HappyFresh, syarikat penghantaran barangan runcit atas talian pertama di Asia Tenggara bekerjasama dengan Hani Farhana atau lebih dikenali sebagai Hunny Madu, selebriti dan penyanyi di Malaysia untuk mengeluarkan video muzik baru. HappyFresh merupakan antara syarikat pertama yang bekerjasama dengan selebriti tempatan dalam menghasilkan video muzik bagi pengguna mereka.
Video muzik yang berjudul “Wanna Be Happy” diarah oleh Ghaz Abu Bakar, pengarah tempatan terkenal yang telah mengeluarkan beberapa filem dan tayangan tempatan seperti Polis EVO dan Cicakman 3. Lagu ini memaparkan kesusahan seorang ibu selebriti dengan ibu mentua yang kerap mengganggunya kerana tidak berupaya melakukan kerja rumah dengan sempurna. Lagu ini tampil dengan kemunculan semula Hunny Madu sejak lagu terakhirnya yang dikeluarkan pada Januari 2019.
Lagu baru ini dilancarkan sempena kempen ibu mentua untuk menghentikan kesalahfahaman, pantang-larang dan halangan yang dihadapi generasi milenial dengan ibu mentua, isu yang tidak asing lagi bagi masyarakat Asia. Ia juga mempamerkan HappyFresh sebagai platform membeli barangan runcit dengan mudah untuk pelanggan mereka.
Pengarah Urusan HappyFresh Malaysia, Hu Hun Hui berkata:
“HappyFresh sentiasa berusaha untuk menyediakan servis barangan runcit berkualiti agar pelanggan kami mempunyai kebebasan melakukan urusan yang lebih penting dalam kehidupan mereka, termasuklah mengeratkan hubungan dengan ibu mentua mereka.
Harapan kempen ini adalah untuk menolong generasi milenial mengeratkan hubungan dengan ibu mentua melalui muzik yang mempamerkan nilai kesatuan yang tertanam dalam jiwa masyarakat Malaysia.”
– Hu Hun Hui
“Kami juga telah melancarkan eWallet sebagai kaedah membayar terbaru untuk kalangan masyarakat yang biasa menggunakannya.
Ia menyediakan kemudahan untuk membeli barangan runcit dan juga menambah baik infrastruktur bagi kebaikan rakan kongsi kami,”
– Hu Hun Hui
Hunny Madu berniat untuk mengubah persepsi negatif kalangan milenial terhadap ibu mentua dalam lagunya. Dia berkata:
“Perubahan dari segi gaya hidup amat susah dan ada kemungkinan mengambil masa yang lama untuk membiasakan diri, tetapi sekiranya kita dapat melihat dari pandangan mereka, kesalahfahaman dapat dielakkan, seterusnya mengeratkan lagi hubungan dengan mentua.”
– Hu Hun Hui
Video muzik tersebut boleh didapati di laman sosial HappyFresh di mana pelanggan juga dapat menikmati diskaun sebanyak 50% atas pembelian barangan runcit sempena kempen ini.
HappyFresh adalah syarikat penghantaran barangan runcit atas talian yang pertama di Asia Tenggara yang memudahkan pelanggan membeli dari kedai runcit kegemaran mereka melalui aplikasi dan laman web.
Mula diasaskan pada Oktober 2014, oleh kumpulan e-dagang dan pakar logistik, HappyFresh bekerjasama dengan rangkaian runcit terkenal untuk memberi pelanggan pilihan barangan yang lengkap dengan pelbagai lingkungan harga.
Pembeli peribadi yang dilatih syarikat memilih produk terbaik berserta rangkaian logistik yang maju membolehkan penghantaran barangan runcit pada jam berikutnya.
Meskipun telah meraih pencapaian baru, HappyFresh masih berusaha untuk mencapai tahap yang lebih tinggi, dengan niat untuk menjadi portal sehenti untuk membeli barangan runcit dengan penghantaran pada hari yang sama dari pasar raya ke rumah di seluruh Asia Tenggara pada masa akan datang.
Para pengguna boleh menonton video muzik penuh di saluran YouTube HappyFresh.
Muat turun aplikasi HappyFresh dan menikmati pembelian barangan runcit dengan mudah dari hujung jari anda dalam peranti Android dan iOS.
HappyFresh beribu pejabat di Jakarta dengan operasinya di Malaysia dan Thailand. Untuk maklumat lanjut, sila layariwww.happyfresh.com.
TENTANG HAPPYFRESH:
HappyFresh adalah syarikat penghantaran barangan runcit atas talian yang pertama di Asia Tenggara yang memudahkan pelanggan membeli dari kedai runcit kegemaran mereka melalui aplikasi dan laman web. Mula diasaskan pada Oktober 2014, oleh kumpulan e-dagang dan pakar logistik, HappyFresh bekerjasama dengan rangkaian runcit terkenal untuk memberi pelanggan pilihan barangan yang lengkap dengan pelbagai lingkungan harga. Pembeli peribadi yang dilatih syarikat memilih produk terbaik berserta rangkaian logistik yang maju membolehkan penghantaran barangan runcit pada jam berikutnya.
HappyFresh beribu pejabat di Jakarta dengan operasinya di Malaysia dan Thailand. Untuk maklumat lanjut, sila layari: https://www.happyfresh.my/.