in

hitz.fm Birthday Invasion Concert LIVE

Kemasukan PERCUMA! ke ‘hitz.fm Birthday Invasion Concert LIVE’ pada 28 September (Sabtu) bertempat di Taylor’s University Lakeside Campus, Subang Jaya bermula jam 6 malam dan ke atas. Saksikan persembahan artis antarabangsa juga menjadi sensasi di YouTube, Chester See dan temui artis- artis tempatan yang terkemuka tanahair seperti Estranged, Mizz Nina, K-Town-Clan, James Baum, Pop Shuvit & Projek EAR, Joe Flizzow dan ramai lagi.

HBI 1xs

Malam yang menjadikan stesen radio No 1 Bahasa Inggeris Malaysia dalam ingatan apabila hitz.fm sekali lagi meraikan ulangtahun mereka dengan menganjurkan ‘hitz.fm Birthday Invasion LIVE Concert’ bersama Pelancaran Ford Fiesta pada 28 September 2013 (Sabtu) bertempat di Taylor’s University Lakeside Campus, Subang Jaya. Acara ini bermula jam 6 malam dan keatas yang dibawakan oleh Ford Fiesta. Orang ramai dijemput hadir dan kemasukan adalah percuma!

Rasakan Gegaran Muzik Pilihan Anda di ‘hitz.fm Birthday Invasion Concert LIVE’ 28 September nanti!

Setia dengan frekuensi hitz.fm setiap hari untuk memenangi pas ekslusif VIP ke ‘hitz.fm Birthday Invasion LIVE Concert’ . Dengan kerjasama New Ford Fiesta sebagai penaja utama konsert ini, para pendengar juga di beri peluang untuk berkongsi pengalaman indah mereka ketika berada di pesta ini dengan kerap menggunakan hashtag #hitzinvasion pada Instagram anda dan berpeluang menjadi salah seorang pememang.

“Pihak hitz.fm amat teruja dengan menganjurkan ‘hitz.fm Birthday Invasion LIVE Concert’ sekali lagi pada tahun ini. Pesta ini juga dianjurkan khas buat pendengar setia hitz.fm yang sentiasa menyokong kami.Ini adalah peluang keemasan untuk kami mengucapkan jutaan terima kasih dan meraikan ulangtahun bersama mereka. Kami telah meletakkan barisan penghibur berbakat untuk anda semua nikmati. Jadi, pastikan anda menyertai kami kerana kemasukan adalah percuma ” kata Brian Vinesh selaku Pengurus Rangkaian Astro Radio

Tambahnya lagi , “Pada tahun ini, kita juga berbangga kerana dapat bekerjasama dengan Ford yang juga menjadi penaja utama ‘hitz.fm Birthday Invasion LIVE Concert’ .Melalui kolaborasi yang bersinergi ini, saya yakin kedua-dua jenama ini akan terus berkumandang di kalangan penonton yang selari sasarannya, serta mewujudkan lebih banyak kemeriahan dan semestinya mewarna – warnikan lagi ‘hitz.fm Birthday Invasion LIVE Concert’ ”

Menurut David Westerman, Pengurus Serantau Asia Pasifik, Operasi Pertumbuhan & Eksport Ford ,

“Mengatur langkah untuk ke arah yang lebih bersaing, pelancaran kenderaan baru Ford Fiesta ini sememangnya tertumpu kepada pengguna yang berpersonaliti ceria, selari dengan elemen – elemen yang ada pada Ford Fiesta untuk menarik perhatian pengguna yang sosial dan bergaya, ”

Tambahnya, “Kami percaya kerjasama dengan ‘hitz.fm Birthday Invasion LIVE Concert’ adalah sangat sesuai. Ini adalah kerana kami merasakan radio hitz.fm bukan sahaja stesen No.1 radio Bahasa Malaysia, malah hitz.fm mempunyai pendengar setia yang juga mengikut peredaran masa kini. Selari dengan konsep Ford Fiesta juga, ianya begitu menarik terutamanya pendengar yang meminati muzik, mempunyai gaya hidup yang bertenaga, bersosial dan bersemangat untuk mendapatkan yang terbaik dalam hidup.”

Ford Fiesta, kenderaan baru keluaran Ford ini adalah kombinasi hebat yang sangat diharapkan, dan oleh sebab itu jugalah pelanggan sentiasa mengharapkan sesuatu keunikan. Antaranya, ciri-ciri hebat seperti keunikan butang tekan untuk memulakan kereta dan Ford SYNC; teknologi keselamatan yang luar biasa seperti adanya Electronic Stability Programme dan Hill Launch Assist; ciri-ciri mesra alam seperti mengembalikan caj pintar dan Ford EcoMode yang sangat luar biasa dan berkualiti dan mencatatkan harga yang sangat kompetitif. Kelihatan segak, dengan rekabentuk baru jeriji dihadapan, Ford Fiesta memiliki tempat duduk berkulit untuk model sedan empat pintu dan kulit kerusi berkain untuk lima pintu, bersama-sama dengan pilihan yang warna terang membuatkan kenderaan baru Fiesta ini kelihatan menarik dan ceria.

Mengatur langkah ke arah yang lebih bersaing, pelancaran Ford Fiesta memperkenalkan kempen media sosial yang inovatif, semangat “Join the New Fiesta Movement di anjurkan khas untuk pengguna yang menerapkan keperibadian selari dengan kenderaan Ford Fiesta yang banyak menekankan tema gaya hidup yang kasual dan santai. Di samping itu, banyak persembahan secara langusung yang sememangnya menghangatkan ‘hitz.fm Birthday Invasion’ akan datang, hitz.fm pendengar dan peminat Ford juga akan dapat melihat dengan lebih dekat pada apa yang hebar tentang Fiesta Ford.

Jadi, pastikan anda menyertai ‘hitz.fm Birthday Invasion’ pada 28 September, 2013 (Sabtu) bertempat di Taylor’s University Lakeside Campus, Subang Jaya bermula jam 6 malam dan keatas. Ini adalah sambutan hari lahir yang pastinya anda tidak akan lepaskan!

Layari laman web www.hitz.fm untuk mendapatkan maklumat lebih lanjut tentang hitz.fm Birthday Invasion, dan layari ford.net.my untuk mendapatkan maklumat tentang kenderaan baru, Ford Fiesta.

HBI 3

HBI 5xs

Joe Flizzow xs

HBI 4 sesion

HBI 2

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Wacky Deejays JJ & Lil Kev Red WTF On Air Asia

Pelawak Jambu Jadi Pengacara Program Lat-Tali-Lat