in , ,

Rumah Tangga Retak, Risteena & Isa Khan Saling Unfollow di Instagram?

Sejak kebelakangan ini, isu rumah tangga beberapa pasangan selebriti sering menjadi topik utama dan hangat diperkatakan dalam kalangan warganet.

Bukan itu sahaja, perihal itu juga boleh terpalit kepada pasangan selebriti yang lain apabila mereka tidak lagi berkongsi gambar atau jarang kelihatan bersama di media sosial.

Terbaharu, pasangan pelakon Nur Risteena Munim dan Isa Khan turut menangkap perhatian ramai apabila mereka sudah jarang kelihatan bersama.

Pasangan itu juga sudah tidak mengikuti media sosial antara satu sama lain meskipun masih menyimpan foto mesra bersama.

Malah, perkara itu juga mula menjadi persoalan apabila adik kepada aktres itu, Asha Zainul berkongsi foto raya mereka sekeluarga tanpa keberadaan Isa di Instagram.

Namun, berdasarkan kemaskini Instagram Story Risteena, pasangan itu baru sahaja menyambut hari lahir anak saudara mereka, Ayden Rayyan.

Terdahulu, Risteena dan Isa telah mendirikan rumah tangga pada 11 Mac 2021.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

DIANA DANIELLE BERTUDUNG

Diana Danielle Beri Bayangan Tak Kembali Ke Pangkuan Farid Kamil?

ANIQ MUHAI

“Saya Harap Beliau Menjaga Nilai Agama,” – Nasihat Aniq Muhai Untuk Naufal