in , ,

Hidangan Istimewa Buffet Ramadan Tanpa Had di Barbeque Nation Pavilion KL

Nikmati pesta makanan berbuka puasa paling meriah tahun ini dengan sajian barbeku tanpa had, menu eksotik yang menggiurkan, tawaran istimewa, serta suasana Ramadan yang cukup istimewa hanya di Barbeque Nation Pavilion Kuala Lumpur!

Barbeque Nation Pavilion KL kini kembali dengan promosi Buffet Ramadan 2025 yang cukup mengujakan buat semua penggemar makanan panggang dan sajian berbuka puasa yang istimewa.

Tahun ini, restoran terkenal ini menjemput para tetamu menikmati suasana berbuka puasa yang bukan sekadar makan, tetapi pengalaman penuh kenikmatan bersama keluarga, rakan sekerja, atau rakan-rakan terdekat.

Hidangan Istimewa Buffet Ramadan Tanpa Had di Barbeque Nation Pavilion KL

Setiap meja dilengkapi barbeku arang secara langsung yang menawarkan hidangan daging tanpa had dengan pelbagai pilihan daging lembut, ayam, kambing, makanan laut, serta pelbagai cucuk panggang yang disediakan segar oleh chef-chef berpengalaman terus di hadapan anda.

Bayangkan betapa menariknya suasana ini apabila anda boleh makan sepuas hati sambil berbual mesra bersama keluarga tersayang!

Hidangan Istimewa Buffet Ramadan Tanpa Had di Barbeque Nation Pavilion KL

Variasi Menu Eksotik di Kaunter Live yang Menggoda Selera

Antara tarikan utama Buffet Ramadan di sini adalah kaunter live yang menyediakan hidangan-hidangan eksotik popular. Chef-chef hebat dari Barbeque Nation akan mempersembahkan sajian seperti Raan, Chopan Boti, Baidha Paratha, Haleem, dan pelbagai lagi hidangan istimewa serantau yang jarang dijumpai di tempat lain.

Setiap hidangan disediakan segar di hadapan anda, memastikan anda menikmati rasa asli dan pengalaman kulinari yang tiada tandingannya. Hidangan ini pasti menjadi tarikan utama buat anda yang gemar mencuba sesuatu yang baharu dan unik pada bulan mulia ini.

Hidangan Istimewa Buffet Ramadan Tanpa Had di Barbeque Nation Pavilion KL

Menu Buffet Ramadan Khusus yang Menggamit Selera

Selain daripada barbeku dan kaunter live, menu buffet Ramadan yang khas turut ditampilkan dengan gabungan rasa tradisional dan moden. Pelbagai juadah istimewa menanti seperti Pilaf, Jumbiri Kabsa, serta pencuci mulut eksotik seperti Khubani-Ka-Meetha, Qatayef, Basbousa, Shahi Tukda, Rose Kulfi, Date Almond Kulfi, dan banyak lagi. Tidak ketinggalan, ada Grilled Sardines yang dipanggang khas menggunakan Weber Grill, pelbagai jenis salad segar, sup, dan pencuci mulut yang melimpah ruah. Tetamu juga akan disajikan dengan Kahwa yang dituangkan dari Surai, simbol keramahan dan budaya Ramadan.

Suasana Ramadan dengan Ruang Solat yang Selesa

Sempena Ramadan, Barbeque Nation Pavilion KL juga menyediakan ruang solat khas yang cukup selesa lengkap dengan sejadah dan karpet untuk memudahkan para tetamu menunaikan solat Maghrib dan Isyak dengan tenang.

Untuk menghidupkan suasana tradisi, persembahan muzik Gambus Melayu tradisional akan mengiringi suasana berbuka puasa anda, memberikan suasana tenang, santai, dan penuh nostalgia.

Hidangan Istimewa Buffet Ramadan Tanpa Had di Barbeque Nation Pavilion KL

Tawaran Eksklusif Ramadan yang Tidak Boleh Dilepaskan!

Lebih menarik, tawaran early bird dengan harga istimewa menanti anda! Sekiranya anda membuat tempahan awal antara 12 hingga 25 Februari 2025, anda boleh menikmati buffet ini pada harga promosi serendah RM69 pada hari biasa* (Isnin hingga Khamis) berbanding harga asal RM79*, dan hanya RM79 pada hujung minggu* (Jumaat hingga Ahad), berbanding RM84* harga biasa. Tempahan awal ini amat berbaloi untuk anda merebut peluang menjamu selera dengan harga jimat!

Hidangan Istimewa Buffet Ramadan Tanpa Had di Barbeque Nation Pavilion KL

Diskaun Kumpulan untuk Majlis Korporat yang Meriah

Bagi syarikat atau organisasi yang merancang untuk mengadakan majlis berbuka puasa korporat, Barbeque Nation menawarkan diskaun kumpulan eksklusif dengan tambahan minuman percuma untuk tempahan melebihi 10 orang. Ini peluang terbaik untuk meraikan Ramadan dalam suasana santai bersama rakan sekerja atau pelanggan, sambil menikmati hidangan yang luar biasa lazatnya.

Hidangan Istimewa Buffet Ramadan Tanpa Had di Barbeque Nation Pavilion KL

Menangi Hadiah Menarik Ramadan dengan “Share & Win”

Sempena bulan mulia ini, anda berpeluang untuk menangi hidangan percuma melalui peraduan “Share & Win” dengan hanya berkongsi pengalaman berbuka puasa anda di media sosial! Lebih menarik, setiap hari ada giveaway baucar berbuka puasa yang boleh anda menangi melalui aktiviti media sosial seperti poll, sesi Q&A, dan perbincangan tentang juadah berbuka kegemaran anda. Jangan lepaskan peluang ini untuk menikmati berbuka percuma!

Sentuhan Istimewa Ramadan yang Menghargai Tetamu

Tetamu yang hadir akan disambut dengan buah kurma percuma, Iftari Platter istimewa, dan air Zamzam yang menyejukkan. Suasana di restoran akan lebih terasa istimewa dengan dekorasi bertemakan Islam seperti lampu berbentuk bulan dan bintang. Kakitangan juga tampil menarik dengan busana tradisional Melayu seperti Kurta dan Seluar bagi menambah lagi suasana kemeriahan bulan Ramadan.

Hidangan Istimewa Buffet Ramadan Tanpa Had di Barbeque Nation Pavilion KL

Mengenai Barbeque Nation Pavilion KL

Terkenal dengan konsep makan sambil memanggang secara langsung di meja, Barbeque Nation Pavilion KL bukan sahaja menjanjikan hidangan enak, tetapi juga pengalaman gastronomi yang cukup unik. Dengan layanan mesra serta kualiti makanan yang tinggi, restoran ini menjadi pilihan utama untuk berbuka puasa bersama keluarga atau rakan sekerja.

Apa Kata Budiey?

Bagi Budiey, promosi Buffet Ramadan Barbeque Nation Pavilion KL tahun ini adalah antara yang terbaik dan paling menarik untuk dikunjungi.

Dengan tawaran harga menarik, menu yang kaya dan eksotik, serta suasana yang benar-benar meraikan Ramadan, ini adalah tempat yang ideal untuk anda berbuka puasa bersama yang tersayang.

Budiey sangat mengesyorkan anda membuat tempahan awal untuk menikmati harga promosi dan memastikan tempat anda terjamin. Ramadan kali ini, apa kata raikannya dengan penuh keceriaan dan nikmati makanan enak di sini!

Peraduan Menang Hidangan Percuma Berbuka Puasa

Nak menang hidangan berbuka PERCUMA? Jom join Giveaway & Tag Challenge

  • Follow Facebook Barbeque Nation Malaysia & Instagram @barbequenation.my
  • Tag 3 kawan di ruangan komen & beritahu kenapa anda nak try Buffet Ramadan ni!


 2 pemenang bertuah akan dapat Iftar PERCUMA! 

Nak DISKAUN EKSKLUSIF? Gunakan kod promo BBQN25 untuk Dine 6, Pay 5!  (Sah untuk followers Barbeque Nation sahaja!)

Hidangan Istimewa Buffet Ramadan Tanpa Had di Barbeque Nation Pavilion KL

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Google Malaysia Tampil Alat Keselamatan Digital Demi Lindungi Keluarga

Sinopsis Drama Romantis Mafia ‘Bila Takdir Melarang Cinta’ Ditayang di iQIYI