Hitman Solutions, penganjur acara terkemuka di Malaysia, bakal menpersembahkan satu lagi konsert mempesonakan. ‘Raisa: Live In Malaysia‘ berjanji untuk menyampaikan malam ajaib yang menampilkan Raisa, bintang pop dan R&B Indonesia pada 20 November 2022, 8:30 malam di Zepp Kuala Lumpur.
“Sambutan luar jangka dan memberangsangkan yang diterima pada konsert Jubin Nautiyal: Live In Malaysia baru-baru ini telah membuktikan bahawa rakyat Malaysia mempunyai keinginan yang besar untuk dihiburkan oleh artis antarabangsa.
Kami berbangga, bersyukur, dan teruja menampilkan Raisa, bintang top di Indonesia, untuk membuat persembahan buat pertama kali di Malaysia untuk semua peminatnya,”
– Encik Rohit Rampal, Ketua Pegawai Eksekutif & Pengasas Hitman Solutions.
Hitman Solutions telah ditubuhkan sekitar 15 tahun lalu dan merupakan salah satu anak syarikat Hitman Group. Hitman Solutions bertanggungjawab menganjurkan konsert berskala besar dengan membawakan aksi muzikal bukan sahaja dari Malaysia, tetapi juga superstar antarabangsa seperti Jubin Nautiyal, (G)-Idle, Shah Rukh Khan, Arijit Singh, Shreya Ghosal dan ramai lagi.
Di bawah Hitman Group, terdapat juga Hitman Media, anak syarikat yang memberi tumpuan kepada pemasaran digital.
Raisa menjadi terkenal dengan single pertamanya, berjudul ‘Serba Salah’, daripada album sulungnya ‘Raisa’, pada 2011. Pada tahun berikutnya, dia memenangi anugerah ‘Artis Baru Terbaik’ di Anugerah Musik Indonesia (AMI) ke-15 dan ‘Artis Wanita Baharu Terbaik’ di Anugerah Planet Muzik.
Sebagai seorang artist yang berbakat, Raisa terus menggilap kebolehannya dan telah memenangi beberapa anugerah muzik serta hati jutaan orang.
“Pembeli tiket boleh mengharapkan kira-kira 20 lagu hit Raisa dalam ekstravaganza dua jam, diiringi oleh pemuzik profesional dan produksi audiovisual kami yang terkenal.
Kami mempunyai jangkaan yang besar untuk konsert ini dan berharap semua orang merebut peluang ini,”
– Encik Rohit Rampal, Ketua Pegawai Eksekutif & Pengasas Hitman Solutions.
Sebagai tindak balas kepada inisiatif kerajaan Malaysia untuk menggalakkan penciptaan acara fizikal, Hitman Solutions bersungguh-sungguh dalam menganjurkan konsert-konsert yang epik.
Mereka berharap dapat merangsang perkembangan industri hiburan serta pelancongan Malaysia dan membuat pemulihan sepenuhnya daripada kesan buruk pandemik Covid-19.
Kategori tiket VVIP, CAT 3 dan CAT 4 habis dijual pada hari pertama, manakala CAT 1 (RM250 – Free Standing) dan CAT 2 (RM200 – Free Standing) sedang dijual dengan pantas.
Bagi mereka yang belum mendapat tiket untuk menonton Raisa: Live in Malaysia, anda boleh membeli tiket di www.hitmanlive.com