HyppTV dan ASN HyppSports. Menunggu ‘blurb’ peraduan muncul di kaca TV kadang-kala mungkin meletihkan, tetapi saya dapat mengenal pasti coraknya; dan saya berjaya! Jadi sekarang saya tidak sabar-sabar untuk membawa ibu saya untuk menikmati pemandangan di Amerika Syarikat dan saya pastinya akan bergembira dengan menonton acara sukan Amerika SECARA LANGSUNG buat kali pertama.”

ASN HyppSports HD (HyppTV Saluran 701)

ASN HyppSports HD diterbitkan dengan kerjasama All Sports Network (ASN), menampilkan acara-acara sukan Amerika Syarikat berkualiti tinggi termasuk program American football daripada National Football League (NFL), hoki ais professional daripada National Hockey League (NHL), acara sukan kolej NCAA, dan siri perlumbaan trak pikap daripada NASCAR. Turut ditampilkan ialah sukan contact seperti Cage Fighting Championship dan TNA Wrestling, serta tidak dilupakan program sukan antarabangsa yang lain seperti berbasikal daripada Red Bull Series dari Austria dan Australian Football League (AFL).

FOX Football Channel HD (HyppTV Saluran 707)

FOX Football Channel HD merupakan saluran khusus untuk sukan dengan aksi sukan bola sepak 24 jam tanpa henti yang menghidangkan para penonton dengan perlawanan secara langsung dari Liga Sepanyol La Liga BBVA dan tinjauan Eredivisie League dari Belanda, Liga-liga Russia, serta Primera Division dari Argentina. Saluran ini turut menampilkan temubual mendalam dengan pemain dan jurulatih, sejarah kelab dan sorotan perlawanan lepas dari pasukan-pasukan Liga Perdana Inggeris seperti Manchester City, dan juara Liga Juara-juara UEFA, Chelsea dengan CityTV dan ChelseaTV.

TRACE Sports Stars HD (HyppTV Saluran 710)

TRACE Sports Stars HD adalah saluran pertama HyppTV eksklusif untuk para selebriti sukan. Dengan mendapat akses belakang tabir kepada para atlet ini, TRACE Sports Stars HD menghidangkan kehidupan para juara secara dekat 24/7. Ketahui segalanya berkenaan jaguh kegemaran anda, minat mereka, komitmen serta rahsia motivasi dan kejayaan mereka. TRACE Sports Stars HD merupakan satu-satunya saluran yang membolehkan anda mengenali jaguh-jaguh anda sebenar-benarnya.

Saluran-saluran ini turut ditawarkan menerusi pakej HyppTV Sports Pack yang menghimpunkan 13 saluran sukan termasuklah HyppSports HD, HyppSports2 HD, HyppSports3 HD, HyppSports4 HD, FOX Football On Demand, TRACE Sports Stars HD, MUTV, HyppSports Academy dan Hypp Xtreme HD daripada penawaran VOD. HyppTV Sports Pack boleh dilanggan pada harga RM50 sebulan.

HyppTV, perkhidmatan IPTV yang pernah memenangi anugerah, dikuasakan oleh perkhidmatan jalur lebar berkelajuan tinggi TM iaitu UniFi dan Streamyx 4Mbps dan 8Mbps serta melalui penawaran pelbagai skrin pertama TM, HyppTV Everywhere, menjadikannya boleh ditonton di seluruh negara tanpa mengira cuaca. Kini, HyppTV menawarkan kepada pelanggannya 113 saluran yang terdiri daripada 19 saluran percuma dengan 8 Saluran Radio dan 50 saluran premium – di mana 30 saluran dalam bentuk HD; 16 genre Video-On-Demand (VOD) dan 20 saluran interaktif.

Untuk maklumat lanjut mengenai HyppTV, layari www.tm.com.my/hypptv dan layari laman Facebook di www.facebook.com/hyppworld.

HyppTV Flyaway Contest Spain winner

HyppTV Flyaway Contest USA winner

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Snow White, The Evil Queen & The Seven Dwarfs Gather In Malaysia!

Sinopsis Ammara Batrisya Episod 2