in , ,

Hidung Kembang & Kulit Berlubang, Liza Hanim Sedih Rupa Paras Dihina Netizen

Menurut netizen berkenaan, wajah Liza Hanim kurang cantik menyebabkan dia seringkali tewas dengan Datuk Seri Siti Nurhaliza yang lebih cantik dan berjaya.

Rupa paras dan bentuk tubuh seseorang bukanlah perkara yang boleh dibawa main ataupun menjadi topik bualan di media sosial.

Biarpun zaman semakin canggih, namun adab manusia semakin menghilang.

Terbaru, Liza Hanim pula menjadi mangsa kutukan netizen mengenai paras rupanya.

Menerusi hantaran yang dimuat naik oleh peserta GV10 itu di Instagram, dia telah berkongsi komen salah seorang netizen yang menghina bentuk hidung dan kulit wajahnya.

“Liza Hanim sangat berbakat, suara sedap dan mantap. Tapi kekurangannya adalah tak berupa cantik. Dari segi hidung sedikit kembang serta kulit wajah ada lubang-lubang sejak zaman anak dara. Jadi faktor tersebut buatkan beliau sedikit terkebelakang zaman itu,”

Hidung Kembang & Kulit Berlubang, Liza Hanim Sedih Rupa Paras Dihina Netizen

Netizen tersebut juga turut membandingkan Liza Hanim dengan Datuk Seri Siti Nurhaliza yang dikatakan lebih cantik dan berjaya daripada Liza Hanim.

Menurut Liza, dia kesal kerana isu rupa paras masih lagi menjadi pengukur untuk seseorang berjaya dalam bidang yang diceburi.

“Kenapa orang tak cantik memang tak boleh menang apa-apa ke di Malaysia dan peringkat antarabangsa? Orang yang tak putih, hidung tak mancung memang tak boleh berjaya di Malaysia ni?

“Ya betul akak sedar dan akan bersyukur dengan apa yang Allah swt telah kurniakan pada akak. Asalkan saya bahagia disamping keluarga, saya tak kisah tentang cantik buruk manusia.

“Allah kurniakan bakat untuk akak boleh menyanyi tapi akak tak ada rupa paras yang mana semua mahukan, tetapi akak bersyukur,” tulis Liza di hantaran berkenaan.

Tambah pelantun lagu Gelisah Mimpi ini lagi, dia tidak faham apa motif individu berkenaan meninggalkan komen yang sama berkali-kali.

“Tergamak nak bagi komen macam ni. Berkali-kali pula tu. Kenapa? motif?
“Kadang-kadang bahasa kita tu lagi penting dari rupa paras tau. Akak tak goyang dengan cacian kutukan kritikan sesiapa. Tetapi budaya sekarang agak melampau. Kadang-kadang akan tertanya juga rupa orang yang tulis ni macam mana agaknya?
“Tahun ni merupakan tahun ke 26 saya dalam industri. Pelbagai perkara yang akak dah lalui dan hadapi. Jadi kutukan secara halus mu ini tak goyangkan akak dik, tetapi aku sedih. Anda seorang yang tidak sensitif dan tidak bertimbang rasa,”

– Liza Hanim

Tulis Liza lagi, hantaran yang dibuatnya ini adalah ditujukan kepada mereka yang pernah dikutuk paras rupa supaya bangkit, kekal kuat dan lakukan apa sahaja yang buatkan anda gembira.

Sementara itu di bahagian komen, kelihatan ramai rakan selebriti serta peminat Liza yang memberikan kata-kata semangat buatnya dan memintanya agar tidak mengendahkan komen netizen yang cuba menghina paras rupanya kerana dia adalah seorang anak seni yang hebat.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

LEGOLAND Malaysia

Sambut Bulan Keseronokan Seram di Pesta Raksasa LEGOLAND® Malaysia Resort

Teater Ratna Kadhal 2023 Kupas Isu Perpaduan, Perkauman & Keluarga