in ,

Hikmah Padam Dendam Dalam Telemovie SUARA AZAN

Sifat dendam sangat berkait dengan perasaan marah. Sebagai manusia sememangnya kita dikurniakan pelbagai perasaan. Rasa gembira, sedih, kecewa, teruja, marah dan pelbagai lagi. Perasaan ini sering berubah-rubah. Namun, perasaan ini perlu ada untuk mencorakkan kehidupan kita.

Seseorang yang menyimpan dendam pasti berada dalam keadaan tidak senang hati. Mereka merasakan semua serba tidak adil dan perlukan tindakan untuk menuntut bela. Hakikatnya seseorang yang memaafkan kesalahan orang lain, sebenarnya sedang membantu memperbaiki dirinya untuk menjadi lebih baik.

Kisah manis di sebalik usaha seseorang dalam memaafkan insan lain ini dibawakan Radio Televisyen Malaysia (RTM) dalam telemovie bertajuk “Suara Azan” yang disiarkan pada 9 Mac ini, pukul 9.00 malam di TV1. 

watak dalam drama Suara Azan

Dilakonkan wataknya oleh Ezzaty Abdullah, Amar Asyraf, Abu Bakar Juah, Jasmin Hamid, Azam Pitt dan Nisha Dirr, perkongsian cerita kekeluargaan ini mengetengahkan watak utama iaitu Farisha yang kematian mamanya kerana penyakit batuk kering. 

Sejak itu Farisha mula memberontak dan menyimpan dendam terhadap papanya. Dia beranggapan bahawa mamanya mati kerana papanya terlalu sibuk dengan perniagaan sehingga tidak mempunyai masa untuk menjaga mamanya. 

Kemarahannya bertambah setelah papanya berkahwin lagi dengan ibu saudaranya iaitu adik kepada mamanya. Kemuncaknya Farisha bertindak di luar kawalan dengan melampiaskan perasaan marahnya itu kepada stafnya di pejabat. 

barisan pelakon Suara Azan

Suatu hari kereta Farisha rosak dalam perjalanan pulang ke rumah. Lebih malang lagi dia juga telah diragut semasa berjalan kaki. Ketika itu juga kebetulan muncul Mak Mah seorang ibu tunggal datang membantu dan membawa Farisha ke rumahnya. 

Layanan Mak Mah terhadapnya mengingatkan dia kepada arwah mamanya. Azan, anak kepada Mak Mah yang merupakan seorang mekanik telah memeriksa kereta Farisha yang sebenarnya hanya kehabisan petrol. 

Farisha telah pun bertunang dengan Sufian yang menjadi pilihan arwah mamanya. Dalam masa yang sama Farisha sering terdengar di telinganya suara Azan yang mengalunkan azan. 

Tanpa disedari dia telah jatuh cinta dengan Azan. Farisha juga kerap menjenguk Mak Mah dan dengan nasihat Mak Mah jugalah dia mula sedar dan berubah pandangan terhadap papa dan Mak Su iaitu ibu tirinya yang didendaminya selama ini.

Lalu apakah kesudahannya? Mampukah Farisha kembali ke pangkal jalan dan memulakan kehidupan baru bersama keluarganya?

pelakon utama Ezzaty Abdullah dalam telemovie Suara Azan

Bagi mereka yang tidak sempat untuk menonton di TV, mereka berpeluang menontonnya menerusi portal online, Myklik (myklik.rtm.gov.my). Rancangan ini juga dapat ditonton melalui rtm mobile. Muat turun aplikasinya di Google Play dan App Store.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Ernie Zakri Tak Nyanyi Lagu MISTERI Bukan Kerana Dendam

Celcom Pledges Its Commitment In Societal Development Through Pusat Internet