Pelan HONOR ALPHA Buka Era Baharu Teknologi AI Pintar Dalam Kehidupan Harian Dengan Rangkaian Produk Hebat Untuk Setiap Senario
HONOR terus melangkah jauh dalam dunia teknologi dengan pelancaran HONOR ALPHA Plan, menandakan satu transformasi besar dari jenama telefon pintar kepada syarikat ekosistem AI global. Pada 10 April 2025, HONOR Malaysia secara rasmi melancarkan lima produk baharu di bawah pelan strategi ini. Pelancaran ini bukan sekadar memperkenalkan peranti baru, tetapi turut mempamerkan wawasan masa depan teknologi pintar yang lebih terhubung, cekap dan mesra pengguna.
Dengan pelan tiga fasa yang berpaksikan teknologi kecerdasan buatan atau AI, HONOR kini bergerak ke arah menjadikan setiap aspek kehidupan lebih pintar dan terintegrasi. Visi ini dimulakan dengan pembangunan telefon pintar yang bersambung terus dengan ekosistem AI, diteruskan dengan meluaskan AI ke dalam pelbagai peranti seperti tablet, komputer riba, dan jam pintar, serta akhirnya menuju ke era Artificial General Intelligence (AGI) – satu fasa di mana AI bukan sahaja membantu, tetapi juga berkembang bersama manusia untuk cipta masa depan yang lebih canggih dan seimbang.
Pelancaran produk baharu ini merangkumi:
- HONOR Pad X9a LTE
- HONOR Pad V9
- HONOR MagicBook X14 2025
- HONOR Watch 5
- HONOR Earbuds Open
Apa yang menarik, HONOR kini menjadi satu-satunya jenama Android yang menawarkan ekosistem Semua Senario yang lengkap – daripada hiburan dan kerja, hingga kecergasan dan perjalanan harian. Jom kita teroka satu per satu kehebatan lima produk baharu ini!
HONOR Pad X9a – Teman Setia Untuk Hiburan Tanpa Henti
Jika anda kaki drama atau suka habiskan masa santai dengan menonton siri kegemaran, HONOR Pad X9a LTE memang pilihan yang padu. Dengan skrin 2.5K bersaiz 11.5 inci, anda dapat menikmati paparan visual yang super tajam dan jelas. Setiap adegan terasa lebih ‘hidup’, tak kira anda baring atas katil atau menonton dalam perjalanan.
Tablet ini juga tidak lupa untuk menjaga mata anda. Dilengkapi Skrin Pemalapan Dinamik, Paparan Malam Sirkadia, serta pensijilan TÜV Rheinland untuk Cahaya Biru Rendah dan Bebas Kerdipan, anda boleh marathon drama tanpa rasa pedih mata.
Tak cukup dengan itu, tablet ini hadir dengan bateri 8300mAh dan HONOR SuperCharge 35W, membolehkan anda menonton sehingga 11.7 jam tanpa perlu risau nak caj. Bukan itu sahaja, iQIYI mengiktiraf tablet ini sebagai “Pilihan Utama untuk Pengalaman Drama Terbaik”. Tambahan pula, dengan empat pembesar suara dan bunyi 200% lebih kuat, pengalaman menonton jadi lebih imersif dan menyeronokkan.
Yang paling ‘berbaloi’, anda akan dapat papan kekunci Bluetooth dan pensel percuma, lengkap dengan butang pemadam dan penolakan tapak tangan, ideal untuk menulis, melukis, atau mencatat idea kreatif. Semua ini ditawarkan pada harga bawah RM1,000. Memang terbaik dalam kelasnya!
HONOR Pad V9 – Pejabat Bergerak Yang Penuh Gaya
Untuk anda yang selalu sibuk – sama ada sebagai pelajar mahupun profesional – HONOR Pad V9 adalah pilihan terbaik. Tablet ini bukan sekadar cantik, tapi sangat pintar dengan ciri AI canggih. Bayangkan anda boleh tukar suara kepada teks masa nyata, ringkaskan artikel panjang dengan AI Smart Summary, malah terjemah panggilan antarabangsa dengan AI Meeting Translation. Memang mudah kerja dan pembelajaran sekarang!
Tablet ini turut menyokong Formula Recognition dan Handwriting Beautification untuk nota matematik yang lebih kemas. Suara anda pun kekal jelas walau dalam suasana bising, berkat ciri AI Voiceprint Noise Reduction.
Paparan LCD 11.5 inci dengan resolusi 2.8K dan kadar segar semula 144Hz pula memberikan visual lancar dan mesra mata. Ia disempurnakan dengan teknologi Paparan Nyahfokus AI, Cahaya Biru Rendah, dan Paparan Sirkadia, menjadikannya selamat digunakan untuk tempoh masa lama.
Bateri 10,100mAh menyokong aktiviti seharian – daripada 13.5 jam menonton video, 16.7 jam sosial media, hingga 40 jam dengar muzik. Lengkap dengan papan kekunci boleh tanggal dan HONOR Magic Pencil 3, anda boleh bekerja, melukis, dan mencatat idea seakan menggunakan laptop sebenar.
Dan yang menarik, tablet ini serasi dengan ekosistem HONOR – boleh sambung terus dengan telefon atau laptop HONOR melalui HONOR Connect untuk multitugas merentasi skrin.
HONOR MagicBook X14 2025 – Ringkas, Berkuasa Dan Penuh Gaya
Nak laptop yang nampak profesional, ringan dan berprestasi tinggi? HONOR MagicBook X14 2025 memang memenuhi citarasa itu. Dengan skrin 14 inci beresolusi 1920×1200 dan nisbah aspek 16:10, anda dapat ruang kerja lebih luas dan selesa untuk menyunting, menulis atau buat kajian.
Paparan ini juga dilengkapi dengan pensijilan Cahaya Biru Rendah dan Bebas Kerdipan TÜV Rheinland, sesuai untuk anda yang bekerja lama depan skrin. Dikuasakan oleh Intel Core H Gen-13, prestasinya sangat lancar dan responsif untuk multitasking atau kerja berat.
Dengan bateri 42Wh dan pengecasan pantas 65W, laptop ini boleh digunakan sepanjang hari dengan yakin. Sesuai untuk anda yang kerap bergerak dan perlukan laptop yang sentiasa sedia digunakan.
HONOR Watch 5 – Rakan Kecergasan Anda 24 Jam Sehari
Kalau anda tengah fokus pada kesihatan dan kecergasan, HONOR Watch 5 adalah teman pintar anda. Kini hadir dengan tali kulit hijau eksklusif, jam ini bukan sahaja bergaya tapi juga dilengkapi ciri pemantauan kesihatan lengkap.
Dengan bateri 480mAh tahan sehingga 15 hari, anda boleh guna lama tanpa gangguan. Jam ini juga menggunakan teknologi AccuTrack Positioning untuk GPS yang lebih tepat – penting untuk aktiviti larian atau riadah luar.
Paling menarik, hanya dengan satu sentuhan, anda boleh buat One-Click Health Scan – semak kadar jantung, oksigen darah, tidur dan tekanan dalam kurang satu minit. Ibarat anda ada jurulatih peribadi di pergelangan tangan, sentiasa bersedia jaga kesihatan anda.
HONOR Earbuds Open – Terjemahan Masa Nyata Dalam Telinga Anda
Untuk anda yang suka mengembara atau kerja antarabangsa, HONOR Earbuds Open adalah fon telinga yang sangat luar biasa. Selain audio premium, ia juga dilengkapi AI Live Translation yang menyokong 15 bahasa, termasuk Bahasa Malaysia, Jepun, Korea, dan Arab.
Tiga mod terjemahan disediakan – Shared Mode, Exclusive Mode, dan Simultaneous Interpretation Mode, menjadikannya fleksibel untuk pelbagai situasi seperti perbualan dua hala, mesyuarat, atau seminar.
Apa yang lebih menarik, ekosistem HONOR kini menyokong Android dan iOS melalui aplikasi HONOR AI Space, jadi anda tak perlu tukar telefon pun untuk menikmati kehebatan ekosistem HONOR. Perkongsian fail, kolaborasi peranti, semuanya berjalan lancar – fleksibel, pintar dan tanpa sempadan.
Harga & Ketersediaan Di Malaysia
Berikut ialah senarai harga dan tarikh jualan lima produk ini:
- HONOR Pad X9a LTE (RM1,299) – 25 April 2025
- HONOR Pad X9a WiFi (RM999) – Kini di pasaran
- HONOR Pad V9 (RM1,999) – 11 April 2025
- HONOR MagicBook X14 2025 (RM2,499) – 11 April 2025
- HONOR Watch 5 – RM599 (silikon), RM649 (kulit hijau)
- HONOR Earbuds Open – RM699
Semua produk boleh didapati melalui HONOR Stores seluruh negara, laman web rasmi HONOR, serta platform dalam talian seperti Shopee, Lazada dan TikTok Shop.
Apa Kata Budiey?
Pelancaran HONOR ALPHA Plan ini bukan sekadar tentang produk baharu, tetapi juga satu langkah berani ke arah masa depan teknologi yang lebih pintar dan terhubung. Dengan integrasi AI dalam pelbagai peranti harian, HONOR jelas memperlihatkan komitmennya dalam memacu gaya hidup digital yang lebih efisien dan menyeluruh.
Budiey berpendapat, HONOR kini bukan lagi sekadar jenama telefon pintar, tetapi bakal menjadi pemimpin dalam ekosistem AI yang holistik dan fleksibel. Produk seperti HONOR Pad V9 dan Earbuds Open membuktikan bahawa kehidupan seharian boleh menjadi lebih mudah, bijak dan lancar dengan teknologi yang tepat.
Cadangan Budiey – jika anda sedang mencari peranti yang mampu menyokong pelbagai aspek hidup: kerja, hiburan, kecergasan dan perjalanan – HONOR adalah pilihan yang sangat tepat sekarang ini. Ia bukan sahaja tentang prestasi, tetapi juga nilai, gaya, dan keselesaan dalam satu ekosistem yang saling berhubung.
Untuk maklumat lanjut, layari www.honor.com/my dan ikuti perkembangan terkini di laman Facebook rasmi HONOR Malaysia.