Semasa berpijak di Umang Umang Chalet Resort, Kuala Linggi hari Rabu lalu, Budiey sempat lepak dengan Hunny Madu yang bergabung dengan gitaris Errie Naham (NRG) di Bengkel CIPTA EKSPRESS. Mereka berdua satu-satunya grup yang berjaya bikin dua buah lagu. Kumpulan lain hanya sempat present sebuah lagu sahaja.
Dua buah lagu, DI SINI & VIBES. Lagu DI SINI Budiey suka dengar sebab easy listening. Hunny ambil masa sehari untuk buat lagu ni. Cerita pasal pasangan bercinta dah lalui segala cabaran dan akhirnya mereka disatukan untuk memulakan hidup baru.
Aku kan mengisimu
Biar aku menyembuh lukamu
Oh sayang lapangkan hatimu
Izinkanku menyanyi untukmu
Vibes bergenre pop jazz pula pasal aura yang positif yang dapat mencipta suasana mesra dan senang hati.
Bagi Hunny ini kali pertama dijemput menjadi peserta CIPTA EKSPRES 2015. Ianya satu pengalaman berharga kerana dapat berkolaborasi dan mengenal lebih dekat ramai komposer. Memberi ruang dan peluang untuk berkarya dalam suasana tenang dan rileks di tepi pantai.
Lirik penuh lagu DI SINI
Di sini kita bermula dua jiwa
Yang lalu biar lenyap usah dibawa
Di sini kita berdiri satu cinta
Ke angkasa ku doakan yang bahagia
Aku kan mengisimu
Biar aku menyembuh lukamu
Oh sayang lapangkan hatimu
Izinkanku menyanyikan untukmu
Oh hati, bukalah pintu itu
Hilangkan segala yang menyakitimu
Hanya mati yang akan memisahkan kita
Dua jiwa bersatu demi cinta
Di sini ku terima semua tentang kita
Yang tak sempurna kan ku cuba
Di siniku ikrar lafaz cinta
Ku berdiri di sisimu selamanya
Untuk lagu VIBES boleh dengar kat sini: