HUAWEI baru sahaja melancarkan HUAWEI WATCH FIT dan HUAWEI FreeLace Pro pada bulan September lalu dan Budiey rasa sangat bertuah sebab dapat mencuba gajet terbaharu ini. Wah! Bagus jugak tu. Tengah-tengah kegawatan dengan penularan wabak Covid-19 ni, kan? Takdelah rasa duit tu habis. Yang paling penting, kita kena dapatkan dua gajet ni untuk melengkapkan lagi aktiviti sukan atau senaman kita. Ianya boleh dibeli di semua HUAWEI Experience Stores di seluruh negara dan dalam talian di HUAWEI Store.
Bagi yang tengah berjimat, jangan risau ya gais! Korang boleh dapatkan pelan ansuran 0% melalui HUAWEI Together 2020. Pakej istimewa ini menampilkan HUAWEI nova 7 SE, FreeLace Pro dan WATCH FIT pada harga RM6.57 sehari selama 12 bulan.
Dengan harga hanya RM499, pengguna boleh mendapatkan HUAWEI WATCH FIT dalam Graphite Black atau Sakura Pink. Huawei Watch Fit hadir dengan rekaan muka jam empat segi, selain ditujukan untuk mereka dengan gaya hidup aktif.
Manakala HUAWEI FreeLace Pro boleh didapati dalam Graphite Black dengan harga RM399 saja.
Paling best, korang boleh berbelanja lebih dan menikmati kehidupan yang lebih sihat dan pintar bersama orang yang tersayang dengan membeli dua unit HUAWEI WATCH FIT dan korang akan menerima rebat segera RM100* bermula sekarang sehingga 9 Oktober 2020. Kena cepat, sementara stok masih ada!
Kenapa Wajib Dapatkan HUAWEI WATCH FIT & HUAWEI FreeLace Pro?
HUAWEI WATCH FIT dan FreeLace Pro akan menjadi rakan sukan terbaik korang dengan inovasinya yang canggih. HUAWEI WATCH FIT mempunyai 96 mod senaman yang mengagumkan, animasi senaman pantas dan hayat bateri sehingga 10 hari.
Ya! Inovasinya yang paling terbaik dan advanced membuatkan ia jam yang sesuai untuk pencinta sukan.
Bagi HUAWEI FreeLace Pro, ia dilengkapi teknologi pembatalan hingar (ANC) dwimikrofon, mod ketelusan dan hayat bateri main balik sehingga 24 jam. Peranti ini akan memberikan pengalaman latihan yang luar biasa bagi pengguna ketika digunakan bersama.
Untuk Bluetooth neckband, HUAWEI FreeLace Pro yang berharga RM399, merupakan neckband pertama dalam industri yang ada dual-mic active noise cancellation technology, transparency mode dan bateri yang tahan sehingga 24 jam!
Dengan pemandu audio sebesar 14mm, ia mampu menawarkan pengalaman audio yang baik. Kesemua kawalan dilakukan menerusi butang fizikal terbina pada bahagian tali fon telinga.
Tetapi pada fon telinga terdapat butang fizikal untuk mengaktifkan pembatalan hingar atau menyeru pembantu maya. Muzik turut akan dijedakan apabila dua fon telinga disambungkan secara magnetik.
Dengan sistem pembatalan hingar aktif, FreeLace Pro boleh beroperasi sehingga 16 jam atau sehingga 24 jam jika pembatalan hingar dimatikan. Pengecas USB-C terbina pada wayar yang membolehkan ia dicas dengan disambungkan kepada telefon pintar.
Bila anda gunakan kedua-dua ini bersama memang jadi gabungan yang paling mantaplah! Terus naik mood bersukan anda!
Untuk maklumat lebih lanjut mengenai produk terbaru HUAWEI, korang boleh nantikan update dari Facebook HUAWEI.