Telefon pintar terhebat dalam sejarah HONOR, iaitu HONOR Magic5 Pro kini boleh didapati di seluruh negara pada harga RM4,299 bagi versi 12+512GB. HONOR Magic5 Pro kini menguasai pasaran Malaysia dengan kadar harga prestasi yang tiada tandingan dan menjadi antara pesaing hebat yang menawarkan harga berpatutan dalam kategori telefon pintar mewah tahun ini.
Mulai 14 April, HONOR Magic5 Pro boleh dibeli menerusi pelbagai saluran termasuk laman sesawang rasmi HONOR, HONOR Experience Store, Pengedar Sah HONOR, Senheng, SenQ, COURTS, Harvey Norman dan Urban Republic.
Bagi setiap pembelian, HONOR menawarkan hadiah percuma bernilai lebih RM800 merangkumi HONOR CHOICE Portable Bluetooth Speaker, jaminan lanjutan 1 tahun dan perlindungan skrin retak 180 hari.
Sementara itu, HONOR Magic5 versi standard 12+256GB dan HONOR Magic Vs akan mula tersedia pada 28 April ini. HONOR Magic5 dijual pada harga RM3,499 manakala HONOR Magic Vs dijual pada harga RM5,999.
Selaras dengan pelancaran jualan HONOR Magic5 Pro, HONOR bekerjasama dengan Maxis, Digi dan Celcom dengan menawarkan pelan berbaloi untuk peranti flagship yang baru sahaja dilancarkan.
Dapatkan HONOR Magic5 Pro dengan pelan pascabayar telco
Maxis menawarkan bayaran ansuran sehingga 36 bulan untuk HONOR Magic5 Pro, hanya pada RM109 sebulan dengan Maxis Postpaid 98. Maklumat lanjut tentang HONOR Magic5 Pro untuk pelan Maxis Postpaid, boleh layari: https://store.maxis.com.my/productdetails/category/mobiles/honor/magic5-pro-5g
Pelanggan Celcom pula boleh membawa pulang HONOR Magic5 Pro pada harga RM2,199 dengan Celcom MEGA Postpaid mulai hari ini. Untuk maklumat lanjut tentang pelan Celcom Postpaid bagi HONOR Magic5 Pro, layari laman sesawang Celcom: https://www.celcom.com.my/magic5-pro
HONOR Magic5 Pro juga boleh didapati dengan pelan PhoneFreedom 365 Digi serendah RM66 sebulan. Maklumat lanjut tentang HONOR Magic5 Pro dengan pelan Digi Postpaid sila layari: https://digi.my/magic5pro
Jualan prapesan telefon pintar ‘Terbaik MWC 2023’, HONOR Magic5 Pro laku seperti pisang goreng panas
Siri HONOR Magic5 menerima pujian daripada pengguna sejak pelancaran rasmi di Malaysia pada minggu lalu kerana harganya yang berpatutan. Menurut saluran data maklum balas, lebih 70% kedai HONOR melaporkan HONOR Magic5, HONOR Magic5 Pro dan HONOR Magic Vs habis dijual semasa tempoh prapesan.
Pembelian yang menggalakkan ini berikutan HONOR Magic5 pro menguasai dunia teknologi dengan gabungan ciri-ciri moden dan teknologi terkini yang tiada tandingan. Perantinya memiliki kehebatan jangka hayat bateri yang tahan lama, paparan skrin menakjubkan, dan keupayaan kamera yang luar biasa. HONOR Magic5 Pro menawarkan sistem kamera berkuasa iaitu Milisecond Falcon Capture serta Vivid Display With Care. Ciri-ciri unggul ini melayakkan HONOR Magic5 Pro diiktiraf sebagai Terbaik MWC 2023 oleh media antarabangsa dan bersedia membawa telefon pintar flagship ke satu tahap yang lebih baik. Maka tidak hairanlah apabila HONOR Magic5 Pro mencipta fenomena dalam pasaran global dan menerima sambutan yang menggalakkan di Malaysia. HONOR Magic5 Pro menjadi pengubah keadaan dalam dunia mudah alih!
Pendekatan Mesra Pengguna: Program HONOR Magic Experience Officer di Malaysia
HONOR sentiasa mementingkan kepuasan pengguna dan komitmen ini terbukti melalui pelaburannya di Malaysia. Fokus dalam menyediakan perkhidmatan terbaik dan saluran pembelian yang menyenangkan, HONOR telah menambah lebih ramai kakitangan di kedai jualan. Bagi memastikan pengguna menerima produk yang inovatif dan berkualiti tinggi, HONOR meningkatkan pelaburannya dalam kajian dan pembangunan, dengan meletakkan 60% daripada 16,000 pekerjanya untuk bekerja dalam sektor ini.
Pelancaran Siri HONOR Magic adalah bukti terhadap dedikasi jenama ini demi mencapai kejayaan. Berusaha menyediakan pengalaman positif kepada pengguna dengan Siri HONOR Magic, jenama ini mengadakan program Magic Experience Officer dan merekrut sekumpulan rakyat Malaysia untuk merasai pengalaman menggunakan peranti baharu sebelum pelancarannya di Malaysia. Program ini menerima respons luar biasa dengan lebih 2,000 pendaftaran dalam masa 10 hari dan 80 individu bertuah telah dipilih untuk menyertainya.
Melalui pendekatan mesra pengguna dan pelaburan inovasi, HONOR bersedia untuk meneruskan perkembangan dan kejayaannya di Malaysia. Komitmen jenama ini untuk membawa produk dan khidmat yang cemerlang demi memenuhi kehendak pengguna dibuktikan melalui Siri HONOR Magic dan program Magic Experience Officer. Terus berusaha dalam mengembangkan dan memajukan jenama, pengguna boleh menjangkakan lebih banyak inovatif dan pengalaman yang menarik pada masa akan datang daripada HONOR.
HONOR bekerjasama dengan Enrich Malaysia Airlines untuk peraduan akses ke KLIA Golden Lounge
HONOR telah mengumumkan kolaborasi dengan Enrich Malaysia Airlines untuk menawarkan 7,000 mata ganjaran Enrich kepada pembeli Siri HONOR Magic bertuah. Mata ganjaran ini boleh ditebus untuk akses ke ruang istirahat mewah Malaysia Airlines Golden Lounge atau untuk tiket domestik Malaysia Airlines.
Seramai 320 pembeli akan dipilih sebagai pemenang dan mereka berpeluang menikmati Hospitaliti Malaysia dan perjalanan premium di Golden Lounge sebelum berlepas atau transit di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).
Untuk mengambil bahagian, pembeli hanya perlu menangkap foto atau video menggunakan HONOR Magic5 Pro, HONOR Magic5 atau HONOR Magic Vs berserta berkongsi perkara disukai mengenai peranti tersebut di Facebook. Mereka juga dikehendaki tag dua rakan Facebook dan hantaran tersebut perlu dikongsi secara terbuka dengan bersertakan tanda pagar #HONORMagicSeriesEnrich.
Maklumat lanjut tentang Siri HONOR Magic5 dan lain-lain promosi, ikuti Facebook HONOR Malaysia dan laman rasmi di https://bit.ly/HONORMagicDualFlagship