Pelakon Hun Haqeen selamat menjalani pembedahan pada kecederaan bahagian lututnya semasa penggambaran sebuah drama.
Hun berkata demikian ketika diminta mengulas pembedahan pada bahagian lutut akibat kecederaan Anterior Cruciate Ligament (ACL) ketika penggambaran drama W: Two Worlds beberapa bulan lalu.
Pembedahan itu dijalankan di hospital pakar di Kuala Lumpur pada Selasa lalu.
Menurut Hun atau nama sebenar, Haqeem Hermy, 25, kakinya masih belum dapat bergerak dengan baik selepas pembedahan terbabit.
Ditanya bila kecederaan bahagian lututnya itu dijangka pulih, kata Hun, doktor memberitahu ia dijangka mengambil tempoh kira-kira enam bulan untuk pulih sepenuhnya.
Sementara itu, mengulas perkembangan karier lakonan pula, kata Hun, dia akan berehat seketika dari bidang lakonan untuk memastikan kecederaan itu pulih sepenuhnya.
Pada masa sama, Hun turut mengucapkan terima kasih kepada rakan artis, pelakon Hairul Azreen yang berkongsi tips dan video tutorial apa yang perlu dilakukan selepas pembedahan terbabit.