in ,

Travel Review Hotel Amari Dhaka

Terletak di kawasan berdekatan kedutaan-kedutaan utama di kota Dhaka, ibu negara Bangladesh, hotel Amari Dhaka merupakan sebuah hotel bertaraf lima bintang yang menawarkan perkhidmatan terbaik buat para tamunya.

Sebagai salah satu hotel terbaru di negara tersebut, Amari Dhaka nampaknya tidak ada masalah untuk membuktikan yang mereka boleh mewujudkan suasana terbaik dan selesa buat setiap pengunjungnya. Lagipun, jenama Amari merupakan salah satu jenama hotel yang sangat popular di bawah kumpulan hotel mewah Amari yang berasal dari Thailand.

Untitled

TMempunyai lokasi yang strategik di Dhaka, hotel ini mudah ditujui kerana berada di kawasan yang sering dilewati kenderaan awam kota Dhaka seperti beca, tuk tuk dan teksi. Diperhebatkan lagi dengan senireka bangunan hotelnya yang moden, pasti ramai yang sukakan senireka bentuk hotel berprestij ini. Dari jauh lagi ia sudah kelihatan seperti sebuah kondominium mewah.

Berbekalkan 134 bilik yang dihias secara kontemporari dan eksklusif, hotel ini turut menawarkan pemandangan salah satu tasik terkenal kota Dhaka yang tidak kurang hebatnya.

Seperti kebanyakan hotel yang mempunyai bilik-bilik tingkat eksekutif, para tetamu di bilik-bilik tersebut juga mempunyai kemudahan untuk menggunakan lounge khas buat aktiviti tertentu. Biliknya juga mempunyai kemudahan wi-fi buat tamu yang ingin melayari internet.

Amari Dhaka juga mempunyai sebuah gimnasium, dan sebuah kolam renang untuk beriadah dan menenangkan diri. Ini diserikan lagi dengan beberapa tempat untuk menjamu selera seperti Amaya Food gallery dan Cascade yang menyajikan hidangan terbaik di samping Deck 41 bagi yang ingin menikmati minuman di tepian kolam renang sambil menghayati pemandangan matahari terbenam.

Ia juga mempunyai bilik-bilik khas buat mesyuarat serta seminar dan juga dewan utama untuk mengadakan majlis besar-besaran seperti perkahwinan, pameran dan seumpamanya.

Lebih memudahkan lagi ia tidaklah terlalu jauh dari lapangan terbang Antarabangsa Dhaka serta kawasan membeli-belah dan pelancongan. Andai tercari-cari hotel yang bagus dan menawarkan perkhidmatan terbaik di samping lokasi yang sangat strategik, singgahlah di Amari Dhaka di Dhaka, kerana ia benar-benar strategik dan berbaloi!

Untitled

Untitled

Untitled

Untitled

Untitled

Amari Dhaka memang istimewa dan selesa
oleh Shah Shamshiri

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Borak Bisnes Bersama Sinar FM

Kisah Motivasi Diri Dalam Filem DOLPHINE TALE