Sesetengah pasangan suka ketenangan, ada yang lebih suka aktiviti mencabar. Sama ada anda dan pasangan inginkan pengembaraan yang menarik, percutian romantik peribadi atau kemewahan yang tiada tandingan, semuanya terdapat di hotel-hotel popular ini untuk percutian bulan madu anda di Selangor!
CYBERVIEW RESORT & SPA, SEPANG
Rancang bulan madu anda di Cyberview Resort & Spa, sebuah pusat peranginan butik 5-bintang menampilkan perkhidmatan berkualiti tinggi serta layanan mesra. “Syurga†di Sepang ini dikelilingi pokok palma, taman tropika bersama chalet, suite dan banglo yang selesa.
Sesuai untuk berbulan madu, terdapat juga ‘honeymoon suite’ dengan pemandangan taman yang indah beserta tab jakuzi. Nikmati makan malam romantis di bawah bintang di Bistro Cascata dengan hidangan ‘fusion’ Itali atau berehat di tepi kolam renang di Chillax Pool Bar untuk mengakhiri hari anda.
MOVENPICK HOTEL & CONVENTION CENTRE KLIA, SEPANG
Terletak di Sepang, Movenpick Hotel & Convention Centre KLIA merupakan hotel terbaik untuk menginap ketika percutian bulan madu anda. Kagumkan diri anda dengan seni bina geometri unik yang dikelilingi oleh kolam biru yang menenangkan dan pokok palma.
Di sebelah petang, anda boleh juga menikmati pencuci mulut coklat eksklusif dari Movenpick secara percuma yang dinamakan Chocolate Hour, dan rasai hidangan lazat seperti truffle ataupun chocolate fountain. Raikan bulan madu yang lebih manis di Movenpick Hotel & Convention Centre KLIA.
SUNWAY RESORT HOTEL, PETALING
Jika anda inginkan lebih banyak aktiviti bulan madu bersama pasangan, rancang penginapan anda di Sunway Resort Hotel. Bertempat di Subang Jaya, Petaling, resort di kawasan bandar ini menawarkan lebih daripada penginapan dan perkhidmatan mewah. Dengan pilihan bilik dari vila bersama kolam renang peribadi ke club suite bersama butler peribadi, pasti akan memberikan anda pengalaman yang menyeronokkan.
Cabar adrenalin dengan aktiviti yang mendebarkan di taman tema ikonik Sunway Lagoon yang berdekatan dengan resort bersama pasangan atau membeli-belah jenama kegemaran di pusat membeli-belah Sunway Pyramid. Rehatkan diri dengan rawatan spa yang berinspirasikan Bali di resort sebagai penutup hari anda!
ESPIRA KINRARA, PETALING
Espira Kinrara menawarkan penginapan yang lebih berpatutan tetapi masih memberi kemudahan dan servis yang baik. Terletak di Puchong di daerah Petaling, resort ini sesuai bagi mereka yang inginkan percutian bulan madu dengan bajet yang minima. Dengan kolam renang ‘outdoor’ berhadapan dengan bilik, pengunjung boleh terus bermandi-manda ataupun berehat di kerusi ‘lounge’ bersama.
Resort yang tenang ini juga dikelilingi dengan tumbuhan hijau menjadikannya tempat percutian yang ideal untuk berbulan madu. Makan di restoran Biru di resort ini dan nikmati hidangan bufet yang lazat atau cuba hidangan Malaysia yang enak dari menu ala carte mereka!
THE SAUJANA HOTEL KL, PETALING
Terletak di Subang Jaya dan hanya beberapa minit sahaja dari Subang Airport, The Saujana Hotel Kuala Lumpur ialah pilihan penginapan bulan madu yang baik. Resort ini menawarkan bilik penginapan dengan konsep berlainan dilengkapi pemandangan taman, tasik dan padang golf yang indah, termasuk spa untuk anda mendapatkan terapi; menjadikan ia destinasi romantik yang ideal.
Makan dengan penuh keselesaan dan privasi dengan perkhidmatan bilik 24 jam yang meraikan kepelbagaian masakan Malaysia. Berehat atau berenang bersama pasangan anda di kolam 36-meter luas yang dikelilingi pemandangan hijau yang indah.
AMVERTON COVE GOLF & ISLAND RESORT, KUALA LANGAT
Amverton Cove Golf & Island Resort merupakan penginapan terbaik bagi pasangan pengantin baru pada musim bulan madu ini. Terletak di Pulau Carey, resort ini menawarkan pilihan bilik yang banyak, villa dan juga chalet berhadapan tasik yang selesa bagi tetamu.
Nikmatilah kemudahan-kemudahan yang terdapat di resort ini termasuk kolam renang, ‘game room’, spa dan gimnasium. Resort ini juga mempunyai fasiliti ‘outdoor´ seperti flying fox, ATV, paragliding dan sukan air bagi pasangan yang inginkan cabaran. Perkhidmatan yang berkualiti dan kemudahan sedia ada di resort ini akan menjadikan percutian bulan madu anda lebih menyeronokkan. Â
PENUTUP
Ini adalah beberapa hotel popular untuk berbulan madu di Selangor, sama ada anda inginkan percutian yang santai, percutian di bandar atau melakukan aktiviti menarik! Nikmati bulan madu yang tidak dapat dilupakan dengan memanfaatkan keindahan yang ada di negeri Selangor. Untuk lebih banyak inspirasi pelancongan dan lawatan ke negeri Selangor, layari laman web rasmi Tourism Selangor, www.selangor.travel, atau ikuti akaun media sosial rasmi Tourism Selangor; Instagram, Facebook, Twitter, TikTok, dan saluran YouTube Tourism Selangor. #PusingSelangorDulu!