Diuji dengan penyakit kanser limfoma tahap empat, penyanyi Ibnor Riza mendedahkan doktor meramal dia hanya mempunyai tempoh enam bulan untuk hidup.
Memetik Harian Metro, penyanyi berusia 62 tahun itu berkata dia tidak putus semangat untuk ikhtiar melawan pernyakit tersebut serta percaya bahawa ajal dan maut sudah ditetapkan Allah.
Baru-baru ini, program amal Malam Untukmu Ibnor dianjurkan Persatuan Melodi Kenangan Artis Dan Penggiat Seni Malaysia (Pemekar) dan mengumpul dana berjumlah RM17,000 untuk membantu menampung kos rawatan perubatan penyanyi itu.
Dalam pada itu, Ibnor berkata dia nekad untuk rawatan kemoterapi ke-10 yang dijangka menelan kos kira-kira RM30,000. Ujarnya, jika rawatan itu gagal dia perlu menjalani transplant yang menelan belanja RM400,000.
Terdahulu, Ibnor dikejarkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Port Dickson selepas pengsan di rumah pada 19 Februari lalu.
Sebelum ini, Ibnor diserang pelbagai jenis penyakit seperti kencing manis, tahap kolesterol tinggi, buasir, darah tinggi dan migrain yang teruk.
Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.