Yunalis Zarai atau lebih dikenali sebagai Yuna, melebarkan sayap nyanyiannya ke Amerika Syarikat sejak setahun lalu antara senarai artis yang akan membuat persembahan. Pembabitan Yuna itu sebagai tanda kebanggaannya menjadi anak Malaysia selain sokongan terhadap sambutan ulang tahun kemerdekaan negara yang terus mengekalkan kesejahteraan dan keharmonian berbilang kaum selama 55 tahun.
Justeru, kesibukan bukan halangan buatnya untuk meluangkan secebis waktu untuk acara penuh bersejarah itu.
Tidak hanya Yuna, persembahan berkenaan turut dimeriahkan oleh Ratu Rock negara, Ella, Hafiz AF7, Stacy, Faizal Tahir, Nash Lefthanded, Suki, Daniel Lee dan Syeruthi.
Apa yang menarik, Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN) diberi kepercayaan dan dipertanggungjawabkan untuk menguruskan persembahan berkenaan termasuk, sebuah lagi aktiviti iaitu Perarakan dan Perbarisan Merdeka di Dataran Merdeka, sebelah pagi hari yang sama.
Terdahulu pada 13 Julai, Perlancaran Sambutan Hari Kemerdekaan Ke-55, dilaksanakan. Ketua Pengarah JKKN, Datuk Norliza Rofli, berkata, konsep yang diperkenalkan mengangkat tema keceriaan selain menyaksikan pembabitan generasi muda.
“Dalam menghidupkan suasana ceria feista, kami ingin mewujudkan interaksi pemimpin bersama rakyat. Menerusi pengisian persembahan pula, kami mengenengahkan lagu-lagu terkini dan segar yang memenuhi citarasa anak muda. Kerana itu, kami membariskan penghibur di kalangan generasi muda untuk membuat persembahan malah keseluruhan acara yang dijalankan menyaksikan pembabitan golongan ‘Gen-Y’.
“Golongan ini penting untuk mendapat pendedahan kerana merekalah yang akan memacu negara suatu hari nanti dan kesederan perlu dipupuk dari sekarang. Saya melihat persembahan juga satu kaedah menggerakkan kebudayaan. Budaya bukan hanya perlu ditekankan atau bermula di sekolah, tetapi ia juga berupaya disemarakkan dengan acara seperti ini.
“Konteks kebudayaan meluas sebenarnya. Ia bukan sekadar tarian kebudayaan tetapi juga amalan dalam kehidupan misalnya hidup bersatu padu yang sinonim budaya Malaysia,” katanya.
Beliau menambah, Himpunan Janji Ditepati disertai 8,500 peserta manakala, Perarakan dan Perbarisan di Dataran Merdeka pula menghimpun 13,500 peserta. Sebahagian daripada mereka adalah artis kebudayaan dibawah JKKN sendiri.
Memastikan semua aktiviti berjalan dengan lancar seperti dirancang, kesemua jabatan di bawah JKKN Pusat iaitu 14 JKKN negeri mengambil bahagian beserta 200 pegawainya yang berdedikasi turun padang.
“Saya mewakili JKKN dan seluruh yang terbabit, mengharapkan acara yang dihidangkan bukan saja menghiburkan, menyerlahkan kebudayaan dan semestinya paling penting dapat memupuk semangat perpaduan sebagai disarankan Perdana Menteri, Datuk seri Najib Tun Abdul Razak, yang membawa dasar 1Malaysia.
“Marilah beramai-ramai membanjiri Stadium Nasional Jumaat ini, kerana selain kita berhibur dengan persembahan penuh berwarna-warni,
mendengar saranan Perdana Menteri, acara malam itu nanti amat istimewa.“Dimana akan diadakan acara cabutan bertuah yang menawarkan hadiah utama, sebuah Proton Preve dan empat motosikal Modenassp tajaan Proton, dua tiket penerbangan pergi balik, Kuala Lumpur – London dan Kuala Lumpur – Sydney tajaan Sistem Penerbangan Malaysia, 50 Tablets tajaan Huawei Technologies dan 10 basikal Fixie.
“Bagaimanakah cara untuk pengunjung hendak memenanginya, mereka haruslah mendaftar di khemah pendaftaraan dimana urusetia kami akan memberi Kad Raya/Kemerdekadaan kepada mereka. Pada bahagian hujung kad itu nanti ada tentera nombor. Nombor itu perlu disimpan sehingga pengumuman hadiah cabutan bertuah diumumkan di akhir majlis,” katanya.