Bersempena dengan Hari Raya tahun ini, TV9 menerusi program bual bicara, Nasi Lemak Kopi O (NLKO) telah mengadakan Peraduan Beraya bersama Hos NLKO dimana peminat diberi peluang untuk menerima kunjungan hos-hos NLKO di Hari Raya!
Penonton TV9 hanya perlu menjawab satu soalan melalui imbasan kod QR yang muncul semasa siaran NLKO pada hari Rabu hingga Jumaat pada pukul 10.30 pagi dan siaran ulangan yang ditayangkan pada hari Jumaat hingga Ahad, pukul 7.50 malam dari 27 Mac hingga 31 Mac 2024 yang lalu.
Peraduan ini telah menerima sambutan hangat dimana TV9 telah menerima sebanyak 134 penyertaan dari seluruh negara.
Oleh itu, 4 pemenang yang terpilih adalah Nurul Asyiqin Binti Rosdi dan Noor Arham Binti Awang Ali dari Kelantan, Intan Rafina binti Ramlan dari Setapak, Selangor dan Nurul Natasya Binti Nor Asmari dari Ulu Kinta, Perak.
Antara hos yang telah menghadiri dan memeriahkan perayaan di rumah para pemenang di Kelantan adalah Fakhrul Radhi, Qila Shahirah dan Syamira Nazir. Seterusnya, Erra Fazira, Irfan Ali dan Affiza Azmi telah berkunjung ke rumah pemenang di Setapak, Selangor manakala Irfan Ali, Muaz dan Saree Abdullah pula mengunjungi rumah pemenang di Ulu Kinta, Perak.
Sambutan hari raya tahun ini menjadi sangat bermakna bagi barisan hos NLKO dan peminatnya apabila mereka berpeluang untuk beramah mesra dan mengeratkan lagi silaturahim, sama-sama mencipta memori indah serta menjadikan program NLKO lebih dekat di hati peminat.
Kehadiran Hos NLKO dan pasukan produksi TV9 telah disambut dengan meriah oleh ahli keluarga pemenang dan juga jiran tetangga. Pelbagai juadah yang lazat telah dihidangkan oleh para pemenang.
Sudah semestinya para pemenang berasa teruja apabila hos-hos kegemaran mereka datang beraya ke rumah mereka. Bukan itu sahaja, para pemenang juga telah menerima duit raya sebanyak RM1,000 daripada TV9.
Peraduan Beraya bersama hos NLKO ini telah memberikan impak positif dan TV9 merancang untuk meneruskannya pada tahun akan datang.