in , ,

Cara Mudah Untuk Muatturun Aplikasi Kegemaran Anda Melalui Huawei AppGallery

Ini berita baik untuk anda semua yang menantikan telefon bimbit terbaharu yang harganya paling mampu milik di Malaysia dari HUAWEI. Budiey dengar HUAWEI Siri nova 7 akan berada di pasaran Malaysia pada 19 Jun ini dengan harga sangat murah iaitu serendah RM1,499. Haa, murah betul!

Fuhyooo, pastinya akan menjanjikan satu pengalaman digital yang lebih menarik seiring dengan kemajuan teknologi yang lebih canggih. Secara ringkas, Huawei Siri nova 7 didatangkan dengan tiga variasi warna iaitu Space Silver, Crush Green dan Midsummber Purple. Rekaannya cukup minimal dan sangat ringan. Dengan sokongan pemprosesan Kirin 820 5G, ia disertakan dengan liputan 5G, mutu foto dan kualiti video 4K yang mengkagumkan. 

Huawei Siri nova 7

Dilengkapi dengan bateri 4000mAh dan 40W HUAWEI SuperCharge, kita dapat mengecas dengan cepat iaitu 70% dalam masa 30 minit. Dengan teknologi 5G yang ada membuatkan telefon bimbit ini menjadi telefon bimbit 5G paling murah dan mampu milik. Yang paling penting, ia disertakan dengan aplikasi MeeTime yang membolehkan kita mengadakan panggilan video dengan mutu yang berkualiti.

Jadi kepada yang anda yang terima duit raya banyak tahun ni, bolehlah dapatkan Huawei Siri nova 7. Di entri blog ini, Budiey nak senaraikan keistimewaan Huawei Siri nova 7 ni dari segi muatturun aplikasi. Anda baca sampai habis ya!

Huawei Siri nova 7
  1. Muatturun Aplikasi Kegemaran Anda dengan Huawei AppGallery

Pasti ramai yang tertanya-tanya, apakah istimewanya Huawei Siri nova 7 ni? Sebenarnya, banyak pembaharuan yang akan dinaiktarafkan oleh HUAWEI untuk telefon pintar ini. Tapi Budiey nak ceritakan di sini tentang Huawei AppGallery yang lebih selamat, lebih storan dan yang pastinya… lebih banyak ganjaran menanti anda!

Huawei Siri nova 7 juga menawarkan HUAWEI AppGallery di mana anda tak perlu risau lagi untuk memuatturun aplikasi kegemaran anda ke dalam telefon bimbit baru tu. 

Huawei Siri nova 7

Kepada amda yang masih kurang jelas tentang perkara ini, jom baca artikel ni sampai habis. HUAWEI AppGallery ni lebih kurang macam sebuah arkib yang menyimpan segala macam aplikasi. Ala, dia lebih kurang macam Google Play Store jugak. Cuma ada sedikit perbezaan. Yang penting, korang nak aplikasi apa, segalanya ada tersedia kat situ. 

Namakan saja aplikasi apa, semua ada kat AppGallery ni. Dari aplikasi sosial media sehinggalah aplikasi permainan dan hibuan, memang cukup lengkap semua. Sebagai contoh, jika di Google Play Store ada Google Hangout, di Huawei AppGallery pula ada MeeTime. Malah ia lebih canggih sebab skrin lebih baik untuk berkongsi fail semasa buat video call.

Huawei Nova 7 series didatangkan dengan aplikasi mobil ketiga terbesar di mana AppGallery mempunyai 390 juta pengguna sebulan di seluruh dunia. Wow! Banyak tu! Budiey percaya, banyak aplikasi favourite kita semua ada kat AppGallery.

Untuk anda yang beralih dari telefon jenama lain yang menggunakan Google Play Store, anda tak perlu risau bila aplikasi kesukaan anda tu sebab aplikasi di AppGallery pun dah memang power!

Jika anda pengguna Huawei Nova 7 series, anda tidak perlu risau tentang masalah privasi dan sekuriti kerana Huawei AppGallery mempunyai pensijilan industri dan keselamatan terbaik di bawah CC EAL5.

Bila nak memuat turun fail yang banyak, sudah tentu kita perlukan storan yang besar kan? Okay, jangan risau sebab anda akan diberikan 15GB storan pada Huawei Cloud Storage secara percuma selama satu tahun untuk Huawei nova 7 SE.

Huawei AppGallery juga memberi ganjaran kepada penggunanya semasa menggunakan Huawei AppGallery untuk install aplikasi anda. Pengguna boleh menebus hadiah yang menarik di Pusat Hadiah Huawei AppGallery dengan memperolehi mata ganjaran Huawei.

Antara aplikasi yang Budiey rasa wajib ada dalam telefon bimbit kita ialah Whatsapp dan Facebook bagi memudahkan kita berkomunikasi dengan keluarga, kawan dan kenalan. Selain itu Budiey suka aplkasi TikTok yang sekarang ini menjadi trends untuk berhibur di waktu lapang.

Untuk membeli belah dalam talian pula, Budiey akan muatturun aplikasi Shopee dan Lazada. Aplikasi seperti ini menjadi kemestian, tambahan lagi semasa Perintah Kawalah Pergerakan yang memerlukan kita sentiasa berada di rumah. Jadi, aplikasi membeli belah ni wajib ada!

Kena cuba guna dulu, baru anda tahu, bila dah selalu guna nanti. sudah tentu anda akan beralih dari Google kepada Huawei AppGallery.

Okay, sudah tentu ada yang bertanyakan kepada Budiey, macamana dengan semua aplikasi yang dimuat turun melalui Google Play sebelum ini jika bertukar kepada Huawei Nova 7 series? 

Okay, anda boleh menggunakan FindApps untuk mencari aplikasi kegemaran atau aplikasi yang popular kat situ. You gais jangan risau dan khuatir. 

Aplikasi popular seperti Facebook, Telegram, WhatsApp, dan Instagram senang je nak cari. Jika amda tidak dapat mencari aplikasi diingini, apa kata. anda boleh memuat turun aplikasi melalui Huawei Brower, ataupun melalui kedai aplikasi pihak ketiga seperti Aptoide dan Aurora Store.

Aplikasi Huawei FindApps juga merupakan satu hub untuk membantu pengguna mencari aplikasi yang mereka perlukan dan mengarahkannya ke sumber yang sepatutnya.

Melalui Huawei FindApps anda tidak perlu risau kehilangan pelbagai aplikasi yang anda minati daripada telefon lama anda. Untuk kemudahan, anda boleh menggunakan Phone Clone untuk memindahkan data dari telefon lama ke telefon Huawei Siri nova 7 dengan mudah dan cepat. Data maklumat seperti SMS, log panggilan, notes, rakaman, kalendar, foto, muzik, dokumen dan aplikasi boleh dipindahkan semudah ABC. 

Phone Clone Picture

Tak kisah sama ada anda pengguna iOS ataupun Android – Huawei Phone Clone ini tetap serasi dengan telefon pintar anda tanpa mengira jenama. Muat turun secara percuma di Google Play atau Apple Store dengan pemindahan pantas sehingga boleh mencapai kelajuan 1GB dalam masa seminit.

Foto-foto kesayangan, video dan nombor telefon dan fail-fail lain akan dipindahkan dengan mudah serta selamat melalui rangkaian keselamatan penyulitan tanpa wayar. Tiada sokongan dalam simpanan awan. Tiada lagi bebanan kepada cakera keras. Mudah sungguh!

Phone Clone Picture 2

Huawei Phone Clone juga tidak memerlukan Wi-Fi atau data. Kita hanya perlu menggunakan kod QR atau lokal hotspot pada telefon pintar baharu. Sedia untuk melakukan pindahan.

Manfaatkan sepenuhnya aplikasi Huawei Phone Clone ini untuk pemindahan data dan memudahkan memindahkan nombor telefon, SMS, log panggilan, nota, bahan ramakan, kalendar, foto-foto, lagu, video, dokumen-dokumen dan pelbagai aplikasi daripada telefon lama anda kepada telefon pintar terbaharu Huawei.

Tidak syak lagi, Huawei AppGallery bakal menjadi sahabat setia anda untuk memudahkan segala urusan rutin harian. Dah tiba masanya kita memaksimumkan penggunaan telefon bimbit bagi mencapai tahap gaya hidup yang lebih mudah. 

Rasanya, rutin harian lebih lengkap dengan Huawei Siri nova 7 di mana kita boleh mencapai aplikasi media sosial seperti telekomunikasi, sosial, permainan, hiburan, perbualan serta navigasi. Lagi pun, apabila menggunakan Huawei AppGallery, banyak ganjaran atau rewards yang menanti pengguna. 

Tonton video untuk mengetahui tentang Huawei AppGallery dengan lebih lanjut:

Budiey pun tak sabar nak cuba Huawei Siri nova 7 ni. Kini kita tak lagi nak risau tentang aplikasi yang kita muatnaik tu. Semuanya selamat. Jika dah tahu keistimewaan telefon pintar ni, jadi jangan lupa komen di ruangan komen ya.  

Maklumat lanjut mengenai HUAWEI AppGallery: https://consumer.huawei.com/en/mobileservices/appgallery/

Maklumat lanjut mengenai Huawei nova 7 series, Klik SINI

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Jualan Terbesar Maxis Tawarkan Peranti Terbaru dengan Harga RM1

Tawar Pekerjaan! Shuib Sepahtu Terharu BubbleBee Diserbu Hampir 300 Orang