Selain dari produk Huawei Freebuds Lipstic dan Huawei Watch GT 3, nampaknya pengguna di Malaysia bakal menerima kehadiran satu lagi peranti boleh-pakai baharu daripada Huawei yang akan dilancarkan pada 20 November ini.
Peranti ini dikenali sebagai Huawei Watch GT Runner, ia merupakan seutas jam tangan pintar yang direka khusus buat pelari pemula mahupun profesional.
Jika dilihat dari gambar di atas, jam tangan ini hadir dengan reka bentuk mewah serta dilengkapi ciri pemantauan kesihatan dan sukan yang lebih baik.
Antaranya, sensor kadar degupan jantung yang menggunakan teknologi TrueSeen 5.0 dan menjalankan versi terkini HarmonyOS untuk pengalaman lebih baik.
Seterusnya, sokongan Always-On Display untuk kegunaan yang pelbagai termasuklah pemberitahuan pintar. Kemudian, ketahanan bateri boleh mencapai 14 hari lamanya dan ia juga menyokong pengecasan secara nirwayar.
Di samping itu, ia juga dilengkapi beberapa fungsi yang dikatakan mampu memberikan manfaat cukup baik buat pelari. Misalnya seperti Running Ability Index (RAI) bagi mengukur tahap ketahanan pemakai berdasarkan kadar degupan jantung atau jarak.
Terdapat juga Intelligent Dynamic Adjustment Plan yang membolehkan pengguna menyediakan pelan latihan berdasarkan maklum balas daripada RAI.
Huawei telah mengesahkan bahawa Huawei Watch GT Runner akan diperkenalkan di Malaysia seiring dengan Huawei Watch GT 3 dan Huawei FreeBuds Lipstick pada 20 November ini di satu acara rasmi di Putrajaya.