Kepelbagaian saluran digital masa kini menjadi galakan kepada Hot FM untuk memberikan peluang kepada orang ramai menonjolkan bakat mereka ke udara di corong radio. Bagi orang awam yang menghantar demo rakaman suara mereka dan dipilih oleh Hot FM, mereka berpeluang untuk ke udara di segmen hujung minggu Hot FM selama 1 jam.
Pencarian bakat Projek Radio Hot FM akan bermula pada 17 Jun 2020.
Orang ramai boleh menyertai kempen ini menerusi www.hotfm.com.my dengan mengisi maklumat mereka dan hantarkan demo rakaman suara berpandukan skrip yang disediakan. Sebarang penghantaran demo suara adalah tertakluk kepada terma dan syarat.
Mereka yang terpilih akan dihubungi oleh wakil Hot FM.
Oleh itu, orang ramai yang berbakat dalam dunia penyampaian radio digalakkan untuk menyertai kempen ini walaupun di mana sahaja anda berada dengan memanfaatkan teknologi yang ada.