in

Hunny Madu & Kayda Lancar Go Hard Or Gostan & Gucci Dowh

Di arena industri muzik Malaysia kini, hip-hop/rap merupakan salah satu aliran muzik yang berpengaruh besar bukan sahaja di ibu kota malah di kawasan pedalaman juga. Hip-hop/Rap yang sinonim dengan barisan artis-artis lelaki kini telah digandingkan atau pun diwarisi kepada artis-artis wanita juga. Di Malaysia, muzik hip-hop/rap dikait rapat dengan budaya remaja dan meliputi aspek aspek kehidupan seperti kekeluargaan, percintaan, sehingga lah kepada keyakinan diri.

Walaupun dipelopori oleh kaum lelaki, ini tidak menjadi penghalang kepada kaum wanita untuk menceburi bidang rap ini. Nama nama seperti Lady D, Mizz Nina, Quotazn, Arabyrd dan Muchachaz sering menjadi bualan ramai terutama sekali di dalam ‘dunia’ hip-hop/rap tempatan.

Hunny Madu & Kayda 4

Pelancaran Single Terbaru Hunny Madu & Kayda – ‘Go Hard Or Gostan’ & ‘Gucci Dowh’

Pada tahun ini, Warner Music Malaysia dengan bangganya mempersembahkan dua lagi artis rap wanita tempatan iaitu Hunny Madu dan Kayda. Gandingan mereka berdua mampu membawa legasi artis artis wanita rap sebelumnya, ini boleh dibuktikan dengan persembahan bertenaga mereka yang telah mereka pelajari sepanjang pengalaman di dalam industri muzik tempatan.

Meskipun ini adalah kali pertama mereka berganding bahu bersama Warner Music Malaysia, kehadiran mereka di dalam arena hip-hop/rap telah lama mereka selami. Hunny Madu yang telah menempah nama di pentas tanah air dengan menyertai pertandingan muzik di sebuah rancangan tempatan berjudul ‘Blast Off’ pada tahun 2004, kumpulan Hunny Madu berjaya masuk ke peringkat akhir dan berada di tempat kedua. Manakala Kayda pula mendapat bimbingan daripada ibunya sendiri iaitu penyanyi lagenda tanah air Datuk Sheila Majid dan bapanya Datuk Roslan Aziz yang juga aktif dalam industri muzik tempatan sebagai seorang penerbit muzik.

Single terbaru mereka ‘Go Hard or Gostan’ mengisahkan perjalanan mereka berdua dalam mengejar impian mereka untuk menulis lagu hip-hop/rap dan sekali gus mengetengahkan kebanggaan masing masing sebagai seorang rakyat Malaysia.

Kejayaan ‘Go Hard or Gostan’ bukan sahaja di mulut para pendengar malah di corong radio juga, lagu tersebut menempah nama dengan berada No 1 di carta Hitz.Fm selama 6 minggu berturut-turut.

Kehadiran mereka akan memeriahkan lagi industri dengan single terbaru mereka ‘Gucci Dowh’. Kedua dua lagu tersebut boleh didapati secara digital di iTunes, Spotify, dan KKBox pada 14 Oktober tahun ini.

Akhir sekali, Warner Music Malaysia amat berbesar hati dengan penambahan dua artis terbaru kita, Hunny Madu dan Kayda. Dengan harapan, pihak media yang dihormati dapat memberi sokongan penuh kepada mereka kerana ini secara tidak langsung dapat memajukan pentas hip-hop/rap dan juga muzik tanah air.

Hunny Madu & Kayda

Hunny Madu & Kayda 5

Hunny Madu & Kayda 6

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Industri Kandungan Kreatif Sumbang Lebih RM150Juta

Non-Stop Video Streaming Of Youtube & Tonton Content