in

Hi-5 House Hits 2014 Live In Malaysia

Hi-5 kembali ke Malaysia dengan sebuah persembahan terbaru yang lebih mempesona dan memukau. Hi-5 House Hits 2014 ini akan berlangsung pada 10 hingga 14 Disember depan di Kuala Lumpur Performing ArtsCentre (klpac) dengan sembilan buah persembahan keseluruhannya. Kumpulan muzik kanak-kanak ini dijamin mampu memberi persembahan berbentuk nyanyian dan tarian yang dapat dinikmati kanak-
kanak bersama ibu bapa mereka.

[pullquote]Selepas konsert yang laris bagai pisang goreng panas tahun lalu, mereka kembali tahun ini dengan rangkaian lagu popular klasik seperti “L.O.V.E”, “Ready or Not” dan “Give 5” termasuk lagu baru yang mudah menangkap telinga. [/pullquote]

Kumpulan yang berasal dari Australia ini dianggotai oleh Stevie, Ainsley, Mary, Dayen dan ahli baru, Tanika dan kesemua mereka akan menyarung sepatu tarian mereka sekali gus menyinar di atas pentas.

Untuk kali ini, penonton berpeluang untuk berhibur dengan sepuasnya dengan gerak tari yang mudah ditiru, lagu yang mudah dihafal serta pesta permainan yang dapat merapatkan lagi diri mereka bersama peminat serta pengalaman peribadi yang lebih hebat berbanding dari melihat mereka di kaca TV.

Jangan dilupa dua boneka rakan baik mereka, Chats dan Jup Jup yang akan turut serta dalam persembahan berkenaan. Chats juga akan memberi kejutan kepada penonton sehingga sering menjadi bintang dalam rancangan hiburan itu manakala penampilan Jup Jup dalam Hi-5 House Hits 2014 turut memberi keseronokan kepada setiap keluarga yang menyaksikannya.

Operasi Hi-5 mengalu-alukan semua kanak-kanak dan juga ibu bapa untuk sama-sama menyertai keseronokan persembahan Hi-5 House Hits 2014. Untuk meredakan perasaan teruja itu, penganjur dengan sukacitanya mengumumkan pelancaran pembelian awal tiket akan dilakukan pada 27 dan 28 September (Sabtu & Ahad) di Rock Corner, The Gardens (Aras 3) dari jam 12pm hingga 6pm. Kepada semua pemegang kad kredit UOB Bank, anda layak menikmati potongan harga sebanyak 15% semasa pelancaran pembelian awal tiket. 300 pembeli tiket awal untuk beberapa kategori akan berpeluang menerima barangan Hi-5, poster dan pelbagai lagi. Seterusnya, semua pembeli tiket pada dua hari berkenaan berpeluang memenangi pas untuk bertemu anggota kumpulan Hi-5.

Semua pemegang kad kredit UOB Bank masih layak menikmati potongan harga sebanyak 15% untuk semua tiket categori dari 29 September hingga 20 Oktober melalui semua saluran Ticketpro. Bagaimanapun ia terhad kepada 2,000 orang yang membeli menggunakan kad kredit berkenaan sahaja. Untuk maklumat selanjutnya, sila layari www.ticketpro.com.my atau hubungi talian hotline +603 4047 9000 (klpac) or +603 7880 7999 (Ticketpro).

Tunggu apa lagi?

Jumpa anda di sana!

Hi-5 House Hits 2014 dibawakan bersama oleh UOB Bank dan Hi-5 House of Learning, penaja bersama Yakult, Stesen TV Rasmi Disney Junior, Stesen Radio Rasmi Mix FM dan Lite FM, klpac sebagai lokasi rasmi serta Pengurus Acara The WonderLand+.

Maklumat Tiket:
Nama Acara : Hi-5 House Hits 2014
Tarikh : 10-14 Disember 2014 (Rabu hingga Ahad)
Tempat : klpac, Pentas Satu
Masa : 10 Disember – 6pm
11 & 12 Disember – 2:30pm, 6pm
13 & 14 Disember – 11am, 2:30pm
Tiket : Kategori 1 – RM 283 (Moss Pitt)
Kategori 2 – RM 203 (tempat duduk bernombor)
Kategori 3 – RM 113 (tempat duduk bernombor)
Talian Hotine : +603 4047 9000
(klpac) atau +603 7880 7999 (Ticketpro)
* Harga di atas termasuk RM3 untuk yuran pengendalian oleh ejen jualan tiket, Ticket Pro.

Mengenai Hi-5
Kumpulan muzik kanak-kanak, Hi-5 ini telah dilancarkan di Australia pada tahun 1999 dengan dianggotai lima penghibur dinamik yang tugasnya menghiburkan kanak-kanak dengan muzik, pergerakan, penyelesaian masalah serta bermain. Terkenal di seluruh dunia, mereka juga berjaya mencapai penonton global dianggarkan lebih daripada 10 juta kanak-kanak di seluruh Amerika Utara,
Eropah, Australasia, Asia, dan Amerika Latin menerusi persembahan jelajah dunia, muzik dan rancangan TV. Mereka juga berjaya memikat hati kanak-kanak berusia antara dua dan tujuh tahun menerusi lebih daripada 14 program TV yang berjaya setakat ini. Setiap program mereka mempunyai tema pendidikan santai dengan memberi tumpuan kepada muzik, sikap positif dan permainan imaginatif di mana kanak-kanak ini diajar nilai-nilai seperti kasih sayang, keseronokan, pengembaraan, interaksi sosial, kehidupan yang sihat dan pertumbuhan pembangunan. Hi-5 juga pernah memenangi tiga Anugerah Logie untuk Program Kanak-kanak Cemerlang, lima Anugerah ARIA untuk Album Kanak-Kanak Terbaik, lima DVD Australia dan Anugerah Industri Video Anugerah APRA, Anugerah AMIA dan Anugerah Helpman.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Capture Every Decisive Moment with the Samsung NX1

Awal Ashaari Tidak Berkecil Hati