in

Yang Anda Patut Tahu Tentang Produk Cendawan HOKTO MALAYSIA

Pengeluar cendawan, Hokto Malaysia Sdn Bhd memulakan tahun baru 2018 dengan meraikan sambutan ulang tahun mereka yang ketiga. Anak syarikat Hokuto Corporation menubuhkan kilangnya di Bandar Enstek, Negeri Sembilan pada tahun 2015 dengan matlamat menjadikannya hub untuk mengeksport cendawan Brown Beech dan White Beech yang terkenal ke negara-negara di rantau ini.

HOKTO MALAYSIA JANA PERTUMBUHAN CEMERLANG

HOKTO MALAYSIA JANA PERTUMBUHAN CEMERLANG

Pembukaan tanaman di Malaysia ini telah mengukuhkan kehadiran jenama Hokto di negara ini. Sejak penubuhannya dua tahun lepas, Hokto Malaysia Sdn Bhd telah mengeksport sebanyak 1,150 tan cendawan Brown Beech dan White Beech ke Singapura, Thailand, Vietnam dan Indonesia. Tanaman ini adalah yang pertama kali diusahakan secara automatik menggunakan fasiliti di Malaysia yang bernilai hampir RM80 juta. Kapasiti pengeluarannya boleh mencecah sehingga 1,000 setiap tahun.

“Ini adalah pelan strategik untuk membuka tapak tanaman di Malaysia dimana Malaysia mempunyai insfratruktur yang diperlukan. Tambahan lagi, terdapat pasaran besar bagi cendawan Jepun di negara ini.

Teksturnya yang kenyal dan boleh menyerap segala perisa membuatkan cendawan ini sesuai untuk citarasa tempatan”, kata Encik Tadao Yamamoto, Pengarah Urusan Hakto Malaysia Sdn Bhd.

HOKTO MALAYSIA JANA PERTUMBUHAN CEMERLANG

Hokto Malaysia juga merupakan satu-satunya syarikat yang mengimport dan membekal cendawan Maitake di negara ini. Terbaru, 3 tan cendawan Maitake diimport dari Jepun secara bulanan. Terkenal dengan rasa kayu, bertekstur rangup dan aroma yang hebat, cendawan Maitake sesuai untuk apa jua hidangan dan cara masakan.

Antara pencapaian hebat sepanjang dua tahun ini adalah dapat menembusi pasaran berbeza di rantau ini dan berjaya menbangunkan resipi yang sihat. Selain itu, Hokto cukup dikenali dengan pelbagai rangkaian cendawan antaranya Bunashimeji dan Bunapi. Melangkah ke tahun 2018, Hokto Malaysia Sdn Bhd berhasrat untuk mencapai 100% kapasiti penghasilan. Ini membolehkan Hokto untuk memperkenalkan jenamanya kepada segmen pasaran berpotensi terutamanya pasaran Melayu.

“Kami yakin dengan kualiti produk keluaran kami dimana kami menggunakan 100% bahan-bahan semulajadi untuk pertumbuhan dan percambahan cendawan, dengan pembangunan teknologi dari Hokuto Japan. Kami berharap lebih ramai rakyat Malaysia dapat menikmati keenakan, kebaikan cendawan dan panjang umur seperti masyarakat Jepun”, kata Encik Tadao Yamamoto.

Untuk maklumat lanjut tentang Hokto Malaysia Sdn Bhd, layari www.hokto-kinoko.com.my atau ikut Hokto Malaysia di www.facebook.com/HoktoKinokoMalaysia.

HOKTO MALAYSIA JANA PERTUMBUHAN CEMERLANG

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Sekitar Hari Kedua Toyota GAZOO Racing Festival di Johor Bahru

The 13th Annual Soompi Awards to Feature a New Award Category for #TwitterBestFandom