Hetty berkata, dia sangat teruja dan menyifatkan berita gembira itu hadiah paling manis untuk ulang tahun perkahwinan mereka.
“Kami akan menyambut ulang tahun perkahwinan yang keempat minggu depan. Inilah berita paling mengujakan kerana sempena ulang tahun ini, kami ingin berkongsi berita gembira bahawa kami bakal menimang cahaya mata pertama.
“Ini menjelaskan mengapa saya berdiam seketika. Berdepan dengan muntah-muntah, pening, ‘mood’ terganggu, jatuh di tandas, asyik tidur dan lain-lain.
“Saya akan ambil serius nasihat untuk banyak berehat dan tidur sebelum kehadiran ahli baru keluarga kami. Sekelumit keajaiban pun ambil masa untuk tiba,”
– Hetty Sarlene
Bagaimanapun, Hetty tidak berkongsi secara terperinci usia kehamilannya.
Hetty mendirikan rumah tangga dengan Dani atau nama asalnya, Daniel Oakes yang berasal dari London pada 23 Julai 2016.
Penyanyi yang pernah popular dengan lagu Sangsi Asmara dan Demi Cinta Kita itu kembali memeriahkan industri hiburan tempatan selepas menyertai program Gegar Vaganza 5.
Sumber: Facebook Hetty Sarlene & Harian Metro