Menurut isterinya, Nor Farhanah atau lebih mesra dengan panggilan Anna, anak keduanya itu telah disahkan menghidap penyakit buah pinggang serius dimana dia didapati tidak mempunyai buah pinggang sebelah kanan malahan buah pinggang kirinya sekarang sedang membengkak.
Terbaru, Anna memaklumkan anaknya itu bakal menjalani pembedahan pada 1 Oktober di sebuah pusat perubatan di Subang Jaya.
Perlu dilakukan segera kerana buah pinggang kiri sudah rosak
Menurut Anna, pembedahan segera itu perlu dilakukan memandangkan buah pinggang sebelah kiri Ismail sudah rosak dan membengkak, lapor Harian Metro.
“Alhamdulillah, Ismail sekarang dalam keadaan sihat. Malah, kalau tengok dari segi luaran, tahap kecergasannya sangat aktif dan tak nampak seperti bayi yang sakit. Makan dan minumnya, alhamdulillah semua okey.
“Namun, buah pinggang belah kiri itu masih bengkak sebab salurannya tersumbat kira-kira 80 peratus. Kalau tak buat pembedahan segera, Ismail akan mudah demam dan terkena jangkitan kuman,”
– Anna
Jaga pemakanan anak
Jelas Anna, dia ketika ini sangat menititikberatkan pemakanan anaknya itu dengan mengelakkan pengambilan garam dan gula dalam makanan.
Kos sekitar RM 40k -45k
Difahahamkan kos pembedahan berkenaan adalah sekitar RM40,000 hingga RM45,000 dan mereka memilih pusat perubatan tersebut terdapat doktor pakar buah pinggang kanak-kanak disana.
Sumber: Harian Metro