Sebelum ini, usahawan kosmetik terkenal iaitu Datuk Seri Vida memaklumkan bakal mendirikan rumah tangga bersama lelaki pilihannya iaitu Iqbal Zulkefli. Namun keputusan tersebut dipercayai tidak mendapat persetujuan daripada anak perempuan Vida iaitu Cik B.
Terbaru, Iqbal reda sekiranya tidak bertemu jodoh serta tidak akan berkeras lagi untuk menjadikan Vida sebagai isterinya.
Kata Iqbal, dia perlu menghormati perasaan Cik B dan Kacak serta menjaga maruahnya kerana selama ini dia yang bertahun-tahun memperjuangkan untuk berkahwin.
Menerusi perkongsian tersebut, Iqbal memaklumkan tidak akan lagi memaksa Datuk Seri Vida untuk berkahwin dengannya sekiranya wanita itu tidak serius dalam perhubungan mereka. Namun dalam masa yang sama, keputusan tersebut dipercayai dibuat demi menjaga maruah dirinya yang selama ini dlilihat telah mengimpikan untuk bernikah dengan usahawan terkenal itu.
Keputusan saya tidak akan lagi berkeras untuk jadikan Dato’ Seri Vida sebagai isteri seandainya beliau sendiri tidak menuju ke arah perkahwinan. Saya perlu hormati perasaan Cik B dan Kacak.
Ujar Iqbal lagi, dia masih mempunyai perasaan cinta terhadap Vida namun dia bimbang adakah Vida sanggup bersamanya disaat dia jatuh mahupun ketika sakit.
Tidak terhenti di situ, Iqbal menegaskan bahawa kisah percintaan bersama Vida dan perancangan mereka untuk mendirikan rumah tangga bukanlah tujuan marketing seperti yang disangka ramai. Iqbal mengakui, sepanjang mengenali Vida, dia tidak pernah menerima apa-apa pemberian atau barangan besar kecuali pakaian kerja.
Namun tidak dinafikan, banyak wang beliau telah laburkan untuk saya. Itupun, cara saya membalasnya adalah dengan menggantikan dengan lakukan jualan lebih 10 kali ganda setiap kali beliau keluarkan bajet untuk saya. Saya tidak pernah mencuri wang beliau.
Dalam pada itu, Iqbal turut memohon maaf di atas kisah cinta mereka yang tular di media sosial sehingga berlarutan sejak sebulan lalu.
Namun, saya risau cinta beliau tidak seteguh seperti pengorbanan saya. Saya risau di saat saya sakit, jatuh adakah beliau sanggup ada bersama saya.
Bagaimanapun, Iqbal mengakui masih menyayangi dan mencintai usahawan kosmetik itu namun redha sekiranya mereka tidak berjodoh. Menurut Iqbal, terlalu banyak pengorbanan yang dilakukannya demi memperjuangkan cintanya bersama Vida.
Saya tiada masa untuk main-main kerana saya juga ada tanggungjawab serius. Andai saya berkahwin dengan Dato Seri Vida, selamanya saya dianggap menumpang harta Dato Seri Vida meskipun saya yang menaikkan bisnes beliau di saat saat kerap kali jualan jatuh.
Saya tidak suka ungkitkan, namun terpaksa kerana tiada seorang pun berkata hal sebenar bagaimana saya telah berjuang untuk lakukan terbaik segalanya. Saya sendiri punya pendapatan sendiri walau tidak setinggi beliau. Cukup untuk saya miliki apa sahaja yang saya mahu.
Tidak terhenti di situ, Iqbal mengakui bahawa dia perlu menjaga Dato’ Seri Vida. Oleh hal demikian, dia meminta orang ramai supaya tidak memutuskan hubungan baiknya bersama usahawan kosmetik itu.
“Saya Boleh Je Spill The Tea Kenapa Tak Nak Mama Kahwin, Tapi…”
Masih berkeras tidak bersetuju dengan rancangan perkahwinan ibunya, Datuk Seri Vida dengan bekas pembantu peribadinya, Ahmad Iqbal, Cik B berkata dia ada sebab tersendiri.
Cik berkata dia boleh sahaja mendedahkan sebab mengapa dia tidak bersetuju namun ia akan menjatuhkan beberapa pihak termasuk ibunya sendiri.
“Tapi kalau saya cakap, boleh jatuhkan semua orang termasuk mama. So better saya diam. Cukup orang tahu saya tetap dengan pendirian saya, itu saja,” tulisnya di IG.
Sebelum ini, Cik B berkata dia takut hilang kasih sayang jika ibunya berkahwin lagi serta dengan kisah perkahwinan terdahulu ibunya yang putus di tengah jalan. Ujarnya, di usia 50 tahun ibunya hanya perlu fikirkan tentang keluarga.
Terdahulu, Vida dan Iqbal dikhabarkan merancang untuk mendirkan rumah tangga pada Disember ini. Namun, Vida bimbang apabila perkahwinan itu tidak dipersetujui Cik B dan mahu membuat solat hajat untuk melembuatkan hati anaknya itu.
Kacak Menangis
Bekas pembantu peribadi Datuk Seri Vida iaitu Ahmad Iqbal berharap Cik B akan merestui hubungannya dengan jutawan kosmetik itu kerana dia berjanji akan menjaga mereka sekeluarga.
Menurut Iqbal, dia gembira apabila adik Cik iaitu Kacak sudah menerima kehadirannya dalam keluaga mereka serta meminta untuk menjaga ibunya.
“Kacak sangat baik dengan saya… sangat rapat. Dia menangis, dia nak saya jaga ibunya. Jadi perkahwinan ini memang akan berlaku. Cik B… abang nekad nak jaga mama. Kalau abang gagal dalam masa dua atau tiga tahun, Cik B buanglah abang, letak abang jauh-jauh.”
– Ahmad Iqbal
Ditanya mengenai perkahwinan yang bakal diadakan pada Disember ini, Iqbal mengesahkan perkara itu dan sudah pun berbincang dengan kakak DSV.
“Cik B, abang tak mahu apa-apa pun. Abang ada duit, dah ada rumah semua dan mama semakin berusia, mama pun selalu dengan abang.
– Ahmad Iqbal
Diakhir video tersebut, Iqbal sempat memberikan kata-kata buat Cik B bahawa dia sudah mempunyai segalanya namun dia hanya mahu menjaga Vida dan tiada masalah untuk memberi nafkah sebanyak RM1 juta sebulan.
“Abang sendiri banyak berkorban dalam hidup abang cuma masyarakat je tak tahu. Abang betul-betul nak jaga mama. Abang pun janji nak bagi nafkah RM1 juta sebulan, untuk Cik B, Kacak RM1 juta, boleh semua,”
– Ahmad Iqbal
Kacak Geleng Kepala Dengar Iqbal Asyik Sembang Juta-Juta
Selepas Cik B berkeras menghalang cinta ibunya, kini adiknya pula Muhammad Eric Zecquan atau lebih dikenali sebagai Kacak turut tidak bersetuju untuk ibunya berkahwin lagi.
Kacak berkata Iqbal bukanlah calon yang sesuai jika ibunya mahu berkahwin lagi apatah lagi pemuda itu terlalu muda dan sesuai menjadi abang sahaja.
“Mula-mula saya ingat berita perkahwinan ibu saya macam tak betul, bila tahu rupanya betul. Terkejut juga la, nak kahwin lagi sekali ke.
“Mula-mula macam tak setuju, tak boleh ni. Saya tak suka kalau muda sangat. Kalau boleh nak lelaki sama umur macam mama. Iqbal sesuai jadi abang sahaja. Saya dengan Cik B sepakat,”
– Kacak
Dalam pada itu, ketika ditanya mengenai kenyataan Iqbal mengatakan dia menangis sambil meminta supaya menjaga ibunya dengan baik, Kacak menafikan perkara itu.
“Bila dia kata saya menangis, saya rasa ni dah lain macam. Saya tak menangis, saya cuma berkata supaya jaga mama baik-baik. Mungkin cara saya mesej ketika itu nampak seperti saya menangis,”
– Kacak