Bagaimanapun, pengacara program Jalan Jalan Cari Makan (JJCM) itu masih menjalani rawatan susulan fisioterapi dan tidak digalakkan membuat kerja berat untuk tempoh yang panjang.
“Alhamdulillah, kalau dahulu tangan kanan terasa kebas, kini selepas pembedahan, tangan semakin kuat dan sudah boleh bermain dengan anak-anak.
“Jika ikutkan doktor, tengkuk masih lemah dan dinasihatkan tidak buat kerja berat dalam tempoh setahun setengah. Doktor juga melarang saya mengambil sebarang tawaran kerja. Namun, saya memberanikan kerana jika saya tak bekerja, siapa mahu beri anak-anak makan?,”
– Naz
Menceritakan kembali pembedahan yang dijalankan, pengacara berusia 41 tahun itu berkata, agak ngeri apabila memikirkannya.
“Bahagian leher dibedah dan tulang belakang dikeluarkan. Mereka kikis tulang dan masukkan semula. Apabila diberitahu keadaan ini, saya takut mendengarnya. Mujurlah saya tidur ketika itu.
“Penyakit ini sebenarnya memberi kesan kepada saraf tunjang dan merebak hingga ke tangan. Pernah berlaku mikrofon terlepas daripada tangan akibat hilang kawalan,”
– Naz
Tidak mahu ada pihak menerima nasib sama, pelakon drama bersiri Ghost itu menasihatkan supaya segera mendapatkan rawatan sebelum melarat, sekali gus membahayakan kesihatan.
“Saya sudah mengalami masalah ini sejak 15 tahun lalu, tetapi selalu beranggapan ia hanyalah masalah angin dan akan hilang selepas diurut. Doktor marah kerana lambat mendapatkan rawatan.
“Ini adalah penyakit moden. Mereka berusia 35 tahun ke atas dan kerap tunduk kerana bermain telefon, eloklah membuat pemeriksaan jika terdapat gejala kebas tangan.
“Macam saya, buat kerja penyuntingan berjam-jam akhirnya saraf tunjang saya hancur akibat terhimpit,” cerita Naz yang kini sedang sibuk menjalani penggambaran program JJCM musim baharu.
– Naz
Sumber: BH Online