HONOR sebagai peneraju jenama telefon pintar sentiasa berada satu langkah di hadapan dalam inovasi dan peranti flagship terbaharu HONOR Magic5 Pro adalah bukti kepada kemajuan tersebut. Bakal dilancarkan Khamis ini, HONOR Magic5 Pro merangkul juara bagi kategori Paparan DXOMARK, menjadikan peranti ini pesaing sengit dalam pasaran telefon pintar.
Perbezaan ketara paparan HONOR Magic5 Pro dengan jenama lain adalah ketelitian terperinci terhadap kelayakan menghasilkan skrin yang berkualiti. HONOR telah memperkenalkan beberapa ciri-ciri inovatif yang menjadikan peranti ini lebih hebat berbanding pesaing lain.
Pengalaman Pemandangan Dipertingkatkan dengan Teknologi Novel Display Luminance Enhancement dan Cipset Paparan Diskret
Menampilkan Paparan Terapung Kuad Lengkung LTPO 6.81 inci menerusi Teknologi Novel Display Luminance Enhancement, HONOR Magic5 Pro menawarkan kecerahan HDR tinggi sebanyak 1800, terbaik untuk digunakan di bawah cahaya matahari terik. Sama ada menonton filem, bermain game atau melayari internet, paparan Magic5 Pro yang menakjubkan memastikan setiap butiran dilihat dengan jelas.
Tambahan pula, Cipset Paparan Diskret HONOR Magic5 Pro meningkatkan kualiti video dan menghapuskan pergerakan kabur untuk pengalaman visual yang lebih baik. Ini menghasilkan kesan HDR yang luar biasa dan mengubah kadar frame video yang rendah menjadi tinggi dengan gabungan teknologi Motion Estimate dan Motion Compensation. Bagi peranti ini yang diiktiraf HDR10+ dan IMAX Enhanced, peminat pasti berpuas hati dengan kualiti video HONOR Magic5 Pro yang terbaik dalam kelas tersendiri.
Ciri-Ciri Keselesaan Mata Inovatif dengan Pensijilan Cahaya Biru Rendah TÜV Rheinland
Tanda dagang Pensijilan Cahaya Biru Rendah TÜV Rheinland dalam setiap peranti HONOR sememangnya diiktiraf dunia dan berupaya membantu mengurangkan keletihan mata dan kelesuan. Ini mengekalkan kualiti tinggi visual pada skrin HONOR Magic5 Pro tanpa mengubah warna serta tidak menjejaskan pemandangan skrin.
Dengan teknologi pemalapan PWM 2160Hz di atas paparan LTPO yang pertama dalam industri, HONOR memastikan Siri HONOR Magic5 dapat mengurangkan ketidakstabilan kecerahan dan kerlipan skrin, sekaligus mengurangkan keletihan mata dan memberikan tontonan selesa walaupun di suasana malap. Prihatin tersebut menandakan HONOR mementingkan penjagaan mata pengguna.
Selain itu, Paparan Malam Sirkadia HONOR Magic5 Pro turut diiktiraf Mesra Sirkadia TÜV Rheinland yang bukan sahaja mengurangkan cahaya biru tetapi membantu memperbaiki kualiti tidur walaupun selepas penggunaan untuk masa yang panjang. Kajian menunjukkan tahap melatonin meningkat sebanyak 20% dengan teknologi ini. Lebih menarik, ciri-ciri Pemalapan Dinamik menggunakan pencahayaan dinamik seperti cahaya semulajadi untuk mengurangkan keletihan mata dengan merangsang pergerakan otot siliari dan meningkatkan peredaran darah.
Meskipun ciri tersebut belum diketahui kebanyakan pengguna, HONOR berusaha memastikan ciri-ciri penjagaan mata yang inovatif ini memanfaatkan pengguna masa pada jangka masa panjang.
Nantikan pelancaran Dua Telefon Pintar Flagship HONOR Malaysia!
Saksikan ciri-ciri inovatif paparan yang disebutkan di atas di pelancaran Siri HONOR Magic5 dan HONOR Magic Vs pada 6 April, jam 2.30pm. Untuk maklumat terkini mengenai HONOR, sila layari https://bit.ly/HONORMagicDualFlagship
###
Mengenai HONOR
HONOR adalah penyedia peranti pintar terkemuka global yang ditubuhkan pada 2013. Kami komited untuk menjadi jenama teknologi ikonik global dan membolehkan kehidupan pintar melangkaui keseluruhan keadaan serta saluran, untuk semua orang. Dengan memberi tumpuan strategik terhadap inovasi, kualiti dan perkhidmatan, HONOR berdedikasi membangunkan teknologi yang memberi kuasa kepada orang ramai di seluruh dunia untuk menjangkau kemampuan penyelidikan dan pembangunan. Pada masa sama, HONOR mahu mewujudkan dunia pintar baru bagi semua orang menerusi portfolionya yang mengetengahkan pelbagai produk inovatif.