in , ,

Hok Ni, Ke ‘Ganu Pulok Kite! Karnival Jom Heboh Kini Kembali Ke Terengganu!

Wak Mende Ujong Minggu Ni? Jom Meriahkan Hujung Minggu Anda Di Kompleks Sukan Negeri Terengganu Pada 1 Hingga 3 Ogos Ini!

Siri jelajah Karnival Jom Heboh (KJH) masih diteruskan dan kini akan menuju ke Pantai Timur! Acara padang paling lama anjuran Media Prima Berhad ini kembali lagi menggegarkan Terengganu Darul Iman setelah hampir 2 tahun tidak menapak di negeri ini. Kali ini, KJH akan membawa konsep yang berlainan, bukan hanya memfokuskan kepada persembahan dan hiburan, malah menjanjikan pelbagai aktiviti yang bermanfaat untuk semua lapisan keluarga dan masyarakat yang semestinya bakal menceriakan kalian sekeluarga. Jangan lepaskan peluang anda! Mari pakat ramai-ramai hadir ke Karnival Jom Heboh (KJH) Terengganu yang akan diadakan di Kompleks Sukan Negeri Terengganu bermula pada 1 Ogos (Khamis) sehingga 3 Ogos (Sabtu) ini.

Karnival Jom Heboh (KJH) dinobatkan sebagai ‘Acara Padang Paling Lama’ oleh The Malaysia Book Of Records (MBOR) atas penganjurannya yang berlangsung lebih daripada 20 tahun. Sejak daripada tahun 2003, KJH berjaya mendapat sambutan yang luar biasa dan penuh meriah di kalangan pengunjung yang hadir. Untuk tahun 2024 ini, KJH telah menapak di Sarawak, Putrajaya dan baru-baru ini di Melaka dan berjaya menarik lebih 300,000 pengunjung di setiap lokasi.

Wak Mende Ujong Minggu Ni? Jom Meriahkan Hujung Minggu Anda Di Kompleks Sukan Negeri Terengganu Pada 1 Hingga 3 Ogos Ini!

Sepanjang keberadaan KJH selama 3 hari berturut-turut di Pantai Timur, pelbagai aktiviti menarik akan disediakan bagi para pengunjung di Studio Tonton Drama Sangat, Studio Jom Heboh, The New Straits Times Press Berhad, Hot FM dan Kool 101. Para pengunjung juga berpeluang untuk bertemu dan berhibur bersama selebriti hebat seperti Sophia Albarakbah, Hazama, Aiman Hakim dan ramai lagi. Tidak ketinggalan juga, rakan-rakan ‘TikTok Creators’ juga akan membanjiri tapak KJH sempena kolaborasi bersama TikTok Awards yang bakal berlangsung pada 11 Ogos ini.

Lebih istimewa, di Studio Tonton Drama Sangat akan menyediakan kejutan besar dengan menawarkan hadiah utama, Samsung Smart TV bersaiz 65” yang bernilai sehingga RM6,000 setiap satu, setiap hari! Untuk menyertai, pengunjung hanya perlu mendaftar sebagai ahli baharu dan langgan pelan Tonton untuk merebut peluang dalam cabutan bertuah yang diadakan setiap hari. Ayuh sertai cabutan bertuah ini kerana anda mungkin pengunjung bertuah yang yang bakal membawa pulang hadiah utama ini! Rebut peluang anda kerana cabutan bertuah ini akan diadakan di setiap lokasi KJH akan datang bagi edisi jelajah 2024. 

Pelbagai gerai jualan juga disediakan bagi memeriahkan lagi suasana karnival. Pengunjung berpeluang menikmati hiburan dan pada masa yang sama menambah ilmu pengetahuan serta memperkaya rohani.  KJH Terengganu kali ini turut menyajikan program-program ilmiah dan islamiah yang dapat memperkayakan minda dan jiwa para pengunjung. Pengisian program yang disediakan merangkumi pelbagai aspek yang yang dapat memberikan manfaat dan panduan dalam kehidupan seharian. Justeru bagi tahun ini, kami akan meneruskan tradisi ini dengan menampilkan Program Selawat Perdana (Khamis, 1 Ogos), Program Akustika Jom Heboh dan Malam Senandung Jom Heboh (Jumaat & Sabtu, 2 Ogos & 3 Ogos) yang dinanti-nantikan oleh penduduk pantai Timur. Kedua-dua persembahan bagi malam kedua dan ketiga tersebut dibarisi dengan penyanyi hebat tanah air seperti Naim Daniel, Black Hanafiah, Ameng Spring,  Tomok, Joey BPR dan ramai lagi.

NSTP ‘Petting Zoo’, Kejohanan Bola Jalanan Vocket ‘1vs1’ dan Jom Kreatif @ Galeri Prima menjadi antara tarikan baharu yang ada di KJH Terengganu kali ini. Peserta berpeluang untuk membawa pulang wang tunai sehingga RM500 berserta baju jersi edisi khas dari Vocket. Layari laman https://bolajalanan.thevocket.com/  atau imbas kod QR untuk mendaftar. Sementara, NSTP ‘Petting Zoo’ akan menampilkan 26 jenis haiwan yang bakal menceriakan seisi keluarga. Selain itu, pengunjung juga boleh singgah ke Jom Kreatif @ Galeri Prima untuk menyemarakkan kreativiti melalui aktiviti seni yang menyeronokkan dan menarik menggunakan bahan kitar semula!

Pengunjung Karnival Jom Heboh Terengganu pastinya tidak akan pulang dengan tangan kosong kerana pelbagai barangan percuma dan hadiah menarik berjumlah RM300,000.00 menanti anda! Rebut peluang ini untuk membawa pulang hadiah lumayan seperti iPad, Telefon Pintar dan pelbagai lagi.

Dalam usaha menghibur, kami turut sensitif dan mengambil berat susulan krisis kemanusiaan yang berlaku di dunia Palestin. Kami di TV3 sentiasa prihatin terhadap krisis kemanusiaan dan kekejaman yang  berlaku ke atas rakyat Palestin. Anda boleh menghulurkan sumbangan menerusi akaun Bank Muamalat 1401 0008 8447 15 atau Maybank 5642 7651 0331. Sumbangan kepada Tabung Kemanusiaan Palestin Media Prima akan digunakan untuk membiayai bantuan kemanusiaan bagi komuniti yang terjejas.

Kami berdiri bersama rakyat Palestin dalam perjuangan mereka dan akan terus menyokong usaha-usaha kemanusiaan dan keadilan. Melalui pelbagai program dan inisiatif kami, TV3 dan Tonton bertekad untuk menyebarkan mesej keamanan dan solidariti, sambil menggalakkan rakyat Malaysia untuk turut serta dalam usaha murni ini.

Wak mende ujong minggu ni? Jom seluruh warga Terengganu kita pakat ramai-ramai gi Karnival Jom Heboh! Jangan lepaskan peluang merasai pengalaman yang luar biasa melalui gabungan hiburan dan pengisian ilmiah serta islamiah yang telah disusun khas untuk anda sekeluarga untuk berhibur di Karnival Jom Heboh Terengganu yang akan berlangsung pada 1 Ogos hingga 3 Ogos 2024 (Khamis, Jumaat & Sabtu) di Kompleks Sukan Negeri Terengganu bermula seawal 9.00 pagi!

Sebarkan keseronokan anda sekeluarga dengan menggunakan tanda pagar #TV3SentiasaBersamamu #KarnivalJomHeboh #InspirasiGenerasi. Untuk maklumat lanjut, layari laman sesawang www.jomheboh.com.my dan ikuti laman sosial rasmi di Facebook dan Instagram di @jomhebohofficial.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Lima Lokasi Menarik Yang Wajib Anda Lawati Semasa di Taichung, Taiwan

Taman Tema Sunway & Klook Bergabung Galakkan Pelancong Masuk