Sekiranya terlintas di fikiran untuk melancong ke sesuatu destinasi, biasanya ada tiga perkara yang bermain di fikiran anda iaitu kedudukan atau lokasi, kemudahan dan seringkali kawasan pantai!. Ada satu jawapan untuk ketiga-tiga perkara ini iaitu Swiss-Belresort Watu Jimbar di Sanur, Bali.
Kedudukannya yang strategik merupakan pilihan tepat untuk mana-mana pelancong yang inginkan kemudahan dan keselesaan ketika melancong di Bali. Biarpun tidak terletak di kawasan yang tersohor seperti Kuta, hotel ini terletak di satu lagi bahagian Bali yang tidak kurang hebatnya iaitu Sanur. Lebih memudahkan lagi, kawasan ini tidaklah sesesak atau sepadat daerah lain seperti Kuta, Seminyak dan seumpamanya. Jadi ia lebih menyenangkan untuk bersiar-siar.
Ia juga berhampiran aneka kedai, restoran, pusat hiburan dan lain-lain lagi. Menariknya, ia hanya memakan masa sekitar 5 minit perjalanan sahaja untuk anda menikmati keindahan serta ketenangan pasir putih pantai Sanur. Selain itu anda juga boleh menaiki pengangkutan percuma (shuttle) yang disediakan oleh pihak hotel.
Hotel ini juga menawarkan keselesaan dan kedamaian kepada para pengunjungnya. Ini jelas kelihatan dari faktor kedua mengapa resort ini harus menjadi pilihan. Ini kerana kemudahan yang disediakan. Resort bertaraf empat bintang yang bertemakan konsep moden sofistikated ini mempunyai 306 bilik penginapan yang dilengkapi dengan TV kabel, WIFI percuma, kolam renang dan macam-macam lagi.
Setelah seharian melakukan pelbagai aktiviti di Pantai Sanur, anda boleh memanjakan diri anda dengan mendapatkan aneka rawatan spa. Pelbagai rawatan spa disediakan untuk tamu yang inginkan ketenangan fizikal dan mental.
Anda juga boleh bersenama dan beriadah di pusat kesihatan yang ada. Resort ini bukan sekadar memberikan kemudahan untuk para pengunjung bersantai dan berlibur ia juga menyediakan empat buah bilik serbaguna yang boleh digunakan untuk penganjurana cara seperti seminar, mesyuarat dan sebagainya. Pendek kata, segala kemudahan yang diinginkan ditawarkan ada di resort ini.
Faktor yang ketiga – Pantai Sanur, Bali. Pantainya yang tidak sesesak pantai Kuta membuatkan ia lebih menarik. Kedudukan pantai yang dekat dengan hotel juga menjadikannya pilihan ramai pengunjung yang bertandang ke kawasan Sanur di Bali.
Sekiranya ketiga-tiga faktor ini menjadi keutamaan bagi anda untuk bercuti iaitu lokasi, kemudahan dan pantai yang tidak menyesakkan, maka hanya satu perkara sahaja yang perlu anda lakukan, hubungi Swiss-Belresort Watu Jimbar, di Sanur, Bali sekarang.
Bersantai di Swiss-Belresort Watu Jimbar, Sanur Bali
oleh Shah Shamshiri