HONOR Malaysia bakal mengadakan jelajah fotografi di seluruh negara untuk merakam keindahan landskap dan budaya masyarakat tempatan menerusi #MagicMomentsofMalaysia. Telefon pintar flagship terbaharu Siri HONOR Magic5 memberi peluang kepada rakyat Malaysia untuk meneroka sambil merakam kecantikan negara ini.
Jelajah bersempena pertandingan Fotografi HONOR Magic Moments yang akan dilancarkan pada 6 April ini telah menghabiskan pusingan di sekitar Petaling Street, Kuala Lumpur dan Kuala Selangor. Perjalanan akan diteruskan ke Pulau Pinang, Sabah, Sarawak, Johor Bahru dan Ipoh, Perak.
Sertai kami meneroka keajaiban fotografi mudah alih dengan Siri HONOR Magic5 untuk merakam keindahan Malaysia yang menakjubkan. Maklumat terkini tentang pelancaran Jelajah Fotografi Mudah Alih HONOR boleh didapati di Facebook rasmi HONOR Malaysia.
Berikut beberapa hasil gambar penjelajahan di Kuala Selangor dan Petaling Street:
Tidak ramai yang mengetahui keunikan Kuala Selangor yang menjadi syurga tersembunyi hidupan liar seperti burung helang dan juga adalah habitat kelip-kelip. Pantai Kuala Selangor amat menakjubkan kerana mengeluarkan cahaya terang yang dikenali sebagai blue tears pada waktu malam.
Terletak di luar bandar, kawasan perkampungan Kuala Selangor dikelilingi keindahan alam semulajadi. Dengan tiga kamera utama Falcon Triple Main Camera HONOR Magic5 Pro, helang terbang tinggi dapat dirakam dengan sangat jelas. Setiap warna dan tekstur bulu terang dan jelas meskipun helang terbang dengan laju. Hasil gambar tersebut seperti di bawah:
Selain itu, HONOR Magic5 Pro dilengkapi saiz penderia dan apertur lebih besar untuk prestasi penderiaan cahaya terbaik yang sesuai untuk fotografi jalanan. Jelajah ini turut bekerjasama dengan kelab Fotografi Mudah Alih Malaysia yang mana jurugambar mudah alih profesional telah berpeluang merakam suasana, budaya dan kehidupan seharian penduduk di sekitar Petaling Street menggunakan HONOR Magic5 Pro.
HONOR Magic5 Pro dilengkapi penyelarasan algoritma yang mampu mengesan butiran cahaya dan bayang dengan tepat bagi menghasilkan julat dinamik lebih tepat untuk pengimejan walaupun di bawah pancaran sinar matahari.
Hentian seterusnya: Teroka Pulau Pinang dengan Cycle & Carriage
Pengumuman kepada peminat HONOR di utara Semenanjung Malaysia, inilah peluang untuk merasai kehebatan Siri HONOR Magic5 sambil mengabadikan keindahan landskap dan budaya Pulau Pinang. Malah, peserta turut berpeluang bersiar-siar di sekitar Georgetown dengan menaiki kereta mewah Mercedes-Benz yang disediakan rakan kongsi kenderaan rasmi Cycle & Carriage.
Klik pautan berikut untuk menyertai jelajah fotografi mudah alih #MagicMomentsofMalaysia: https://forms.gle/hqhn1fuL7w5EBZzg6
Maklumat terkini mengenai HONOR Magic5 Series dan HONOR Magic Vs sila layari https://bit.ly/HONORMagicDualFlagship.