Mulanya, ramai netizen yang ingatkan perubahan imej Neelofa berniqab ini hanya untuk tujuan marketing, untuk suka-suka atau berfesyen, atau untuk photoshoot produk tudung terbaharu tapi, rupa-rupanya, ternyata Neelofa benar-benar mahu memakai purdah atau berniqab selepas ini. Hal ini telah diketahui melalui posting yang dimuatnaik oleh syarikat perniagaan miliknya Naelofar.
“Selalu memberi inspirasi kepada kami, Pengasas kami, Neelofa, melakar sejarah hari ini ketika dia mengumumkan keputusannya untuk memakai Niqab.
Semoga perjalanannya diberkati dan menjadi permulaan bagi sesuatu yang lebih besar bagi Naelofar dan para wanita pada umumnya.
Dia telah membuktikan bahawa walaupun dengan wajah yang tertutup, wanita mencapat kejayaan di peringkat dunia.â€
– IG Naelofar
PU Riz, 0Siti Nurhaliza, Mizz Nina & Barisan Selebriti Lain Luah Rasa Syukur
Sejak semalam, ramai selebriti di media sosial turut memberi reaksi dan menghantar komen di posting gambar yang dimuatnaik oleh Neelofa memakai purdah di laman Instagramnya.
Di ruangan komen barisan selebriti terkenal meninggalkan komen dengan memuji kecantikan Neelofa tampil berniqab. Penyanyi nombor satu Malaysia, Datuk Seri Siti Nurhaliza juga dilihat mengucapkan kesyukuran di atas perubahan yang dilakukan oleh Neelofa.
PU Riz yang sebelum ini pernah digosipkan bercinta dengan Neelofa juga tidak ketinggalan untuk menulis kata-kata semangat dan positif di ruangan komen dengan kata: “Alhamdulilah,”
Menerusi foto dimuat naik Neelofa di akaun Instagram, rata-rata pengikutnya dan rakan selebriti mendoakan Neelofa kekal istiqamah dalam memperbaiki diri sebagai seorang muslimah.
Rata-rata netizen juga turut suka dengan penampilan Neelofa berpurdah warna hitam persis wanita arab. Malah ruang komen foto tersebut juga dipenuhi dengan pujian daripada peminat-peminatnya.
Antara rakan selebriti meninggalkan komen termasuk pereka terkenal Hatta Dolmat yang mendoakan usaha Neelofa diredhai Allah SWT.
“Semoga terus istiqamah dan mendapat keredhaan dari-Nya. Amin,â€
– HATTA DOLMAT
Sementara itu, seorang pengikut akaun Instagram Neelofa mengakui rasa sebak dengan penghijrahan dilakukan selebriti itu.
“Saya tidak kenal Neelofa secara peribadi tetapi rasa sebak dan gembira dengan penampilan baru Neelofa ini,â€
– Hidayah.
Jelasnya, usaha itu tidak lain hanya semata-mata mencari keredhaan Allah SWT selain memperbaiki diri sebagai menjadi wanita muslimah.
“Terima kasih kepada yang bertanya, Alhamdulillah, doakan supaya saya istiqamah,â€
– Neelofa
Neelofa atau nama sebenar Noor Neelofa Mohd Noor pernah mengejutkan industri tanah air dengan mengenakan hijab pada tahun 2014.
Kata pelakon itu, dirinya mengambil keputusan mengenakan hijab adalah ikhlas dari hati tanpa paksaan mana-mana pihak.
Neelofa juga turut memuat naik sekeping foto berniqab sambil memperagakan barangan kemas terbaru jenama terkenal, Swarovski.
Di ruangan komen, ramai wargamaya yang memuji penampilan terbaru Neelofa.
Tidak kurang juga ada yang mahu menjadikan penghijrahan anak kelahiran negeri Kelantan ini sebagai inspirasi.
“Subhanallah, cantiknya! Ya Allah milik siapakah wanita bak bidadari syurga ini,†komen seorang wargamaya.
“Masyaallah, dunia adalah hiasan dan sebaik-baik hiasan adalah wanita solehah,†tulis seorang wargamaya.
“I love you 3000 when you’re wearing niqab,†sokong seorang wargamaya.
“Cutenya Neelofa walaupun berniqab,†puji seorang wargamaya lagi.Â
Semoga Neelofa terus istiqomah dengan perubahan baik yang telah dilakukannya serta menjadi contoh kepada muslimah di luar sana.
Di bawah ini, Budiey petik dari komen yang dihantar di sebuah video NEELOFA BERNIQAB yang dimuatnaik di saluran Youtube Budiey Channel.