in

HyppTV Lancar HyppInspirasi HD & Karaoke On-Demand HyppStars

HyppTV menawarkan lebih banyak saluran yang menyeronokkan dan menarik, memberikan para pelanggannya pengalaman hiburan yang menyeluruh.

Telekom Malaysia Berhad (TM) menerusi perkhidmatan IPTV yang pernah memenangi anugerah, HyppTV hari ini secara rasminya memperkenalkan HyppInspirasi HD – saluran yang baru dijenamakan semula; dan HyppStars, perkhidmatan karaoke On-Demand terbaharu di platform HyppTV di acara HyppCarnival yang diadakan di IOI City Mall, Putrajaya.

Untitled

Kedua-dua saluran ini telah dilancarkan oleh Jeremy Kung, Naib Presiden Eksekutif, New Media, TM, bersama-sama dengan Michael Christian Simon, Pengarah Urusan, Homegrow Production Sdn Bhd.

Mengulas mengenai pelancaran tersebut, Jeremy berkata:

“Hari ini, kami berasa bangga dengan pelancaran HyppInspirasi HD, yang dahulunya dikenali sebagai EC Inspirasi. Saluran tersebut sebelum ini ditayangkan dengan format Definisi Standard (Standard Definition) dan kini ia telah dinaiktaraf kepada format Definisi Tinggi (HD), memberikan para penonton kualiti gambar yang lebih jelas untuk pengalaman tontonan yang dipertingkatkan. HyppInspirasi HD menawarkan program terbitan tempatan terbaharu dan menarik, dengan fungsi Time-Shift dan Catch-up, bagi memberi lebih keselesaan untuk anda menonton program kegemaran, bertepatan dengan janji kami, “Hidup Lebih Mudah”.”

Sementara itu, Michael Christian Simon, Pengarah Urusan, Homegrown Productions Sdn Bhd yang menerbitkan dan menguruskan saluran HyppInspirasi HD untuk HyppTV berkata, “Pelancaran HyppInspirasi dalam HD ini sememangnya tepat pada masanya dan dengan program-program terbaharu kami, kami ingin memastikan saluran ini dapat menarik minat dan perhatian penonton di Malaysia.”

Dahulunya dikenali sebagai EC Inspirasi, HyppInspirasi HD merupakan saluran yang dijenamakan semula di HyppTV Saluran 111, menawarkan pelbagai program khusus untuk golongan remaja yang memfokus kepada gaya hidup, travelog, realiti, makanan dan muzik. Saluran ini telah dinaiktaraf kepada format HD bermula 1 September 2015 dan bermula 1 Oktober 2015, HyppInspirasi HD ditawarkan secara ala-carte pada harga RM9 sebulan atau sebagai sebahagian daripada HyppTV Aneka Pack pada harga RM30 sebulan. Saluran ini datang dengan fungsi dua (2) jam time-shift serta tujuh (7) hari catch–up dan boleh didapati menerusi aplikasi mudah alih HyppTV Everywhere untuk penonton yang berada di luar rumah.

“Kami turut berbangga untuk memperkenalkan perkhidmatan karaoke on-demand terbaharu kami, HyppStars, pertama seumpamanya di platform TV di Malaysia. Boleh diakses menerusi laman interaktif HyppTV, HyppStars memberi peluang kepada pelanggan kami untuk menikmati sesi karaoke bersama keluarga dan rakan-rakan di rumah mereka dengan harga yang amat berpatutan. HyppStars menawarkan pelbagai pilihan lagu pelbagai bahasa dari artis tempatan dan antarabangsa seperti Siti Nurhaliza, Adele, Jay Chou, Lee Hom dan ramai lagi. Untuk pelanggan HyppTV Jumbo Pack, mereka boleh menikmati pas akses HyppStars Lite yang memberi mereka akses PERCUMA untuk sehingga 30 lagu atau sesi karaoke apabila mereka melanggan pek tersebut,” tambah beliau.

HyppStars merupakan perkhidmatan karaoke On-Demand pertama di Malaysia, boleh didapati secara eksklusif di platform HyppTV. HyppStars boleh dilanggan bermula 15 Oktober 2015 dengan beberapa pilihan pas langganan dari serendah RM5.90. Pelanggan HyppTV yang sememangnya gemar untuk berkaraoke boleh menikmati lebih penjimatan dengan melanggan pas tahunan HyppStars pada harga hanya RM99.90, iaitu penjimatan sebanyak RM78.90.

Bagi meraikan pelancaran HyppInspirasi HD dan HyppStars, HyppTV bersama rakan kandungannya telah menganjurkan acara HyppCarnival dari 20 hingga 22 November dan menampilkan program-programnya yang unik dan eksklusif bertempat di IOI City Mall, Putrajaya. Pelakon Indonesia, Nasya Marcella dan Muscha Chandrawinata, pelakon drama bersiri terbaharu di Saluran MNC “Jakarta Love Story”, serta Crissie Chau, duta bagi saluran now Jelli, telah diterbangkan secara khas dari Indonesia dan Hong Kong untuk menemui penonton-penonton HyppTV dan peminat mereka.

Datuk Ramli Sarip, Sofi Jikan dan peserta rancangan ‘Rockers’, program realiti TV bertemakan rock pertama di Malaysia yang ditayangkan di HyppSensasi turut hadir pada acara tersebut bersama-sama barisan selebriti tempatan dari drama bersiri HyppTV seperti Shah Jaszle, Reza Rosli, Riz Amin dan Shima Anuar. Bagi menceriakan para pengunjung cilik, terdapat juga penampilan Zingzillas dari Cbeebies, Puss in Boots dan King Julien dari DreamWorks HD, Mr Bean dari Boomerang HD, Dora the Explorer and Diego dari Nick Jr. dan Wuba, watak popular dari ‘Monster Hunt’, filem berbahasa Cina yang diminati ramai dari Now Baogu HD. Penyanyi tempatan, Zahid dan Wani Kayrie turut membuat mempersembahkan lagu-lagu hit mereka untuk memeriahkan lagi acara berkenaan.

Jeremy berkata, “Kami amat teruja dengan maklum balas yang kami terima untuk acara HyppCarnival pertama yang berlangsung awal tahun ini. Itulah sebabnya kami mengambil keputusan untuk sekali lagi menganjurkan acara ini sebagai tanda penghargaan kepada para pelanggan kami di mana mereka berpeluang untuk menyertai pelbagai aktiviti menarik serta beramah mesra dengan selebriti tempatan dari drama-drama bersiri HyppTV dan selebriti antarabangsa yang diterbangkan khas dalam sesi ramah mesra ini. Selain itu, pelanggan HyppTV dan orang ramai dapat merasai pengalaman HyppTV dengan lebih dekat dan mencuba perkhidmatan dan ciri-ciri terbaru HyppTV.”

Acara HyppCanival yang dinanti-nantikan ini telah dianjurkan pada bulan Januari lalu dan pengunjung berpeluang untuk merasai pengalaman perkhidmatan HyppTV dengan lebih dekat serta menyertai pelbagai aktiviti menarik yang telah diatur selain turut berpeluang untuk memenangi cenderahati eksklusif. Pelanggan juga boleh menaik taraf kepada UniFi ADVANCE PLAN™ dan merasai pengalaman kelajuan sehingga 50Mbps menerusi mana-mana HyppTV Value Pack bermula RM179 sebulan. Star Media Radio Group yang membawakan 988 FM, Suria FM, Red FM dan Capital FM merupakan Rakan Radio Rasmi bagi HyppCarnival.

Menepati janji kami “Hidup Lebih Mudah”, pelanggan yang sering berada di luar rumah boleh menonton program HyppTV dan kandungan VOD daripada peranti pintar mereka menerusi aplikasi mudah alih HyppTV Everywhere.

Aplikasi mudah alih ini membolehkan pendaftaran dalam aplikasi menggunakan nombor telefon mudah alih, alamat emel dan Facebook bagi pelanggan UniFi, Streamyx serta orang ramai untuk menikmati perkhidmatan HyppTV. Aplikasi ini boleh dimuat turun menerusi Google Play untuk Android serta App Store untuk Apple.

HyppTV kini menawarkan kepada para pelanggannya sebanyak 124 saluran dengan 49 saluran dalam Definisi Tinggi (HD) – yang terdiri daripada 57 saluran premium, 22 saluran percuma, 5 saluran Radio, 15 saluran Video-On-Demand dan 25 saluran interaktif dalam pelbagai pakej nilai dan pilihan secara ala-carte.

HyppTV dikuasakan oleh perkhidmatan jalur lebar berkelajuan tinggi TM, UniFi dan Streamyx 4Mbps dan 8Mbps yang tersedia untuk penonton tanpa mengira cuaca melalui pakej kediaman dan perniagaan bagi UniFi dan Streamyx. Pelanggan HyppTV juga boleh menikmati himpunan kandungan hiburan bertaraf dunia biarpun ketika berada di luar rumah melalui HyppTV Everywhere. Setakat ini, HyppTV mempunyai lebih 900,000 pelanggan.

Untuk maklumat lanjut mengenai HyppTV, layari www.tm.com.my/hypptv dan layari laman media sosial kami di www.facebook.com/hyppworld (Facebook), www.twitter.com/hypptv (Twitter), www.instagram.com/hyppworld (Instagram) dan www.youtube.com/tmofficialtube (Youtube).

Untitled

Untitled

Untitled

Untitled

Untitled

Untitled

Untitled

Untitled

Untitled

Untitled

Untitled

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Fattah Amin Jadi Duta Produk SAFI MEN

Pencipta Lagu Warisan Meninggal Dunia