Seringkali kita terlupa bahawa daerah Lembah Kelang di Malaysia ini bukan sahaja terdiri daripada pusat bandar Kuala Lumpur sahaja, tetapi juga kawasan-kawasan berdekatannya.
Bangsar adalah salah satu daerah yang popular di Kuala Lumpur dan sering menjadi tumpuan orang ramai (ini termasuklah penduduk tempatan serta para pelancong asing). Ini juga kerana jarak Bangsa dan pusat bandar KL yang sangat dekat di antara satu sama lain.
Oleh kerana itu, keperluan untuk tempat persinggahan dan penginapan di sini semakin meningkat. Walaupun semakin banyak hotel-hotel baru yang muncul di pusat bandar KL, namun Capri by Fraser di kawasan terbaru Bangsar South nampaknya bakal muncul sebagai salah satu penginapan yang terkenal di sini.
Terletak di Bangsar South bersebelahan pusat gaya hidup Nexus, kedudukan strategiknya menyebabkan ramai yang memilih untuk bermalam di hotel ini sekiranya ingin singgah di kawasan Bangsar dan berdekatan.
Biarpun baru sahaja bertapak di sini, kemudahan serta perkhidmatan yang ditawarkan di sini sangat hebat dan malah lebih daripada apa yang ditawarkan oleh hotel-hotel biasa. Apalagi dengan senireka dalamannya yang seiring dengan gaya kontemporari kondominium serta pangsapuri moden lain masa kini.
Capri by Fraser menawarkan 240 buah suite serta pangsapuri eksklusif yang dihias indah dengan penuh teliti. Ia juga mempunyai tingkat eksekutifnya sendiri di mana terdapat bahagian khas buat para tetamu yang menginap di Capri Club Floor ini.
Tetamu istimewa di tingkat ini mempunyai ruang makan khas buat mereka sahaja. Turut dilengkapi dengan kemudahan-kemudahan lain seperti kolam renang, gymnasium, dewan-dewan serbaguna dan macam-macam lagi, hotel ini sering menjadi tumpuan para usahawan yang mempunyai urusan kerja di kawasan sekitarnya.
Ini kerana hotel ini berdekatan dengan pusat-pusat perdagangan dan industri terkemuka Malaysia. Malah akses untuk ke pusat ibukota dari hotel ini juga sangat mudah kerana terdapat pelbagai kemudahan pengangkutan percuma (shuttle) dari hotel ini ke tempat tertentu. Pusat membeli-belah Mid Valley Megamall serta stesen LRT Universiti juga tidak jauh dari situ.
Soal menjamu selera juga bukanlah satu masalah kerana tersedia ajnas pilihan restoran dan tempat makan di situ. Di antaranya termasuklah Delite Deli, Drinx Bar, serta U-Bar. Tidak lupa juga ruang makan utama mereka iaitu Caprilicious All-day Dining, untuk menikmati pelbagai hidangan lazat tidak kiralah buat sarapan, makan tengah hari ataupun makan malam. Untuk bersantai atau minum petang, cubalah singgah di Drinx Bar dan U-Bar.
Jadi sekiranya anda tercari-cari, penginapan berkualiti di kawasan Bangsar, pastikan Capri by Fraser menjadi pilihan pertama!
Malam yang indah di Capri by Fraser
oleh Shah Shamshiri