Biarpun Kuala Lumpur ditumbuhi ratusan hotel namun hotel-hotel butik mewah dan trendy semakin mendapat tempat di ibunegara Malaysia. Ini kerana hotel-hotel butik ini masih mampu menawarkan perkhidmatan setaraf hotel-hotel lima dan empat bintang antarabangsa. Dan lebih istimewa lagi, mereka sering menyediakan ciri-ciri unik pada bilik ataupun kemudahan lain bagi menarik minat para tamu.
Di antara hotel unik yang dimaksudkan adalah WOLO Bukit Bintang yang terletak di kawasan persimpangan utama di daerah Bukit Bintang di depan pusat membeli-belah tersohor LOT 10. Turut bernaung di bawah syarikat yang juga pemilik francais kafe serta kedai roti terkemuka Tous Les Jours, WOLO menawarkan kelainan dari segi penginapan dan senireka kemudahan-kemudahan hotelnya.
WOLO Bukit Bintang Penginapan Praktikal di Tengah Kuala Lumpur
[dropcap]H[/dropcap]otel ini mempunyai 138 buah bilik dan setiap bilik mempunyai saiz senireka dalaman yang beraneka. Ia juga mempunyai sebuah cawangan kafe Tous Les Jours di tingkat bawah yang menawarkan sarapan untuk tamu hotel dengan pelbagai menu yang enak. (Jadi kalau anda peminat makanan di Tous Les Jours, hotel ini memang sesuai untuik anda).
[pullquote align=”right”]Semua bilik WOLO mempunyai perkhidmatan wi-fi percuma serta kemudahan elektronik terkini. Ini diserikan lagi dengan sebuah gimnasium di tingkat tiga untuk tamu bersenam serta beriadah.[/pullquote]
Semestinya, senireka dalaman hotel juga agak unik dan moden. Kala melangkah masuk sahaja ke perkarangan hotel, para tamu akan rasa seperti masuk ke dalam sebuah tempat yang bersuasana sedikit esentrik namun menyenangkan. Dengan aneka warna serta ajnas mainan ruang, bentuk dan rupa, semuanya tampak kemas namun sangat menarik.
Namun tarikan utama hotel ini adalah lokasinya yang berada di tengah-tengah bandaraya Kuala Lumpur dengan akses ke berbagai tempat berkat kedudukan stesen monorel yang terletak betul-betul di seberang jalan (depan hotel). Tamu juga boleh berjalan ke pusat membeli-belah Pavilion dalam beberapa minit sahaja (di samping kedai-kedai ternama lain yang terletak di Jalan Bukit Bintang).
Andai ingin mencuba bermalam di tengah kota Kuala Lumpur dan ingin merasai sesuatu yang berbeza namun masih selesa dan meriah, bermalamlah di WOLO Bukit Bintang! Ia pasti tak akan anda lupakan!
WOLO Bukit Bintang :Penginapan Praktikal di Tengah KL
oleh Shah Shamshiri