in ,

Hotel Pudong Shangri-La : Kemilau Kemewahan Shanghai

Sejak kebelakangan ini Shanghai semakin sering menjadi tumpuan para pelancong asing khasnya rakyat Malaysia. Ini kerana bandaraya kedua paling popular Republik Cina ini memang terkenal dengan pelbagai tempat menakjubkan, khasnya beberapa peninggalan Eropah di Asia serta kawasan membeli-belah menarik.

Jarak Shanghai dan KL yang hanya memakan masa sekitar empat setengah jam dengan menaiki kapal terbang memudahkan lagi perjalanan para pengunjung dari Malaysia. Lantas, keperluan untuk tempat persinggahan dan penginapan di sini semakin meningkat.

Pudong Shangri-La, Shanghai - Exterior View Pudong  Shangri-L

Hotel Pudong Shangri-La : Kemilau Kemewahan Shanghai

[dropcap]W[/dropcap]alaupun semakin banyak hotel-hotel baru yang muncul di bandar ini, namun terdapat beberapa hotel berjenama antarabangsa di Shanghai yang telah lama bertahan dengan konsepnya yang tersendiri. Dan di manakah tempat yang paling sesuai untuk bermalam di bandaraya itu kalau bukan di Hotel Pudong Shangri-La.

Bak namanya yang unik, hotel bertaraf lima bintang ini menawarkan gaya hidup eksklusif buat setiap para pengunjungnya. Ia tersergam indah di tengah-tengah kawasan paling penting bandaraya tersebut iaitu di pusat kota Pudong berdekatan dengan Sungai Huangpu dan sangat berhampiran dengan Oriental Pearl TV Tower yang menawarkan pemandangan terhebat kota Shanghai dari ratusan meter di atas.

Dengan lokasi strategiknya yang tidak jauh dari stesen metro Lujiazui, ini memudahkan perjalanan ke pusat membeli-belah dan aneka restoran. Kedudukan hotel ini turut menepati citarasa ramai pelancong dari dalam dan luar negara.




[pullquote align=“left”]Hotel yang mempunyai dua bangunan utama ini menawarkan penginapan di River Wing yang menyediakan 577 buah bilik hebat serta 27 buah suite yang menakjubkan.[/pullquote]

Manakala di Grand Tower pula tersedia 375 buah bilik serta 36 buah suite ekslusif. Kesemua bilik-bilik ini menampilkan suasana yang indah serta selesa buat para pengunjung. Malah beberapa bilik tertentu yang berhadapan dengan Sungai Huangpu dilengkapi dengan teropong khas di dalam bilik untuk melihat pemandangan di seberang sungai iaitu kawasan tersohor Shanghai yang dikenali sebagai The Bund atau Waitan dalam bahasa Cina.

Kawasan tersebut merupakan daerah dermaga Shanghai yang dipenuhi dengan bangunan-bangunan cantik dari zaman penjajahan antarabangsa. Ia mempamerkan sebahagian dari Jalan Zhongshan yang sentiasa sibuk dengan pelancong serta warga Shanghai sendiri.

Selain itu hotel ini juga ada kemudahan lain seperti ruang-ruang mesyuarat dan dewan, untuk menampung acara-acara tertentu. Tidak lupa juga, terdapat bilik-bilik khas bagi mereka yang menginap di bilik-bilik Horizon Club Executive dan Premier. Buat yang bermalam di bilik-bilik ini, mereka diberi keutamaan untuk mendaftar masuk di Club floor atau di bilik masing-masing tanpa perlu mendaftar di meja penyambut tetamu yang biasa.

Bukan itu sahaja, mereka juga boleh bersarapan, makan tengah hari serta menikmati makan malam di Horizon Club Lounge yang lebih eksklusif dan peribadi. Selain itu juga mereka diberi peluang untuk menikmati minum petang di lounge tersebut. Ia turut dilengkapi dengan pusat kesihatan serta spa, dan sudah tentunya sebuah kolam renang yang hebat! Hotel ini dikatakan memenuhi setiap kehendak penghuninya.

Hotel ini turut menyajikan hidangan terbaik di restoran-restoran terkemuka mereka yang terkenal di sekitar Shanghai. Ini termasuklah Restaurant Yi Cafe, sebuah restoran keluarga yang beroperasi sepanjang hari bagi memenuhi keperluan selera pengunjung, restoran Jepun Nadaman, dua buah restoran Cina iaitu Seventh Son (makanan kantonis), serta Gui Hua Lou (Fine Dining), dan Gourmet untuk pastri dan manisan.

Buat yang suka berhibur dan bersantai pula, Pudong Shangri-La menampilkan The Exchange, dan Lobby Lounge, antara lokasi paling happening dan ‘in’ di Shanghai masa kini. Tempat ini sering mewarnai malam pengunjungnya yang ingin bersantai sambil menikmati minuman. Ia juga menampilkan menu sajian enak dari barat yang bersesuaian dengan konsep seni reka dalamannya yang lebih menjurus kepada konsep tempat makan di Amerika Syarikat dan Eropah.

Jadi buat anda yang tidak pernah ke Shanghai, ini mungkin masanya. Dengan kemudahan penerbangan tambang rendah dari Kuala Lumpur serta kemudahan pengangkutan awam seperti metro di depan hotel dan pusat membeli-belah di setiap penjuru sebaik sahaja anda melangkah keluar, Pudong Shangri-La pasti pilihan yang bijaksana andai ke sana.

River Wing Horizon Club Lounge

Nadaman

Lobby

Horizon Premier Bund Room of Grand Tower

Grand Tower Swimming Pool

Hotel Pudong Shangri-La : Kemilau Kemewahan Shanghai
oleh Shah Shamshiri

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Jessie Chung Rela Ambil Risiko Memandu Laju dalam Muzik Video DRIVE MY HEART

Astro Perluaskan Program Kem Bola Ke Negara-Negara Asean