Stesen Radio No.1 Di Malaysia Hot FM dengan sukacitanya mengumumkan bahawa stesen radio terkemuka ini telah berjaya merangkul kejayaan di HASHTAG ASIA AWARDS 2024, yang berlangsung di Singapura pada 3 Mei 2024 semalam.
Hot FM berjaya membawa pulang anugerah Gangsa dalam kategori “Best Use of Live Streaming” melalui kempen #1 Friendly Match – Bekpes Hot vs. JDT yang dianjurkan pada bulan Disember 2023 lepas, mengukuhkan kedudukannya sebagai peneraju dalam penggunaan platform digital dalam merentasi pengalaman pendengar kami.
Penghargaan ini adalah pengiktirafan kepada usaha kami dalam mempersembahkan kandungan yang berkualiti, luar biasa dan berdaya saing melalui platform live streaming kami. Ini juga menunjukkan komitmen kami dalam memenuhi kehendak dan keperluan audiens moden yang semakin berkembang.
Pengarah Rangkaian Kumpulan Media Prima Audio, Shah Hayatudin berkata – “Ini adalah hasil daripada usaha kerja pasukan yang hebat dalam memberikan kandungan yang sentiasa terpahat di hati peminat kami. Terima kasih kepada peminat kami kerana sentiasa menjadikan Hot FM sebagai pilihan anda, dan terima kasih kepada JDT, selebriti serta pasukan belakang tabir yang dikasihi kerana menjayakan kempen ini”
Tidak hanya itu, pada tahun lepas, Hot FM juga telah menunjukkan kecemerlangan dengan meraih anugerah “Bronze” dalam kategori “Best Newsjacking or Real Time Response” di HASHTAG ASIA AWARDS yang sama. Prestasi ini menegaskan kesungguhan kami dalam menyampaikan kandungan yang relevan dan berterusan dalam memenuhi harapan peminat kami.
Sebagai tambahan kepada kejayaan di peringkat antarabangsa, Hot FM baru-baru ini juga menyambut berita gembira dengan mengekalkan kedudukannya sebagai Stesen Radio No.1 di Malaysia menerusi kajian yang dijalankan oleh Nielsen Consumer dan Media View (CMV) bagi tempoh Januari hingga Disember 2023 denagn hampir 4 juta pendengar mingguan, menjadikan kami pilihan utama bagi pendengar dari pelbagai lapisan masyarakat.
Hot FM ingin mengucapkan terima kasih kepada peminat setia kami atas sokongan mereka yang berterusan. Kami akan terus komited memberikan pengalaman yang luar biasa serta meluas secara 360 darjah merangkumi “On-air”, digital dan acara lapangan demi memenuhi kehendak dan keperluan audiens kami.