in , ,

Hikayat Fandom, Disokong Oleh Think City Bagi Memperkasa Tukang Cerita

Hikayat Fandom menjemput pencalonan Anugerah Storyteller Guild dari kalangan Tukang Cerita Tanah Air dari genre Penulisan, Persembahan atau Filem

Ada satu tradisi Hari Raya telah semakin menghilang hari ini. Pada tahun 1960-an, 70-an dan 80-an, kaum keluarga dan sahabat taulan akan menonton wayang pada hari raya ke-3 atau ke 4. Malah, pada zaman dahulu, malam filem P Ramlee adalah aktiviti kejiranan yang digemari oleh SEMUA rakyat Malaysia. 

Ramai akan berkumpul di rumah yang ada televisyen untuk menonton cerita P Ramlee, baik Nujum Pak Belalang, Tiga Abdul atau Sumpahan Orang Minyak. Inilah hadiah sebenar Allahyarham Tan Sri P Ramlee pada kita semua – kejayaannya menyatukan masyarakat Malaysia pelbagai kaum melalui filem Komedi. Seram. Satira Sosial. Epik Klasik Melayu. Di Semenanjung. Sabah. Dan Sarawak.

Sebelum filem, aktiviti bercerita, dalam bentuk syair dan bercerita lisan adalah hiburan masyarakat setempat. Ini termasuk persembahan wayang kulit dan teater Makyung. Ini adalah antara elemen penyatuan yang telah hilang daripada masyarakat kita hari ini. 

Cerita yang kita tonton, terutamanya dari luar negara, sama ada Barat, Korea, Cina dan Bollywood. Walaupun kita boleh menikmati hiburan dan penceritaan antarabangsa, ia sepatutnya menjadi pelengkap, bukan pengganti ‘cerita’ tanahair kita.

Sekitar Pelancaran Hikayat Fandom Folklore World: Storyteller Guild

Storyteller Guild adalah satu inisiatif Hikayat Fandom Folklore World untuk meraikan tukang cerita Malaysia demi mempromosi warisan legenda dan cerita rakyat yang telah lama membentuk masyarakat kita.

Pengasas Hikayat Fandom dan Presiden Persatuan Sastera Lisan Malaysia (PERSALIMA), Ninot Aziz berkata, “Storyteller Guild, yang disokong Think City, telah wujudkan untuk membangkitkan kesedaran mengenai kepentingan kisah legenda dan cerita rakyat dalam masyarakat dan meraikan tukang cerita pelbagai genre. Terdapat keperluan untuk berkongsi seni mereka dengan generasi akan datang, merancakkan imaginasi dan penghargaan terhadap seni budaya.”

Tukang Cerita atau penglipurlara hari ini adalah mereka yang membawa kita ke satu tahap penghayatan baru samada di filem, persembahan pentas, drama, novel mahu pun TikTok. Mereka bertanggungjawab mencorak kehidupan dan pemikiran kita tanpa kita sedari, oleh itu kepentingan Tukang Cerita tidak dapat disangkal lagi. Namun, warisan ini hampir pupus ditelan zaman. 

Justeru, terdapat keperluan, bukan sahaja untuk memelihara, tapi memartabatkan serta mendukung warisan tukang cerita. Hikayat Fandom Folklore World (HFFW) mencari penglipurlara dan tukang cerita Malaysia untuk mempromosi warisan hikayat dan cerita rakyat klasik. Storyteller Guild telah ditubuhkan demi meraikan budaya ini dan membolehkan tukang cerita memupuk daya imaginasi dan membentuk penghargaan seni budaya.

Panel Pemilihan Storyteller Guild 2024 merangkumi wakil dari dunia Sastera, Budaya, dan Lisan Malaysia seperti antara lainnya, PERSALIMA, Malaysian Book Publishers Association (MABOPA), MBBY dan Jabatan Kesenian dan Kebudayaan Negara (JKKN). Pemilihan akan berlangsung pada pertengahan bulan Mei 2024 untuk memilih pencerita yang telah berbakti dan mencurahkan tenaga selama beberapa dekad. 

Dengan sokongan Think City, kami berhasrat untuk melantik enam tukang cerita yang telah dicalonkan oleh persatuan masing-masing atau individu, ke dalam Storyteller Guild di mana setiap pemenang akan menerima penghargaan berbentuk Plak Storyteller Guild, Saguhati dan Sijil Pengiktirafan.

Kami menyeru organisasi dan orang ramai untuk mencalonkan tukang cerita untuk diterima sebagai ahli Storyteller Guild.

Diharapkan NGO, organisasi, pembuat filem, penerbit buku dan  pencerita bebas di luar sana akan mencalonkan Tukang Cerita yang memang patut dihargai dan telah mencurahkan bakti memelihara warisan budaya yang penting. Kriteria pencalonan adalah seperti berikut:

a) Warganegara Malaysia;

b) Seorang penglipur seni, budaya, atau sastera yang mempunyai sekurang-kurangnya 20 tahun pengalaman bidang masing-masing, dan berkongsi kepakaran, warisan dan khazanah hikayat dan cerita rakyat dengan generasi muda; dan

c) Masih aktif mempraktikkan seni masing-masing.

Terima kasih dari Hikayat Fandom Folklore World.

Borang Pencalonan boleh ditemui di sini: https://forms.gle/ERMzqfqcdf7sDr4j8 

Tarikh tutup adalah 15hb April 2024.

Untuk maklumat lanjut sila hubungi Ninot Aziz di 019 396 6544

Hikayat Fandom

Hikayat Fandom Sdn Bhd  adalah sebuah syarikat penerbitan dari Malaysia yang ditubuhkan oleh Rudy Daud dan Ninot Aziz tertumpu kepada Dunia Melayu nusantara, dan Hikayat, Cerita Rakyat dari Asia. Penerbitan novel, antologi dan grafik novel dengan buku bertemakan Hikayat, Budaya Melayu dan Asia beserta Ilustrasi dan animasi Hikayat Fandom

Ditubuhkan pada tahun 2021, Ninot Aziz dan  Rudy Daud berusaha mempromosikan Hikayat dan Budaya Melayu dan Asia. Dengan pengalaman  lebih 20 tahun, dalam penulisan, penerbitan, pameran dan ‘event management’, mereka berjaya mengadakan pelbagai acara kebudayaan contohnya peluncuran buku Siri Hikayat Fandom pada 2022. Ninot Aziz sering diundang sebagai pewacana dan pembentang kertas kerja  dalam topik Hikayat dan pemerkasaan Budaya ke  UK, Indonesia, Singapore dan di Malaysia.  Antara kejayaan Hikayat Fandom terkini:

  • Pilihan Majlis Buku Kebangsaan Malaysia – 50 Best Malaysian Books (Lipur Lara Nusantara (2020), Lipur Lara  Alam Melayu (2022) and Bentala Naga (2022)
  • Karya terpilih menyertai Lunar Codex Project dan bakal diarkibkan di bulan.
    Buku DRAGONLORE dan Puisi Ninot Aziz Pesanan Muktamad: Dari Mentari. Purnama. Dan Bintang Kejora. 
  • Siri Hikayat Fandom diterjemah ke Bahasa Itali dan Jerman 
  • DRAGONLORE bakal diterjemah ke Bahasa Itali

‘A Fantastic Project!’

Dr Samuel Peralta, Canada, Founder of the LUNAR CODEX Project
(Curating 35,000 works to be archived on the moon) & Emmy Award Winning Producer

Profile Ninot Aziz

Pengarang. Penyajak. Penggiat Budaya. Ninot Aziz merupakan Presiden Persatuan Sastera Lisan Malaysia (PERSALIMA) dan seorang konsultan Perhubungan Awam di Malaysia. 

Dilahirkan di Australia, Ninot Aziz  juga terkenal dengan penulisan buku genre Hikayat, penggiat budaya dan .penulis di media massa dan telah menulis lebih 40 buku serta 200 artikel berlatarbelangkan Hikayat dan Pemerkasaan Budaya Melayu Nusantara. Puisinya Pesanan Muktamad. Dari Mentari. Purnama. Dan Kejora. terpilih untuk arkib di bulan menghimpunkan seni dan literatur sedunia: LUNAR CODEX. Archive on the Moon, projek di mulakan oleh Dr Samuel Peralta dari Canada.

Berasal dari Pahang, Ninot Aziz sememangnya lahir dalam keluarga yang cintakan hikayat lama dan cerita rakyat.

Untuk pertanyaan lanjut, sila hubungi Ninot Aziz di [email protected]

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Peraduan Hoora Hooray Raya EB Frozen Food, Menangi Hadiah Lumayan

The Chingu Lancar Drama Pendek LULUH Berjaya Bikin Penonton Sebak