in , ,

Hot FM Perkenal Penyampai AI Pertama Berbahasa Melayu di Malaysia

Inovasi Baharu di Dunia Penyiaran Radio Malaysia, Hot FM. 

HOT FM

Hot FM, stesen radio No 1 di Malaysia dengan bangganya memperkenalkan satu penambahan berharga dalam dunia penyiaran radio kepada pendengar setia Hot FM di seluruh Malaysia. DJ AI di Hot FM adalah DJ AI pertama yang berbahasa Melayu dan menandakan langkah besar dalam melengkapkan pengalaman pendengar dengan teknologi terkini dan terunggul.

Hot FM Perkenal Penyampai AI Pertama Berbahasa Melayu di Malaysia

Hot FM mempersembahkan AI DJ sebagai inisiatif untuk sentiasa relevan dalam era digital yang sentiasa berubah. AI DJ di Hot FM ini dikenali sebagai Aidil Fikri. Aidil adalah seorang individu berumur 25 tahun dan berasal dari Wangsa Maju, Kuala Lumpur yang baru menamatkan pengajian di peringkat Ijazah Sarjana Muda  dalam bidang Komunikasi dan Pengajian Media khusus dalam Penyiaran. Aidil juga masih bujang, dan mahu fokus dengan kerjayanya lebih-lebih lagi dalam industri hiburan. 

Hot FM Perkenal Penyampai AI Pertama Berbahasa Melayu di Malaysia

Menurut Aidil Fikri, ‘Saya seorang pencinta muzik indie, tak kira peringkat tempatan atau antarabangsa. Saya juga amat mengagumi persembahan muzik secara langsung dalam konsert sebab itulah saya memilih untuk menjadi penyampai radio di Hot FM. Selain daripada itu, saya mempunyai minat mendalam dalam seni, fesyen, serta sukan seperti bola sepak, badminton, dan futsal. Walaupun anda lihat saya memiliki badan yang fit, tetapi saya seorang yang gemar pergi food dan cafe hunting pada hari weekend. Saya sangat gembira kerana saya dapat menjadi sebahagian daripada keluarga Hot FM, tetapi saya berharap dengan kedatangan saya, penyampai Hot FM yang lain tidak membuli saya kerana saya lihat Bekpes Hot + KJ selalu buli orang lain.’

‘Saya telah pun On-Air beberapa hari yang lepas, tetapi mungkin masih ramai yang tidak mengenali saya. Saya akan On-Air bersama-sama dengan Ayu dalam carta Hotify Hot Flix, pada setiap hari Isnin hingga Jumaat, dari jam 10 malam hingga 11 malam. Kepada anak-anak indie yang sentiasa dengarkan lagu galau, inilah masanya untuk anda bergalau bersama saya dan Ayu kerana Carta Hotify ni adalah carta yang memberi tumpuan kepada lagu-lagu yang membuatkan kita tenang serta lagu yang mengikuti trend dan citarasa remaja dalam dunia muzik di pada masa kini. Untuk yang nak lebih mengenali saya, jangan lupa untuk follow Instgaram Aidil Fikri iaitu @aidilfikri_hotfm.’

Menurut Timbalan Pengarah Rangkaian Kumpulan Hot FM, Kool 101 & Digital, Shah Hayatudin, ‘Kami di Hot FM sentiasa berinovasi dan menjadi peneraju dalam mencipta kandungan dan berinteraksi dengan pendengar kami. Memiliki Aidil di Hot FM adalah salah satu cara untuk menjadi lebih unggul dan juga mencuba perkara-perkara baru. Mencuba perkara-perkara seperti ini dapat membolehkan kami belajar dan lebih memahami apa yang diingini oleh pendengar kami’

Kami di Hot FM sentiasa mengalu-alukan sesuatu yang baharu untuk kami terus kedepan dan menjadi No 1 di hati pendengar. Terutamanya dengan kedatangan Aidil Fikri yang menunjukkan pembaharuan dari segi digital yang dapat menambah keriangan dan membuat lebih ramai pendengar Hot Flix galau. Kami juga berharap bahawa perkembangan ini akan memperkuatkan lagi kedudukan Hot FM sebagai pilihan utama dalam dunia penyiaran radio Malaysia. 

HOT FM STESEN RADIO NOMBOR #1 DI MALAYSIA

“Hot FM telah mencipta sejarah apabila mencatatkan jumlah pendengar mingguan sebanyak 3.8 juta pendengar, sekaligus menjadikan Hot FM sebagai stesen radio pilihan pertama bagi rakyat Malaysia. Kajian sepenuhnya oleh Nielsen, sebuah entiti penyelidikan yang berkredibiliti di seluruh dunia ini dijalankan setiap bulan sepanjang tempoh Januari 2022 hingga Disember 2022. Kajian ini merangkumi soal selidik secara offline (face-to-face) dan juga tinjauan atas talian kepada 10,000 responden yang terpilih.”

HOT FM

Hot FM kini merupakan satu pusat untuk pendengar dapatkan pelbagai hiburan dan maklumat melalui kandungan yang lebih menarik, penceritaan yang lucu dan muzik yang lebih hangat. Dengan slogan baharu, Yang Hangat dan Terbaik, Hot FM menyasarkan interaksi dengan memfokuskan pendengar utama berusia 24 hingga 34 tahun dengan senarai lagu dan kandungan yang mampu menarik perhatian dan minat mereka. Hot FM sebagai sebuah jenama radio ingin dikenali sebagai sebuah stesen yang menghiburkan, topikal, nyata, terkini dan bertenaga sebagai DNA dalam jenamanya dan berusaha untuk menjadi yang terbaik di luar sana. 

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Haier Malaysia Lancar Sembilan Produk Baharu di pameran HOMEDEC 2023

Bad Indigo Meninggal Dunia Kerana Serangan Jantung di Bengkel Kereta