Telefon pintar flagship terhangat HONOR sedang mencetuskan bualan hangat dalam kalangan peminat yang membuat pelbagai spekulati terutamanya mengenai harga jualannya.
Mengetengahkan ciri premium, HONOR Magic4 Pro dimuatkan dengan teknologi-teknologi terbaik antaranya seperti PWM tertinggi yang pernah dihasilkan dalam skrin LTPO, videografi sinematik, pengecas tanpa wayar 100W yang pertama dalam industri dan prestasi flagship terunggul.
HONOR Magic4 Pro yang lama dinanti-nantikan ini akhirnya akan tiba di Malaysia pada 1 Jun 2022. Siaran langsung pelancaran HONOR Magic4 Pro boleh disaksikan di laman rasmi Facebook HONOR Malaysia pada jam 3 petang.
Digelar sebagai “Telefon pintar terlalu hebat untuk dipercayai”, HONOR Magic4 Pro baru-baru ini telah memenangi beberapa anugerah di Mobile World Congress (MWC) Barcelona 2022 kerana teknologinya yang inovatif.
Lebih membuatkan peminat teruja, HONOR Magic4 Pro disahkan hadir dengan GMS yang memudahkan lagi pengguna di Malaysia.
HONOR Magic4 Pro dikuasai oleh chipset generasi terbaharu Qualcomm Snapdragon 8 Gen 1 5G yang bakal menjadikannya telefon pintar flagship kelas tertinggi tahun ini. Siri ini wajib dimiliki kerana digelar sebagai “Telefon pintar terlalu hebat untuk dipercayai” disebabkan tampil dengan rekaan simetri ikonik, pengalaman paparan visual yang dipertingkatkan, fotografi dan videografi sofistikasi, prestasi terunggul berserta ciri privasi yang komprehensif.
Untuk maklumat terkini tentang HONOR Magic4 Pro, layari https://www.hihonor.com/my/phones/honor-magic4-pro/ atau ikuti Facebook rasmi HONOR Malaysia.