Fenda dah kahwin? Aik bila masa dia bertunang? Ooo, sebenarnya Fenda bertunang pada 17 Jun 2006, tahun lepas lagi. Fenda atau nama sebenarnya Nuraffenda Mohd Ibrahim telah berkahwin pada 28 Julai (semalam).
Yang pakai baju warna merah tu bukan suami Fenda… kawan dia je tu
Berkahwin dalam usia 25 tahun, pemegang ijazah dari Universiti Monash Malaysia dengan seorang lelaki berusia 39 tahun agak jauh beza macam juga dengan Datuk Siti Nurhaliza dengan Datuk Khalid? Mungkin sudah jodoh, tidak salah gadis berkahwin dengan orang yang lebih matang usianya. Majlis perkahwinan mereka akan diadakan di Dewan Merak Kayangan, Jalan Gurney 1Â pada 11 Ogos 2007. Pada persandingan itu dia akan menggayakan pakaian daripada Butik Syahira, Bukit Beruntung.
“Saya malu apabila orang bertanya apa yang saya suka mengenai bakal suami. Terus-terang, selain cinta dan sayang, saya terpikat dengan Azizan kerana sikapyang yang sungguh berttanggungjawab. Di Kuala Lumpur ini, saya tinggal bersama adik, Fendi. Ahli keluarga lain semuanya menetap di Johor Bahru. Sejak berkenalan dengan Azizan dia begitu mengambil berat mengenai saya,”