Susulan berita itu, ada yang teringat dengan video temu bual dimana Noh ditanya oleh wartawan apabila timbul gosip rumah tangga penyanyi itu bermasalah.
Menerusi video pada bulan lalu itu, Noh dilihat gelisah sambil menyedut dan menghembus asap vape di hadapan sekumpulan wartawan.
Tindakan Noh itu dlihat agak kurang sopan namun mungkin ia cara Noh untuk menghilangkan rasa gemuruh utuk menjawab perkara yang cuba disembunyikan.
Malah, Noh dilihat tersentak apabila diajukan mengenai soalan peribadi tersebut serta bertindak memberi teguran kepada pihak media seolah tiada cerita lain untuk ditanyakan.
Noh juga sempat menyindir dan mempersoalkan kredibiliti media yang sibuk mengambil tahu mengenai tahu peribadinya berbanding kerjayanya sebagai anak seni.
“Dah ketandusan cerita ke? Orang lebih suka kisah peribadi berbanding apa yang saya kerjakan,†katanya.
Bagaimanapun, tidak sampai sebulan menafikan mengenai khabar angin tersebut, pasangan itu mengesahkan sudah bercerai selepas memfailkan perceraian pada Jun lalu.
Noh dan Mizz Nina mendirikan rumah tangga pada 2 Julai 2011. Pasangan itu mengambil anak angkat diberi nama Musa pada Mac lalu.