Kedudukan bandar Medan yang sangat dekat dengan Malaysia sebenarnya menjadikan destinasi di Indonesia ini sebagai salah satu destinasi pelancongan yang kian popular di Asia Tenggara.
Biarpun ramai yang berkunjung ke Medan dan menjadikannya sekadar persinggahan sementara untuk ke Danau Toba dan kawasan wisata lain yang berada di luar kota Medan, Medan sendiri sebenarnya sebuah kota yang sesuai untuk bersantai sambil membeli-belah atau mencuba makanan tempatan.
Dan jelas kelihatan pembangunan Medan semakin pesat kerana ia telah membawa kepada pembinaan banyak hotel di kota tersebut. Banyak jenama-jenama hotel antarabangsa yang tumbuh bagaikan cendawan di situ. Terdapat juga hotel-hotel tempatan yang tidak kurang hebatnya.
Namun, dalam kebanjiran hotel-hotel besar ini, muncul juga beberapa hotel butik mewah yang menawarkan perkhidmatan setanding hotel-hotel antarabangsa.
Menyingkap kemewahan hotel Adimulia Managed by Topotels, Medan
[dropcap]H[/dropcap]otel-hotel baru yang lebih kontemporari dan unik ini mula mendapat perhatian pelancong tempatan dan asing kerana ciri-ciri istimewa yang mereka miliki. Salah satu hotel terbaru yang dimaksudkan adalah Hotel Adimulia yang terletak di salah sebuah kawasan utama kota Medan.
Hotel ini yang terinspirasi dari unsur-unsur kemewahan merupakan sebuah bangunan yang gah dan mirip sebuah rumah agam yang besar. Ia mempunyai jumlah bilik yang banyak dan setiap bilik mempunyai kategori tertentu (dan senireka dalamannya yang mewah dan tersendiri sejajar dengan hotel-hotel mewah antarabangsa). Terdapat enam kategori utama bagi setiap bilik iaitu bilik Deluxe, Executive Deluxe, Family Suite, Junior Suite, Business Suite, serta Presidential Suite. Kesemua bilik dilengkapi TV LCD, dan semestinya sambungan wi-fi percuma.
[pullquote align=”right”]Hotel ini juga mempunyai kemudahan-kemudahan lain seperti spa, kelab kesihatan untuk bersenam, dan macam-macam lagi. Malah, salah satu kemudahannya yang sangat popular dan sering dikongsi di media sosial adalah kolam renangnya yang cantik.[/pullquote]
Berlatarbelakangkan kota Medan, ia dihiasi tiang-tiang Rumawi (Roman pillars) untuk menyerlahkan lagi kemewahannya.
Sudah tentu seperti hotel-hotel mewah lain hotel ini juga mempunyai sebuah restoran hebat iaitu Cafe de Palmo yang menyajikan aneka hidangan menyelerakan.
Ia juga mempunyai sebuah Restoran Cina iaitu Jasmine Chinese Restaurant dan juga sebuah Sports Bar untuk bersantai sambil menonton acara sukan pilihan. Di samping bilik-bilik mesyuarat untuk penganjuran seminar dan juga Grand Ballroom untuk acara-acara yang lebih besar, ia turut mempunyai sebuah Taman Bumbung (Roof Garden), Kids Club untuk anak-anak serta lebih menakjubkan adalah hotel ini juga mempunyai helipadnya sendiri sekiranya ada tamu penting yang ingin tiba dengan menaiki helikopter!
Kesimpulannya, hotel ini benar-benar hotel butik mewah buat pelancong alaf baru masakini yang mahukan kemewahan dalam penginapan kala bercuti pada harga yang berpatutan.
Tetap mewah, tetap gah namun suasananya berbeza dan lain daripada yang lain. Andai berpeluang ke Medan, bermalamlah di hotel Adimulia untuk mengalami keunikan mewahnya!
oleh Shah Shamshiri