Sambutan Hari Raya Aidilfitri memang sentiasa dinanti-nantikan oleh semua lapisan masyarakat. Tahun ini, Hong Leong Bank dan Hong Leong Islamic Bank (HLB) tampil dengan idea yang cukup kreatif dan menyentuh hati menerusi pelancaran kempen istimewa mereka yang dinamakan ‘Senyum-Senyum Raya’. Apa yang menarik, kempen ini bukan sekadar promosi biasa-biasa, sebaliknya ia menekankan nilai ‘amalan baik’ – bukan sahaja dari segi hubungan sesama manusia, tetapi juga dalam pengurusan kewangan yang bijak dan bertanggungjawab.
Lagu Raya Eksklusif Alif Satar & The Locos – Senyum-Senyum Raya
Sebagai tarikan utama kempen ini, HLB telah melancarkan sebuah lagu dan video muzik Raya yang cukup catchy dan penuh dengan elemen ceria, bertajuk ‘Senyum-Senyum Raya’. Lagu ini menampilkan Alif Satar & The Locos, duta rasmi HLB sejak tiga tahun lalu. Lagu ini mendapat sentuhan kreatif daripada gabungan komposer hebat iaitu Yusuff Khan, Adam Armin, Adly Kiddy dan Ja’a.
Dari segi lirik dan melodi, lagu ini benar-benar mencerminkan suasana gembira dan penuh syukur sempena Hari Raya. Alif sendiri mengakui beliau sangat teruja dan berbesar hati dapat terlibat dalam projek bermakna ini kerana ia bukan sahaja membawa mood Raya, tetapi turut menyampaikan mesej positif tentang nilai kekeluargaan, amalan mulia dan syukur.
Kempen Yang Menyentuh Hati Dengan Elemen Amalan Dan Syukur
Menurut Kevin Lam, Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif HLB, kempen ini membawa mesej mendalam tentang kepentingan amalan baik, terutamanya dalam pengurusan kewangan peribadi. HLB komited untuk menyediakan produk dan perkhidmatan kewangan yang diperibadikan serta patuh Syariah untuk memenuhi keperluan pelanggan yang pelbagai. Ini termasuklah pelbagai produk perbankan Islam yang direka khas untuk membantu meringankan beban kewangan pelanggan dan membimbing mereka ke arah pengurusan kewangan yang bertanggungjawab.
Dalam masa yang sama, HLB turut giat memperkasakan program celik kewangan, termasuk melalui program duta mereka, bagi mendekati rakyat dan meningkatkan kesedaran tentang kepentingan merancang kewangan. Ini sangat penting, terutamanya dalam suasana ekonomi yang mencabar, agar masyarakat lebih bersedia dan mampu menikmati hasil amalan kewangan yang baik dalam jangka masa panjang.
Kolaborasi Amal Bersama Foodpanda – Sebarkan Kebaikan Di Bulan Mulia
Bersempena dengan kempen ini juga, HLB tidak melupakan tanggungjawab sosial korporat (CSR) mereka. Menyedari betapa pentingnya semangat memberi dan berkongsi rezeki di bulan Ramadan dan Syawal, HLB telah bekerjasama dengan foodpanda untuk menjalankan program pengagihan makanan kepada 1,000 penghantar foodpanda di seluruh negara. Bukan itu sahaja, HLB juga menaja jamuan berbuka puasa untuk lebih 300 penghantar di beberapa negeri seperti Melaka, Terengganu, Negeri Sembilan dan Perak.
Selain program khas ini, HLB juga aktif dalam pelbagai inisiatif CSR lain, termasuklah sumbangan pek makanan dan aktiviti gotong-royong di rumah kebajikan. Baru-baru ini, mereka berjaya mengumpulkan sumbangan melebihi RM100,000 dalam bentuk keperluan harian kepada pelbagai rumah kebajikan di seluruh negara. Jelas sekali, HLB tidak hanya bercakap mengenai amalan baik, tetapi mereka turut mempraktikkannya secara konsisten.
Kemunculan Rasmi Lagu Dan Video Muzik – Tarikh Perlu Tandakan!
Bagi peminat muzik dan pencinta suasana Raya, lagu ‘Senyum-Senyum Raya’ ini telah pun dilancarkan secara rasmi di semua platform muzik digital bermula 14 Mac 2025. Manakala, bagi yang ingin menikmati video muzik rasmi yang penuh warna-warni dan vibe Raya, bolehlah menonton di saluran YouTube rasmi Hong Leong Bank bermula 17 Mac 2025. Jangan lupa untuk tonton dan hayati mesej positif yang disampaikan menerusi lagu ini.
Apa Kata Budiey?
Budiey rasa kempen ‘Senyum-Senyum Raya’ ini benar-benar berjaya menyampaikan mesej yang penuh makna, apatah lagi dengan pendekatan kreatif melalui lagu dan video muzik yang sangat catchy dan ‘relatable’ untuk semua golongan. Ia bukan sahaja menghiburkan, malah mendidik dan menyuntik kesedaran tentang pentingnya amalan baik dalam kehidupan, terutama dalam aspek pengurusan kewangan.
Kempen ini juga menyerlahkan keprihatinan sosial HLB, membuktikan bahawa institusi kewangan juga boleh menjadi pemangkin perubahan positif dalam komuniti. Budiey cadangkan lebih banyak bank dan syarikat korporat lain mencontohi pendekatan mesra rakyat ini, kerana keseimbangan antara hiburan, pendidikan dan amal inilah yang membuatkan sesuatu kempen itu melekat di hati masyarakat.