in , ,

Hot FM Atur Strategi Dengan Kempen & Program Terbaru Yang Menarik

Piknik Hot yang berlangsung pada 20 Ogos  2022 sehingga 10 September 2022 telah mendapat sambutan yang hangat dari pendengar Hot FM. Piknik Hot  diadakan di beberapa buah negeri iaitu Pasir Gudang (Johor), Padang Kota Lama (Pulau Pinang), Taman Metropolitan (Kuala Lumpur)  dan yang terakhir di Dataran Teluk Cempedak (Kuantan).

Kempen ini dianjurkan dengan hasil kolaborasi bersama syarikat Gardenia dengan membawakan konsep piknik. Konsep yang lebih santai dan diadakan di ruang terbuka seperti taman ini diketengahkan untuk memberi peluang kepada pendengar rasa lebih dekat dengan Hot FM serta artis jemputan. 

Lokasi terakhir Piknik Hot (Dataran Teluk Cempedak)

Kempen ini juga menawarkan wang tunai sebanyak RM1,000 buat pendengar bertuah Hot FM yang hadir dengan membeli produk Gardenia minimum RM10 dan seterusnya layak untuk menyertai cabutan bertuah yang berlangsung di segmen Bekpes Hot pada hari Isnin berikutnya. 

Hot FM Atur Strategi Dengan Kempen-Kempen Terbaru

Selain daripada penyampai radio Hot FM yang turut serta seperti Johan, Fara Fauzana, AG, Ayu, Fizi Ali, Fad & Imran Aqil acara ini juga turut dimeriahkan oleh artis jemputan tanah air seperti Kaka Azraff, Aman Aziz, Neeta Manisha, Nikki Palikat, Ronnie Hussein, Nuha Bahrin, Naufal Azrin dan ramai lagi. 

Tidak cukup dengan acara lapangan bersama penyampai serta artis, Hot FM terus menghangatkan pendengar-pendengar dengan membawakan kempen Misteri Lagu “Di” Hot FM di mana pendengar berpeluang untuk memenangi sebahagian daripada RM10,000.

Hot FM Atur Strategi Dengan Kempen-Kempen Terbaru

Hanya jadi menjadi pemanggil terpantas, teka tajuk lagu serta penyanyi menerusi petikan lagu yang ada perkataan “Di” dan berpeluang menangi wang hangat bersama dari pagi hingga malam.  Misteri Lagu “Di” Hot FM ini telah bermula pada 12 September 2022  dan akan berakhir pada 30 September 2022. Info lanjut di www.hotfm.audio

Ketua Rangkaian Kandungan Hot FM & Molek FM, Nik Nor Azura,  berkata, sambutan untuk Misteri Lagu ‘Di” Hot FM amat menggalakkan. Kita dapat lihat penyertaan yang memberangsangkan kerana pendengar-pendengar teruja dan geram untuk merungkai misteri lagu Di ini. 

Mereka turut mengumpul clue harian bagi mendapatkan jawapan yang betul dan seterusnya memenangi wang terkumpul yang semakin meningkat setiap hari. 

Bukan itu sahaja selepas ini Hot FM akan terus menyajikan isi kandungan serta kempen yang interaktif buat pendengar yang sentiasa menyokong dan mendengarkan kami. 

Kami akan terus memberikan wang tunai untuk kempen yang akan datang serta acara sukan/fizikal yang akan melibatkan pendengar, penyampai juga selebriti. Kami juga akan terus berkolaborasi bersama organizer untuk konsert-konsert yang bakal diadakan di tanahair.

Hot FM Atur Strategi Dengan Kempen-Kempen Terbaru

Secara alternatif, para pendengar juga boleh mendengar Hot FM secara siaran langsung di www.hotfm.audio dan YouTube Hot TV. Untuk perkembangan dan pengisian digital paling hangat, boleh terus ikuti laman sosial Hot FM di Facebook Hot FM, Instagram @hotfm976 serta Twitter @hotfm976 dan Whatsapp di 017-302 8822. Dengarkan juga Hot FM menerusi aplikasi Audio+, yang boleh dimuat turun di Apple App Store, Google Play dan Huawei App Gallery.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

DD CHRONICLE

Dari Lagu Parodi, DD Chronicle Ke Single Sendiri Berjudul DUHAI CINTAKU

SAJAT

Usaha Sajat Untuk Jumpa Anak di Singapura Tidak Kesampaian