Bali destinasi percutian popular yang terkenal di seluruh dunia. Antara tempat tumpuan utama pelancong ialah Kuta, Legian dan Semiyak. Pelbagai villa, resort mewah mahupun hotel disediakan untuk pelancong menikmati percutian mereka. Namun, sekiranya anda memilih Seminyak sebagai destinasi percutian anda dan tiga perkara yang anda perlukan iaitu lokasi, kemudahan dan pantai maka Sense Hotel Seminyak adalah pilihan yang terbaik.
Lokasinya yang strategik merupakan pilihan tepat untuk mana-mana pelancong yang inginkan kemudahan dan keselesaan ketika melancong di Pantai Seminyak. Hotel ini terletak hanya 30 minit perjalanan dari Lapangan Terbang Antarabangsa Ngurah Rai..
Oleh kerana lokasinya yang terletak di pusat Pantai Seminyak Bali, anda tidak perlu terlalu memikirkan tentang kemudahan pengangkutan kerana semuanya berada di sekitar hotel ini. Hanya 5 minit berjalan kaki ke Pantai Seminyak dan 10 minit ke dua tempat tumpuan pelancong Potato Beach Club dan Ku De Ta. Pelbagai restoran yang menyajikan makanan tempatan dan barat terdapat di sekitar hotel ini. Walaupun berada di pusat Pantai Seminyak, Sense Hotel tetap menawarkan keselesaan kepada para pengunjungnya dari suasana hiruk pikuk kawasan tersebut.
Selain dari lokasi yang strategik hotel ini juga menjadi pilihan kerana kemudahan yang disediakan. Bertemakan gabungan senibina tradisional Bali dan moden, hotel ini menyediakan 68 bilik iaitu honeymoon suite, superior room dan deluxe room. Di samping kepelbagaian jenis billik yang disediakan, restoran hotel yang dikenali sebagai Jen Deli Restoran menyediakan pelbagai juadah untuk penginap hotel di mana menu utamanya adalah makanan fusion Asia dan barat.
Lokasi restoran yang berdekatan dengan kolam renang, di samping kehijauan tropika dan pemandangan air terjun artistik pasti memberikan suasana yang tenang sambil menikmati hidangan. Setelah seharian melakukan pelbagai aktiviti di Pantai Seminyak Bali, anda boleh manjakan diri anda ke spa yang disediakan oleh resort ini iaitu Lima Spa. Pelbagai rawatan spa disediakan antaranya Balinese Massage, refleksologi dan sebagainya. Kesemua bahan yang digunakan bagi rawatan spa adalah dari bahan alam semulajadi.
Sekiranya lokasi, kemudahan dan Pantai Seminyak adalah tujuan percutian anda maka hanya satu perkara sahaja yang perlu anda lakukan. Memilih Sense Hotel sebagai tempat penginapan sepanjang percutian di Bali.
(oleh Wan Azfarozza)